Bahagian 10

23 7 25
                                    

Sesampai mereka di Hotel MineSeri,Sha terus turun dan memasang muka masam.Rin pula masih kaku di dalam kereta.

"Aku ada buat salah ke apa ni?",tanya Rin kepada dirinya sendiri.

"Mak cik,tolong saya pantau dia.Kalau boleh....tolong saya tanya apa punca dia tiba-tiba bad mood.Mungkin salah saya ke apa?".

Mak Cik Leha mengangguk kepalanya."Baik,cik.Oh ya,Cik!!!".

Rin terhenti dan berpusing menghadap Mak Cik Leha."Yee kenapa?".

"Em......",Mak Cik Leha ragu-ragu untuk memberitahu.

Rin mengangkat keningnya dan melipat tangannya."Kenapa?".

Mak Cik Leha menelan air liurnya."Em....tak ada Cik. Jaga diri baik-baik."

"Aduh.Leha...Leha...Nak cakap,cakap terus.Habislah kalau kau dimarah sebab tak beritahu kenapa dengan Cik Sharon. Tapi kalau kau beritahu,nanti Cik Sharon pula yang marah.Kenapalah aku susahkan diri sendiri?",keluh Mak Cik Leha menamakan diri sendiri kau dalam mindanya.Kaki laju mengikut langkah Sharon.

Selepas memerhati kelakuan Mak Cik Leha,Rin merasa curiga.Namun secara tiba-tiba kepalanya menyengat kembali."Aduh.....asal kepala aku ni?".

Trio yang mencuba membawa masuk barang yang dibeli tadi,terpaksa meletak semula dan membantu Rin duduk di atas bangku.Rin hanya memegang kepalanya dan tanpa sengaja mendekatkan kepalanya atas dada Trio.

Sudah tentu Trio terkejut kan? Nak tolak macam biadab, nak biarkan tak baik dilihat pula.

"Erghh.....",adu Rin kesakitan.

Trio mencuba untuk membangunkan Rin.Diangkat kepalanya dengan lembut.Terasa panas juga ada."Demam?", bisik Trio.

Rin mengangkat kepalanya dan mengedipkan mata berulang-ulang kali."Huh?De....mam..? Se-bab ba-nyak ma-kan ai-s k.-rim ta-di k-ot.Pe-rut a-ku ni pu-n sa-kit.",adu Rin dengan lemah memegang perutnya.

Dengan terpaksa Trio mengangkat Rin bride style.Nanti pengsan lagi,susah pula.Tubuh Rin ni sensitif sangat,tulah nak setiap masa rasa sakit.Kalau boleh setiap hari pergi hospital.

Rin mengerutkan keningnya."Berani.....nya... kau.. sentuh aku.....",marah Rin dengan lemah.Trio tidak memperdulikannya dan membawa masuk ke dalam hotel.Bukan bilik yee, tampar kang....

"Cik...cik duduk sini dulu.Saya ambilkan air yang dan ubat.",kata Trio.Ada juga sisi gentleman dia tauu,walaupun selalu dimarah🤣

Rin hanya menurut perintah.Dah namanya sakit,nak marah pun lemah.Rin duduk di sofa yang tersedia di kawasan tingkat 1,kawasan pendaftaran.Ada juga cafe yang di sebelah kanan selepas masuk pintu.Dan sebelah kiri pula,tempat di mana tempat berehat.Di situlah dia berada.





Sha duduk di atas kerusi. Meletakkan tangannya di atas meja lalu menundukkan kepala.Nampak seperti stress memikirkan sesuatu.

"Nah,air Cik",hulur Mak Cik Leha secawan air.

Sha menerima dan meminum dengan sedikit."Berapa kali saya nak beritahu? Panggil saja saya Sha.Boleh?",tegurnya tanpa sengaja meninggikan suara.

Mak Cik Leha menundukkan tubuh tanda maaf dengan takut."Baik,C-Sha."

Mana tak,kalau pandang je mata Sha,terus ada aura seram. Dah macam nak pukul kau bila-bila masa.Mengerikan...

Sha yang dapat merasakan Mak Cik Leha takut, terus menghela nafas dengan penuh rasa bersalah."Maaf.Saya cuma....cuma perlu rehat.Boleh Mak Cik? Lagipun kenapa Rin belum sampai ni?Tolong saya cari dia..."

Mak Cik Leha mengangguk dan keluar dari bilik.Sha yang melihat Mak Cik Leha pergi ,terus menjatuhkan tubuhnya atas katil dan tertidur.

Sementara itu,Rin yang menderita dengan sakit kepalanya,sakit perut ditambah pula rasa loya, duduk dengan lesu.Seiring merasa sakit,dia teringat nama Intan dan terkenang masa lalunya dengan manusia yang mempunyai nama sama.

Flashback 10 tahun lalu....

"Kau ingat kau kaya,kau dapat perhatian dari orang lain!?Mimpi jerlah. Aku akan buat berlian macam kau jadi sampah sarap kat luar tu!!!",tengking perempuan itu ke Rin yang lemah terduduk di atas mangkuk tandas.

Seorang lagi hanya tersengih-sengih."Hahaha,berani juga dia ni rampas crush kau eh Khira. "

Perempuan yang bernama Khira itu hanya tersenyum dan membuat muka jijik melihat Rinna.Pada ketika itu,muncul pula sosok seorang lagi iaitu Intan.

Intan hanya mengatur tudungnya di depan cermin.Tidak memperdulikan Rinna.

"Nama dia.....aaaa....Rin kan? Rinna si budak acah kaya acah pandai acah popular tu??".

Khira dan seorang lagi yang bernama Rafia mengangguk.Rafia membuka mulutnya lagi.

"Hmph! Dia ni juga....orang yang cuba merampas populariti kau.",kata Rafia sambil menyepak sikit kaki Rinna.Ditariknya juga rambut.Rin terjerit kesakitan namun dihentikan dengan paksa oleh Khira dengan menekup mulutnya.

Intan tersenyum senget."Hah! Muka macam ni nak ganti aku?Boleh sebenarnya.....cuma kita kena tambah beberapa KECANTIKAN lagi kat muka kau.",kata Intan sambil memberi isyarat mata ke arah Rafia.

Rafia menerima isyarat dan langsung mengambil sebaldi air yang mereka isi tadi.Intan dan Khira melangkah ke belakang sedikit.Tanpa merasa bersalah,Rafia menuang dari bilik tandas sebelah lalu dijatuhkan di atas Rin.

Rinna yang sudah menangis teresak-esak,dengan mengejut menerima air yang membasahi seluruh tubuhnya."Tolong.....berhenti.",rayu Rin dengan sayu.

"Awwwwww......kasihan nye....",perli Khira dengan membuat muka pura-pura kasihan.

Ringggggggg!!!!

Intan mendekati muka Rin."Sekarang kan dah cantik,lebih dari sebelumnya.Okey,kita tamatkan.Dah waktu balik ni.Byee WAHAI CANTIK."

Dengan senyuman puas dan berlipatkan tangan penuh angkuh mereka keluar dari tandas. Meninggalkan Rinna keseorangan.KEJAM.

Rin hanya mampu menangis tanpa henti."AKU BENCI KORANG SEMUA!!!!BENCI!!!PERGI DARI HIDUP AKU!!!",marahnya dengan penuh dendam.Namun apalah daya, dia hanya mampu memeluk diri dalam kesejukkan.

End of flashback

Setelah Rin kembali semula ke realiti,dia dengan mengejut memeluk Trio yang sedang membawa ubat dan air di depannya.

"Em.....Cik?",tanya Trio dengan kekok.Menggeletarlah juga tangannya.

Rin hanya nangis teresak-esak dan semakin mengetatkan pelukan.Trio ketika itu masih berdiri dengan sangat kekok kerana dilihat orang sekeliling.Hanya berdiri membatu. Mungkin Rin merasakan dirinya sedang berada dalam situasi seperti kisah yang dialaminya dulu.

Trio yang merasakan Rin mungkin harus ditenangkan,dengan perlahan meletakkan ubat dan air.Diturunkan tangan mengelus kepala Rin selembut boleh.Rin yang merasakan elusan itu,mula merasa tenang dan pengsan di dakapan Trio.

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now