Bahagian 21

8 0 0
                                    


Seorang lelaki melangkah keluar daripada kapal penerbangan VVIP. 

"Perghhhh cerah macam selalu."

"Tuan, selamat datang ke Malaysia. Terima kasih memilih penerbangan kami. Macam mana pengalaman tuan selama penerbangan?" soal pemilik lapangan kapal terbang tersebut, Matthew tertulis di bajunya.

"Terima kasih, mereka memberi layanan yang bagus. Jangan risau.", dijawab dengan senyuman. Tiba-tiba dia merangkul leher lelaki yang di depannya itu.

"Dah dahh lah tu Atth, letakkan formal kau. Aku nak kita santai-santai luhhh", tangan masih diletak atas bahu Atth .

Matthew menukar wajah mesranya ke wajah serius. "Kau dari dulu tak pernah berubah. Apa khabar kau sekarang? Mentang-mentang dah famous tak datang Malaysia lagi ehh. ". Tangan perlahan-lahan menurunkan lengan lelaki bernama Ice itu.

Tangan yang diturunkan mengatur topeng yang sentiasa dipakainya. "Aku sihat jeee, kau pasti rindu aku kan? HAHAHA", sengaja mengusik rakan lamanya.

Matthew menayang muka geli. "Takda masa aku. "

Ice tergelak. "Cepat ehh kau cuak, ye yeeee tuan pemilik seluruh lapangan terbang ni. " Tangan disatukan seolah-olah menyembah Matthew. 

Matthew hanya mampu mengeleng kepala. Dah macam bukan artis je budak ni. "Cukup, jadi profesional sikit. Banyak yang tengok. Lagi satu, kawasan sini penuh dengan peminat kau. Hati-hati jangan sampai terluka, sapa sikit astu masuk kereta. ", tegur Matthew yang kedengaran seperti ibu-ibu. Tegaslah gituu... 

Ice mengorek telingannya. "Aaaaaaa kau dah macam mak aku dah. Ye makk yeee, anakmu ini sedia menerima perintah. "

Matthew berjalan pergi tidak menghiraukannya. Semua pengawal keselamatan sedia mengawasi Ice. Ice berjalan memasuki lapangan terbang itu. Penuh dengan manusia.

"Hello mak, apa khabar ayah? ", soal Rinna. Tangan sibuk mengemas mejanya. Semua disusun rapi dan kemas.

Raquela mengeluh. "Baik sahaja."

Gerakan Rin terhenti lalu dia duduk. "Kenapa ni mak? Ada apa-apa ke? ".

"Abang kamu, Vince dah balik Malaysia. Dia tengah dalam perjalanan ke sini."

Rin kehairanan. "Ehhh anak mak yang lelaki tuuuu, kenapa macam sedih jee? Lama dah dia belum balik tauu." ,memujuk hati si ibu.

Raquela mengeluh lagi. "Sebab tu lah mak mengeluh, mak masih rasa marah dengan dia. Tahu tak berapa dia dah tinggalkan Malaysia? 6 tahun sayang, ENAM TAHUN. ", suara terdengar serak. Ingin nangis mungkin.

Rin mula merasa risau. Dia faham sekali dengan ibunya tak pernah henti mengungkit abang-abangnya tak pernah balik. Kadang merasa tidak disayang, kadang merasa dibuang anak,sampaikan kadang merasa TIDAK mempunyai anak.

"Yeee mak, Rin faham. Takpalah, kalau mak belum sedia hadap dia, nanti Rin tolong beritahu."

Raquela mula kedengaran menarik hingus. "Dia sudah sampai di depan rumah. Mak akan cuba berbual dengan abang kamu yaa. Hati-hati di tempat baru, belilah apa yang patut, makan yang cukup yee? ".

"Ye mak. Percayalah abang pasti ada rindu dengan mak, jangan terlalu risau ye mak."

Raquela hanya mengiya-iyakan sahaja. Talian diputuskan. Sharon mendekati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now