Bahagian 5

25 6 14
                                    

"Tolong aku ambilkan peti pertolongan cemas,cepat!",perintahnya ke arah temannya.

Rakannya dengan cepat mencari peti tersebut.Sharon dan Rinna masih merasa bimbang dengan budak itu sebab dia masih menangis dengan teruk.Tiba-tiba,lelaki yang tadi membantu, memberi budak kecil itu gula batu.Niatnya ingin menenangkannya.

"Adik,nah.Jangan nangis lagi,okey?",dielusnya juga kepala budak itu.

Budak itu berhenti menangis dan mencapai gula batu itu lalu memakannya."Manis!Terima kasih abang kacak!",dengan senyum lebar budak ini mengatakan itu.

Dengan rasa bangga lelaki itu senyum sampai telinga."Hahahaha,pandai adik cakap manis.",kata lelaki itu menyokong ayat budak itu.

Rin melihatnya seperti tidak membantu tapi hanya perasan sendiri.Seperti biasa,sudah tentu dia akan membuka mulut dan memandang wajah lelaki itu.

"Kamu berniat nak membantu ker- EHHHHHHHH!?",terperanjat juga orang sekeliling kerana jeritannya itu.

Sharon menepuk kepala Rinna."Orang tengah terluka ni,kau menjerit kenapa?".

Rin mengelus kepalanya yang sakit dipukul itu."Bukan apa....Ini! Laki ni! Aku kenal dia!"

Budak perempuan itu tidak memperdulikan sekeliling dan hanya di dunia sendiri memakan gula batunya itu.Lelaki yang tadi ikut tercengang pun bangun dari berlutut depan budak itu.

"Em....kita pernah jumpa mana?Sebab saya pun rasa seperti pernah nampak cik."tanyanya dengan hairan sambil mengosok kepalanya yang tidak gatal itu.

Rin melipat tangannya dan memandang lelaki itu dengan pandangan jijik."Kau lah! Yang suka bagi ayat acah sweet kat pantai pagi tadi,haiwan setengah manusia yang bernama Riq tuu.Baru jee beberapa jam yang lalu,takkan lupa pulak dahh?".

Lelaki itu langsung bereaksi seolah-olah telah msngingati kejadian yang mereka dua alami."Ohhhhhhhhh,Cik Rinna?Betul?Hahahahahahha,kita dua memang ada jodoh lah.",jawabnya sambil menunjuk jari ke arah Rin lalu ke arah dia sendiri.

"Cis! Jodoh pe bende?Dah kita memang dekat satu tempat yang sama,bukannya jauh sampai ratus kilometer.Nyanyuk ehh? "

Sha hanya memerhatikan mereka berdua dan cuba memahami situasi.Tapi dia lebih ambil berat dengan budak yang memang dari tadi harus diperhatikan.Sha memandang wajah budak itu lalu menanyanya beberapa soalan.

"Adik,nama siapa?",tanya Sha dengan lembut.

"Sofia."

"Ohhhhh,Sofia.Cantik nama adik."

Sofia memandangnya."Terima kasih.Nama kakak ape?"

Sha senyum manis melihat kecomelan budak itu."Sharon,boleh panggil Kakak Sha."

"Okay,kakak Sha."kata Sofia dengan senyum dan membuat jari okay.

Sha hanya senyum manis dan mengosok kepalanya lalu mencubit pipinya dengan geram.Comel.Dua orang yang tadi masih bertengkar kecil di situ.Hanya sahaja si lelaki yang masih meneruskan pickuplinenya itu.

Setelah sekian lama,baru rakan Riq yang bernama Enatius dan Gabriel tiba membawa peti pertolongan cemas."Hei,Riq!Ni...peti tu...,"kata Gabriel dengan tercunggap-cungap setelah mencari sekeliling.

Riq terus memberi perhatian kepada Gabriel dan mengambil peti itu lalu mengurus budak itu tadi.Rin dan Sha hanya berdiri tegak melihat Riq membersihkan luka itu. Makin lama diperhatikan,makin kelihatan seperti seorang doktor yang sebenar.

Enatius yang terpandang ke arah Sharon, tiba-tiba merasakan sesuatu yang tak normal.Apa jadi dengan jantung ni? Namun dia tidak hiraukan kerana beranggap mungkin sebab dia berlari ke sana ke sini dengan Gabriel tadi.Sharon tidak memerhatikannya juga dan hanya fokus ke arah budak itu.Semua menumpukan pandangan ke arah yang sama.

Riq berdiri tegak merenggangkan tubuh setelah selesai melakukan tugasnya."Okey,siap.Tapi adik tak boleh jalan sekarang tau sebab tak nak luka teruk pula.Mana mak dan ayah adik?",tanyanya sambil memerhati ikatan jika diikat dengan betul atau tidak.

Sofia hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak tahu keberadaan ibu bapanya.Riq pun menghela nafas dengan kecewa,bagaimana ibu bapanya tidak menjaga keselamatan anak mereka sendiri dan membiarkan Sofia tanpa dipantau? Betapa buruknya padah,jikalau tiada sesiapa datang membantu Sofia.

Rinna maju untuk membuka mulut lagi."Jadi macam mana....Encik Riq atau Doktor Riq?", disoalnya dengan nada memerli.

Riq memandang Rin."Wahai Cik Rinna yang cantik,dia tidak apa-apa.Cuma kita kena cari ibu bapa dia pula,sebab dia kena diberi rehat di tempat yang lebih selesa."

Semua mereka mengganguk faham.Setelah mendengar apa yang dikatakan Riq,Gabriel dengan tiba-tiba teringat semasa dia mencari peti ada pasangan yang seperti mencari keberadaan anak mereka.Kemungkinan besar,itu ibu bapa Sofia.Tanpa membuang masa,Gabriel memberitahu semua dan mereka membawa Sofia ke Cafe terdahulu.






Gabriel segera memberitahu Riq setelah melihat sosok pasangan itu."Weh,Riq! Tuu.",ditunjuknya dengan jari.

Riq memandang ke arah yang ditunjukkan dan membawa Sofia yang digendongnya ke arah mereka."Encik?Mohon maaf,adakah ini anak encik?".

Lelaki yang berumur kitaran 40 itu memandangnya lalu menjatuhkan air mata kerana baru dapat menemui puterinya setelah menghilang."Ya,tuan!Ya!Anak saya...",katanya sambil menangis dan mengendong Sofia ke dakapannya.Kepala Sofia dielusnya lembut.

Gabriel dan yang lain hanya duduk di sebuah meja,memerhatikan Riq kerana Riq sudah berkata biar dia sahaja yang urus.

Lelaki itu kembali bertanya kerana melihat luka di kaki puterinya itu.Riq pun menceritakan apa yang berlaku dan lelaki itu tampak seperti menangis lebih teruk kerna dia tahu itu kesilapannya.

"Maaf,tuan.Ini memang kesilapan saya.Isteri saya ingin ke tandas sementara waktu dan membiarkan saya untuk menjaga anak-anak di pantai.Namun disebabkan kelelaian saya kerana telefon,saya pergi ke cafe dan merasakan seperti ketiga-tiga anak saya mengikuti saya.Tapi setelah saya tiba di cafe,saya perasan Sofia telah hilang dan isteri saya juga kembali lalu menanyakan keberadaan Sofia.Dengan panik kami berpecah mencarinya.",dengan hati yang hampir runtuh dia bercerita.Hanya disebabkan kelelaian,nyawa anaknya terancam.

Riq menepuk bahunya."Saya hanya berharap tuan tidak melakukan kesilapan sebegini lagi,"senyuman diukir.

"Saya sangat berterima kasih dengan tuan.Kalau tiada tuan,entah apalah nasib anak saya,"keluhnya.

"Tuan,tanpa bantuan rakan saya,saya juga tidak dapat melakukan ini."ditunjuk Riq ke arah belakangnya.

Lelaki itu terus menunduk berterima kasih ke arah mereka.Mereka turut menundukkan kepala dan melambai kembali.

Si isteri juga turut datang dan memeluk anaknya itu.Ibu mana lah yang tidak akan risau jika hampir kehilangan anak mereka?Si isteri menanya apa yang berlaku lalu berterima kasih kepada Riq dan kepada yang lain.Kedengaran juga sedikit pergaduhan antara mereka berdua lalu mereka pergi dari sana untuk masuk ke hotel.

Riq menuju ke arah meja mereka yang lain berkumpul.Dia merenggangkan tubuhnya lalu duduk di atas kerusi yang kosong.

"Wooh!Banyaknya kenangan kita semua bersama,kan Cik?",kata Riq sambil menyambung perangai kaki godanya.

Rin memandangnya dengan tidak percaya."Baru habis tolong orang,terus kembali perangai bodoh kau?"

Riq memandang Rin."Perangai yang bodoh ni lah yang akan membuat awak rindu nanti hehe".

Rin hanya mendiamkan diri.Malas berlawan kata dan mengambil pesanannya kerana lapar.Mereka yang lain juga turut mengikuti.Riq hanya terus memandang Rin.

Gabriel,Enatius dan Sharon hanya ketawa kecil melihat telatah mereka berdua bersama.Walaupun baru kenal beberapa jam,mereka terlihat seperti sahabat yang telah bersama bertahun-tahun.Dalam diam-diam,Enatius terlihat seperti curi-curi melihat Sharon yang tersenyum dengan sangat manis.Ada perasaan ke ni? Lain machammm~

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now