Bahagian 18

14 2 4
                                    

Selepas 2 hari mencari rumah sewa,akhirnya mereka berdua jumpa yang tidak terlalu kecil mahupun besar. Harga sewa pun mampu milik. Lumayan. 

"Weh,aku nak tinggal sebumbung ngan kau boleh?",kata Sha secara mendadak.

Rin mengerutkan dahinya."Eh...bukan kau cakap nak jalan-jalan setiap negeri kee? Melancong katanya. Kenapa nak sebumbung dengan aku tiba-tiba ni?".Mata memandang dengan sinis.

"Bukannya sikit pun tempat menarik dekat Kuala Lumpur ni,agak-agaklah kau."

"Hehe,jangan marah. Manalah tahu kan? Yeee boleh tapi kau nak share bayar sewa lah. ",gurau si Rin.

"Janji sebumbung ngan kau, tak kesah pun hal duit tu".

Rin ketawa melihat sikap tidak kisah kawannya itu."Takdelah aku gurau, tak perlu unn. Kau tak lama enn? ".

Sharon memusing kepalanya. "Come on girl, I am the rich aunty okey! Tiap tahun ada perayaan, angpau is on my hand ready to give. ". Keluar bahasa Inggeris dia. 

"Yes maam, understood. Camne bussines kau? Sape handle? " 

"Workers dah banyak, as a boss tinggal goyang kaki maaa. ". Angkuh ehh kau. 

Rinna menggeleng kepalanya. "Pasti kau selalu suruh pekerja kau buat semua benda kan? Tak responsible ehh? ". 

Sharon memberi pandangan sinis. "Said by the one yang suka buli pekerja dia sendiri." 

"Well, diorang bawah ayah aku. Kalau bukan aku yang urus, aku takkan puas hati. Diorang akan buat kesalahan yang aku tak nak nampak." 

"Bruhhhhhhh biasa je aku tengok, Mak Cik Leha un okey. Baik sangat. Trio? Takyah cakap, bride style matttt. Customer servis top tier HAHHAHA. " 

Sebaik sahaja masa lalu dikenang, dia mengambil kunci, pintu dibuka dan masuk. Abaikan? Betul, itu dia buat sejak serik diejek dengan Trio. Pasrah? Yaaa lagi betul.

Dah jumpa rumah,buat apa lagi? Pindah terus lah situ kan? Bolehlah jadi tempat inap keluarganya kalau datang Kuala Lumpur nanti. Ada juga beberapa perabot yang memang tersedia,boleh tahan cantik. Rumah 2 tingkat dan banyak juga penghuni tinggal situ.






"Hallo? Ini kan yang minta bekerja tuu? F.... Fredict?",tanya Raa dalam telefon.

Jejaka itu menjawab."Yeee,cik.Saya yang minta kerja.Saya diterima ke cik?"

"Tidak perlu cik bagai,santai. Panggil saja saya Elraa atau Raa. Emm....yaa,itu tujuan saya memanggil. Kalau boleh esok juga datang kerja atau pada hari yang kamu dapat. Sebab saya sangaaaaaaaaaaaat memerlukan penolong. ". Ambooi, laju terima. 

"Baik Cik Elraa.Saya akan datang esok, ke kedai itu kah?"

"Degil nyeee,suruh panggil ini, lain pula dia buat. Takpelah,kalau itu kamu lebih selesa. Tapi anggaplah saya rakan sekerja atau kakak. Lebih best kalau jumpa di restoran,boleh makan terus."

Fredict tersenyum."Hahaha,baiklah Cik Elraa. Terima kasih menerima saya jadi penolong cik."

"Sama-sama".Elraa terus memutuskan talian.Boleh lega sikitlah,tak terasa bebannya.Harap jee sorang ni tak menyusahkan.Bukan main supporting dia layan orang tak dikenali.Hadehh~





(Fredict,umur 18 dan juga bakal jadi penolong Elraa. Budak ni senarnya masih belajar kat U,tapi sebab nak isi minat, dia nak try kerja jadi penyiasat berbayar. Lagi satu dia ni minat kat Elraa dah lama, sangat mendalam. Kira first love lah agaknya. Malangnya kalau Elraa,kita tak pasti dia ingat kee tak kat Fredict. Nak tahu?Jom teruskan.)

"Wah....Aku ingat aku tak dapat lamar kerja tadi. Dia ingat kee tak aku eh? Kalau ingat baguslah.",keluh Fredict dalam diam.

Muncul seorang gadis yang berpakaian cantik."Sayang,macam mana pakaian ni? Cantik tak?".

"Em.",jawabnya pendek bersetuju.

Perempuan itu tampak sedih namun masih tersenyum. "Hmm...okey. Kita tukar kedai lain jom."

Fredict hanya bangun dan mengambil beberapa pakaian yang dibeli gadis itu tanpa memandang sekalipun ke arahnya. Langkah kaki lebih laju daripada sang gadis. 

"Kalau awak penat, kita baliklah. Tak nak juga paksa awak ikut saya."

Fredict meletakkan telefonnya dalam poket."Yakin? Nanti ulang-alik pulak datang sini.",tanya dia dengan datar tanpa ekspresi.

Gadis itu tersenyum tawar."Ye,takpee wak. Jom balik."

Tanpa menghiraukan dia,Fredict pergi tanpa menoleh. Belakangnya dituruti oleh sang gadis,Sherry bakal tunangnya. Kes kahwin paksa yang ditentukan sejak kecil. Itulah sebab Fredict bersikap acuh tak acuh apabila melayan dia. Ingin membuat dia menghilangkan rasa suka? Berkawan dari kecil tapi Fredict hanya mengganggap dia setakat itu dan tidak pernah lebih. TIDAK AKAN. Sherry pula sebaliknya,selalu menggangap Fredict sebagai kekasih seumur hidupnya dan menolak semua pernyataan cinta dari sesiapapun. Hanya demi dia. Tumbuhkah benih yang tidak disiram? Datangkah bintang tanpa malam? Terbangkah burung tanpa sayap? 

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now