Bahagian 6

20 6 17
                                    

Sha yang merasa seperti dilihat oleh seseorang,segera menoleh ke arah Enatius.Enatius yang dari tadi terpesona dengan Sha terkejut lalu dengan pura-pura memandang kanak-kanak di belakang Sha.Sha juga menoleh ke belakang dan mengelengkan kepalanya seolah-olah ada yang tidak kena.

"Pelik juga,kenapa aku rasa seperti dia ni pandang aku?Hm,mungkin silap kot",bisik Sha dalam hati.

Enatius yang kelihatan terburu-buru tadi dengan lega menghelakan nafas.

"Fuh....harap jelah dia tak perasan",kata Enatius dalam hati.

Rin yang memang bermata helang dengan cepat menyiku sikunya ke Sha.Wujud juga senyuman bermaksud.

Sha memandang Rin."Kenapa?".

Rin senyum lagi."Eleh,buat-buat tak tahu."

Sha mengerut keningnya.Malas melayan.Tidak mahu peduli dengan Rin.

"Aish....kau nii.Tengah tanam benih cinta dengan Enatius tu kee?",kata Rin sambil berbisik.

Sha terkejut lalu menepuk lengan Rin dengan kuat sampai membuat ketiga-tiga lelaki di situ juga turut terkejut."KAU MEREPEK APE?",tengking Sha dengan malu-malu tapi tegas.

"Sakit weh,aduh....Kau tak jujur,tulah kan?Kalau macam ni,memang betullah kau yang kahwin dulu nanti.Sesuai dengan ramalan yang kita buat dengan Elraa."kata Rin bertepuk tangan sambil ketawa dengan kuat sampai membuatnya menangis.Tangisan ketawa.

Riq memberi Rin tisu."Nah."

Rin memandangnya sambil mengelap air mata ketawanya dengan tisu dan menerima seperti nak tak nak."Terima kasih",dikata dengan datar.

Gabriel menepuk tangan."Okeh! Tamatkan drama romantik korang,aku nak makan ni."kata Gabriel dengan semangat setelah melihat makanan tengah hari mereka sampai.Sian juga member sorang ni,nampak macam ada yang jadi ubat nyamuk.

Mereka membahagi makanan masing-masing dan terus memakannya dengan penuh selera.Tak lama kemudian,telefon Rin berbunyi.

"Eh?Siapa pula cari aku ni?"tanya Rin dengan hairan lalu mengambil telefon dari dalam beg.Rin meminta izin lalu pergi ke kawasan yang lebih kosong untuk menjawab panggilan. Semua mereka mengangguk serentak dan meneruskan makan makanan mereka.Makan ialah nombor satu.

"Hallo?Mak?",sahut Rin menjawab panggilan.

"Hello,anak mak.Apa khabar?Macam mana di sana?Semua okey?",tanya ibunya.

Rin tersenyum mendengar kegelisahan dalam tutur kata ibunya."Okey je sini mak,semua baik-baik.Mak tak perlu risau.Mak pula macam mana?".

"Mak baik-baik sahaja.Cuma dua orang adik kamu ni.Rindu sangat dengan kamu". Kedengaran juga bunyi suara dua orang budak kecil yang seperti berebut untuk berbual dengan kakak kesayangan mereka itu.

Rin ketawa kecil mendengar."Baru sahaja beberapa jam,bukan lama mana pun.".

"Memang tu lah mak cakap tapi mereka berdua ni lagi pandai menjawab mak."

"Mana ada menjawab....itu lojik lah....LOJIK!",kata si Lily membantah ayat ibunya.

Rin yang turut mendengar, ketawa dengan kecomelan adik nya itu.

"Lojik....Hahahahahhaha",perli si abang,Aaron.

Rin yang masih mendengar, membuka mulutnya."Kamu berdua ni nakal depan mak ya?Kan dah janji dengan kakak,jangan nakal selepas kakak pergi.Kalau macam ni...tak ada lah hadiah"

"Alooooooo,kakak dah janji.Mana aci.....makkkk",adu Lily sambil menangis ke arah ibunya.

Maknya hanya membantu memegang telefon dan ketawa melihat gelagat ketiga-tiga anaknya.Comel.

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now