Bahagian 17

27 6 12
                                    

"Kau rasa nak menginap sini terus tak? Mungkin rumah sewa ke?",soal Sha. Dia duduk di atas katil selepas penat berkelah petang tadi.

Rin memusingkan badannya."Eh aku sementara je sini,takkan nak lama-lama".

"Really? Kau siap jumpa banyak orang baru sini,lost contact lah kalau cam tu..."

Rin memasang muka pelik."Ke kau takut rindu Si Enatius?",gurau si Rin.

"Ke situ pulak dia....aishh"

"Hahaha,mana lah tahu benih dah nak tumbuh kan?".

"Taklah...aku serius."Dipasang Sha muka yang betul memaksudkan itu.

"Well,aku nak balik dah dua tiga hari lagi.Nak ikut jumpa Mak tak?",ajak Rin seperti adik beradik.Rapat dah bertahun-tahun,biasalah. ...

Mata Sha bersinar."Woahh! Ye tak ye eh,aku rindu adik kembar ko tuu.Comel betull."

Rin hanya tersenyum melihat telatah Sha.Setelah itu,mereka berdua tidur dalam kelelahan.

Matahari terbit dengan indah.Disebabkan malam semalam terlalu penat dia lupa cas bateri telefon,Rin baru teringat melakukannya sekarang.Terdengar juga banyak notifikasi yang sampai.Tengok punya tengok dia terbaca mesej Riq.

"Hai,awak.Riq ni,bakal suami masa depan mu.Hehe,gurau ii"

"Bakal suami pala kau,main ii dia ni eh.Mengatal jee kerja,padan muka kena palau.",marah Rin yang membaca mesej itu.

*"Hai,sorry lambat sikit balas.Kenapa nak bakal suami bagai ni? Geli lah."*

*"Gurau jer wak...jangan marah.Btw,save nama saya apa ni?"*

*"Herriq lahh.Nak apa lagi?"*

*"Tu jer? Kenapa tak macam saya  "Rin👑♥️".Queen of my heart gituu."*

*"Sebelum aku terserempak dengan kau dan mendapat pukulan free,lebih baik tukar sekarang.Tak rasa cringe ke huh?!"*

*"HAHAHA,garang nyeee.Tak da lah,gurau jeee.Janganlah kasar sangat,cuba guna panggilan "awak/saya."*

*"Malas."*

*"Jangan malas ii,belajar sebelum menjadi wife hehe."*

*"Jauh nyeee dia pergi..."*

*"Jadi pilih antara dua option 1 atau 2?"*

*"MALAS."*

*"Hahahha,takpa.Kita perlahan-lahan..."*

*"Melebih jeee dia ni."*

*"Yodehh janji dia chat balik dari block enn enn?"*

*"Yelah tuu,nanti aku balik takde nyee nak awak ii bagai."*

*"Balik? Balik mana? Bukan tinggal sini ke?"*

*"Gelabah ke tuu? Nanti chat lagi,nak cas bateri. Lemah sangat ni."*

Akhirnya,kena bluetick lah si manusia kaki goda,Erriq.Sha yang dari tadi memperhati Rin lama sekali membuat Rin terkejut setelah berpaling.

"Siapa buat kau tersengih-sengih tuu? Pelik betul kau ni.Hitoshi or Herriq?",tanya Sha dengan mengejut.

"Macam tahu ii jeee kau ni,Herriq."

Sha menepuk tangannya."Akuuuu...dah agak! Pasti korang berdua jadi pasangan nanti,yakin 100%.".Sokong tak ni?

Rin yang tiba-tiba fokus kepada laptopnya,membuatkan Sha dipinggirkan.Tampak seperti mendapat berita dari ibunya.Ibunya mengatakan bahawa ayahnya sempat dimasukkan ke dalam hospital disebabkan sakit jantung yang selalu dialaminya.Namun kali ini lebih parah.

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now