Bahagian 9

20 7 11
                                    

Setelah beberapa minit mereka berdua berdebat hendak ke mana, Trio dan Mak Cik Leha tiba di depan mereka berdua.

"Alahaii.....aku nak tengok siapa artis tuu.Jom lah,sekejap jer.Nanti aku belanja?",pujuk Rin.

Mata Sha terus bersinar mendengar perkataan belanja."Kau belanja? Yayyyyyyy!!!!Ok,boleh.Janji kau betul2 belanja aku nanti."

Trio dan Mak Cik Leha hanya mengikut mereka berdua dari belakang.Rin terus menarik tangan Sha menuju ke arah kerumunan itu.

"Oleva and Intan? The Random Game?",tanya Rin kepada dirinya. Mata melihat apa yang tertera di papan belakang pentas.

Sha terus melihat ke arah yang dibaca Rin."Ehhhhhhhh?Oleva!? Oleva ni artis yang aku minat tu wehhhhh!!!!!",kata Sha sampai terlompat-lompat dengan gembira.

Rin terperanjat dengan gelagat rakannya itu."Aduh kau ni.....Aku yang excited tadi,sekarang kau pula?".

"Hehehehe,tapi sumpah!!!! Aku minat gila dekat dia!!!!Bye,aku nak ambil tanda tangan".

Sha berlari ke depan dengan teruja.Dengan cepat tangan mengeluar apa-apa barang yang boleh ditandatangani.Rin hanya mengikut dengan perlahan dari belakang dan seolah-olah mengenali nama Intan itu.

"Takkanlah dunia ni kecil sangat.....Sampai aku jumpa dia balik?Kan?Takkanlah.....",tanya Rin kepada dirinya sendiri dengan senyuman kekok.

Sha yang tadi dengan cepat memotong orang sudah berada di depan.Di tangannya ada buku dan pen.Setelah melihat ada ruang kosong di atas pentas,dia terus duduk di depan artis kesayangannya itu.

"Hai....HAI OLEVA!!!!Saya Sharon,boleh panggil Sha.Saya peminatttttttt besar awak!!!",kata Sha sambil menghulurkan tangannya dan membuka mata dengan bersinar-sinar seperti terharu sekali dengan keberuntungannya.

Oleva juga turut menghulurkan tangannya dan mereka bersalaman."Hai,Sha.Terima kasih kerana selalu menyokong saya dan hadir ke event ni. ",jawab si dia dengan senyuman lalu menantandangi bukunya.

Seluruh mall kedengaran banyak orang yang menjerit tanpa henti dan juga bunyi foto diambil.Program ini dijalankan untuk rancangan realiti yang akan datang iaitu di mana Oleva dan Intan menjadi pengacara bagi acara tersebut.Acara ini melibatkan pelbagai permainan dan para permain perlu terus berjuang untuk memenangi hadiah.

"Saya sangat nantikan awak untuk mengacari acara ini.Terima kasih sangat-sangat sebab membuat hari saya lebih baik hari ini!!!",kata Sha lagi sambil meluaskan lengannya lalu mereka berpelukan sementara.

"Em......aku rasa aku kenal Intan ni, dia yang buat kontroversi beberapa minggu yang lalu tentang ambil suami orang.Tapi.....dapat dibuktikan juga dia difitnah.Hmm antamlah, minta jee tanda tangan astu blaa.",keluh Sha dalam hatinya.

Sha menghulurkan bukunya dan membiarkan Intan membuat tanda tangannya.Dengan secepat kilat,Sha hanya berterima kasih dan terus pergi menuruni tangga.

Selama Sha di sana,Rin dari tadi hanya duduk sambil menjilat ais krim.Dia juga membelanja Trio makan.Mak Cik Leha pula tidak suka makan makanan yang sejuk.

Rin memandang ke arah Sha yang berlari teruja ke arahnya. Dia hanya terus menjilat ais krim yang entah ais krim ke-berapa dia makan.

"Baru sampai kau syaitan? Dan 10 minit aku tunggu kau...Tengok! ais krim ke-3 aku makan ni...",maki Rin dengan menunjukkan jarinya ke arah plastik ais krim.

Sha buat tak tahu.Lengan penuh gembira memeluk buku itu."Kesah aku.Lagi satu,cakap nak belanja.Kenapa kau saja yang makan ais krim?".

"Kan kau kat situ tadi. Suka hati aku lah..."

"Jahat kau eh...."

"Mana ada jahat,nah satu lagi tinggal.Kalau kau nak sangat,satu kedai tu pun aku mampu beli".

"Dasar orang kaya berlagak,terima kasih!".

"Sama-sama".

Mak Cik Leha memberi Rin tisu.Rin mengambilnya lalu mengelap tangan dan mulutnya.Sha yang dari tadi terus mencari sesuatu di IG terlihat sangat serius.Rin bangun dan menepuk bahu Sha untuk menandakan mereka harus terus berjalan.






Setibanya mereka di depan sebuah kedai,Rin terus masuk.Tidak menghiraukan Sha yang hanya fokus pada telefonnya dari tadi.

Klik!Klik!Klik!

Bunyi ketikan Sha pada telefonnya tanpa henti.

Sha memeriksa akaun IG artisnya tadi,Oleva. Ditemuinya nama seseorang yang ditag pada gambar yang seperti di kawasan tengah-tengah pasar tadi.Nama itu terasa pernah ditengok.

"What the hell!? Intan_Cantek!!??? Ini pun macam dah tak private lagi,habislah kalau Rin lihat ni nanti.Aduh....Sokay Sha tenang dan tenang. ",jeritnya di dalam hati.

Mak Cik Leha yang melihat Sha seperti dalam kegelisahan terus maju ke depannya."Kenapa ni Cik?Boleh saya bantu?".

"Aaaaa.....aa.....tak ada....",jawab Sha yang berpura-pura seperti tidak gelisah namun terlihat sangat menipu.

Sha hanya senyum hambar menghadap Mak Cik Leha.Mak Cik Leha hanya membiarkan sahaja.Mungkin Sha tidak mahu memberitahunya,jadi dia tak nak memaksa.Sha terus mengikuti rakannya tadi.

"Okay,Trio.Tolong saya bawa ini". Trio menyambutnya.

Sha yang tadi masih gelisah,berpura-pura tenang."Eh? Lajunya ka...u?

Rin melipat tangannya."Kau tahu tak berapa lama kau dah diri kat luar tu? Lagipun...Kita kena tukar tempat,tak boleh terus kekal sini.

"Em.....",Sha hanya mendiamkan diri termenung.

Rin mengerut keningnya."Kau macam tak okey je, kenapa ni?Takkan lah kau pula yang sakit? Nak balik hospital semula?,"gurau si Rinna.

Sha hanya memasang muka serius."Em...jom balik.Aku penat.JOM."

"What!? Huh? Aku belum sempat shopping satu mall weh- "

"PLEASE?",jawab Sha dengan singkat dan tegas.

Rin merasa takut sedikit."Oke...oke...relax. Oke kita balik.Mak Cik,tolong bawa barang ni dan Trio tolong ambil kereta sekarang. "

Tanpa berlengah mereka berdua terus bertindak dengan cepat.Rin dari tadi masih takut dengan sikap Sha yang tiba-tiba berubah,hanya mendiamkan diri dengan jantung yang berdetak laju.Sha pula hanya membuat muka kosong.Kemungkinan besar dia tidak mahu melihat Rin pengsan lagi.Takut lebih teruk setelah berjumpa dengan orang itu dengan lebih dekat.Depan muka!

Sesampai mereka berdua di luar,dua orang pembantunya menunggu. Tanpa berlengah, kaki melangkah masuk.Keadaan agak canggung dan sangat senyap.Pertama kali juga sepanjang 2 hari ini mereka dua senyap seperti tengah bergaduh,selalunya bising jee tiap masa.

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now