Bahagian 13

12 6 6
                                    

Perempuan itu membuka mulutnya."Heyy Sharon, morning too. Tak lah ganggu.Nak minta tolong apa tuu?".

Sha membalas pertanyaan gadis itu."Hehehhee,nak.....minta tolong siasat identiti dan cerita perempuan ni dengan Rinna boleh tak? Intan nama dia."

"Oh...Intan.Oke Oke. Boleh send gambar dia kalau ada?".

"Boleh boleh jap....",jawab Sha.Disebabkan Sha tak simpan gambar Intan,maka dia pergilah ke Encik Google untuk screen shot.Mahklumlah Intan ni artis,senang je jumpa....

"Okey,aku dah send.Dah dapat?".

"Ya ii,aku dapat.Dia ni......bukan artis ke?".

Sha menghelas nafas dengan berat."Haah,betullah tu.Dia ni artis,Raa. "

Gadis yang bernama Raa itu membuat muka terkejut."Wouhh! Kenapa Rinna ada kaitan dengan dia pula?".

"Lah....Wahai Detektif Elraa,kenapa tanya saya pula? Sebab tulah...Saya minta tolong,tolong siasat...".

Elraa yang singkatnya Raa,seorang detektif perseorangan yang mencari rahsia.Dibayar dengan gaji yang lumayan tinggi.Terutamanya apabila pelanggan dia orang kaya-raya.Dia mempunyai kad perniagaan sendiri iaitu My Flower Secret untuk diberi kepada setiap pelanggannya supaya senang untuk dipanggil.

Untuk pengetahuan korang,Elraa lah ahli terakhir dalam persahabatan mereka bertiga yang berawal dari zaman sekolah lagi.Rapat sampailah dewasa...

Raa ketawa sedikit."Hahahaa,okey.Aku siasat nanti...mungkin dalam seminggu atau kurang aku beritahu maklumat dia."

"Ohh,okay.Terima kasih tau tolong aku.Macam mana perniagaan kau sekarang,babe?".

"Hahahha,sama-sama.Perniagaan okey jee,makin bertambah juga pelanggan aku.Aku ada call ni,nanti kita borak lagi eh?",kata Raa dengan terburu-buru.Sibuk lahh nii.

Belum sempat Sha bereaksi,Raa telah letak ganggang."Oke-.....Pasti sibuk sangat dia ni, rasa bersalah pulak kacau. Hmm.. ".Sha meletakkan telefonnya dan muncullah Rin dengan mengejut di depan matanya.

Rin mendekati sambil melompat."Bah!! Call siapa tu? Pakwe eh? ",tanya Rinna dengan penuh perli.

Sha tidak melayannya dan bangun untuk mencuci tangan.Rin pula merajuk dengan memuncungkan mulutnya.Macam itik pun ada.

"Alaaa....bagitaulah....siapa tuu?",soalnya dengan sedikit manja dan merimaskan.Sisi Rin yang inilah Sha paling tak suka, MANJA.

Sha memberi tatapan kosong."Kau ni.....jangan manja manja macam tu boleh tak? Aku suruh Trio ambil kau balik nanti,nak?".

"Mention lagi dia!Mention! Malas lah macam ni, aku dahlah sakit kepala pikir dia tu...Eeee menyampah. ",adu nya dengan menghentak-hentak kaki.

Sharon tersenyum menang lalu memberitahu siapa yang memanggil.Bermula lah sesi bercerita kecuali  tujuan sebenar dia memanggil Elraa.Rinna memang lah excited gila,tapi tak sempat pula ikut borak ngan Raa.Dia tak nak marah lama2 dan terus makan spaggheti dia yang lama dihidang itu.





"Baik,puan.Nanti saya tolong siasat dan hasil mungkin dalam seminggu dua macam tuu.",kata Raa dengan seorang Datin.Ku putih Ku putih barulah putih, ehh ehh salah HAHAH.

"Kalau boleh secepat mungkin yaa.....Nanti saya naikkan harga,ini sangat penting.",offer Datin itu supaya lebih lekas membuat kerja.

Raa mengeluh dan cuba untuk bersabar."Baik,puan.Saya usahakan ",jawabnya lalu talian putus.

"Aduhaiii.....banyak nyee orang minta bantuan aku.Kena ke aku terima si budak tuu? Macam terlalu muda jee...",keluhnya sambil duduk dan meminum secawan kopi.

Raa membuka laptopnya dan mencuba mencari maklumat tentang Intan di internet.Dia tertarik dengan berita kontroversi Intan yang berpuluh-puluh itu.

Namun,ada satu yang paling menarik perhatiannya."Artis terkenal yang bernama Intan telah mendapat banyak kecaman buruk dari netizen di internet setelah diketahui tentang kisah masa lalunya yang ternyata pernah menjadi pembuli di sekolah menengah.Banyak netizen yang memberi komen buruk mengenai artis tersebut supaya tidak menjejakkan kakinya ke dunia hiburan..... ",dibacalah oleh Raa sampai habis artikel itu.Rasa ingin tahu yang tinggi membuatnya tertarik mengetahui lebih dalam bagaimana kisah orang yang bernama Intan itu.

Sampailah ketika Raa terbaca alamat yang menunjukkan di mana Intan sekolah."Sekolah Menengah SVILLA??!! Uish,sama sekolah ehh.. Patut dari tadi aku rasa pernah dengar,rupanya si pembuli gedik tuu.Hahahha,interesting.",ujarnya lalu membaca segala maklumat yang tertumpu pada Intan.

Raa menemukan nombor telefon yang diketahui salah satu mangsa buli Intan.Mangsa itu juga yang menceritakan tentang masa lalunya dibuli Intan kepada media Itu menyebabkan artis tersebut menjadi bualan ramai dan perlahan-lahan menjatuhkan kariernya.Tanpa berfikir panjang,dia terus memanggil mangsa tersebut.Raa membersihkan tekaknya sebelum menjawab panggilan.Namun panggilan itu tidak dijawab. Raa memutuskan untuk menghantar mesej.Dia meminta orang itu untuk berjumpa dengannya di suatu cafe di mana dia dapat datang.Sepertinya si dia itu belum menjawab dan masih kekal grey tick.






Mak Cik Leha mengetuk lalu memasuki bilik Rinna dan Sharon."Cik,ada yang menunggu di tingkat bawah."

Rin menegakkan tubuhnya untuk berpura-pura elegant setelah bermanja2 dengan Sharon."B-Baiklah,nanti saya turun.Tunggu dulu.",jawabnya.

Mak Cik Leha mengangguk lalu keluar semula dan menunggu di luar pintu.Manakala,Rinna yang tadi mendapat maklumat itu segera menukar pakaian.Makeup biasa dipakainya.Dia akan berjumpa dengan client penting ayahnya untuk urusan kerja.Seharusnya berjumpa tepat pada hari di mana dia sakit,tapi terpaksa dibatalkan.

Rinna keluar dan hanya Sharon tinggal dalam bilik.Katanya akan menyusul sebentar nanti."Suka hati kau lah,nanti jumpa kat cafe eh?".

Sha mengangguk lalu Rin keluar.Setelah tiba di tingkat bawah,dia merasakan ingin balik semula ke biliknya setelah melihat Trio.Jantung berdegup kencang.Namun masih dikekalkan riak wajah yang tenang menyapa clientnya.

Rin menghulurkan tangannya."Welcome to Malaysia.Such an honour to meet you here.I am Rinna,Dato Lorenz 's assistant.Sorry for few mistake that we just did.Nice to meet you.",sapanya dengan lembut.Tak dilupakan juga gaya Jepun dimana kamu akan menundukkan tubuh tanda hormat.

Lelaki itu menundukkan tubuhnya dan menerima salam Sha."Nice to meet you too.I am Tanaka Hitoshi.Please sit.",katanya dengan mempersilakan Rin duduk.Gentleman lahh katanya.

"I will call you Mr.Tanaka then.",jawab Rin.

Mereka meneruskan perbincangan. Mr.Tanaka merupakan pembeli terbesar yang berminat dengan pelbagai kereta mewah. Terutamanya yang dijual di syarikat ayahnya,Syarikat Hetris.Mereka melakukan kerjasama untuk memperbesarkan Syarikat Hetris dan menyatukan hubungan antara Malaysia dan Jepun.

Trio yang juga turut berada di sana membantu untuk memegang dokumen-dokumen penting.Mak Cik Leha pula masih bersama dengan Sharon untuk membantu memilih pakaian.


𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹𖦹


Maaflah kalau grammar saya teruk,tak pandai bi nii, main antam je😭Janji korang faham, baguslah😆 Macam mana yang kali ni,oke?✍︎

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now