Bahagian 2

24 7 4
                                    

Rinna terus memandang ke arah pemandu kereta pula.Berniat mengajukan soalan yang sama.Pemandu kereta itu dapat merasakan seram sejuk dengan pandangan Rin. Walaupun mata tiada di belakang kepala. Tumpuan masih mencuba fokus memandu.

"Kau pula,nama apa? Rupa masih muda,berapa lama dah kerja ngan ayah aku?",soalnya kepada lelaki itu. Macam perompak nak meragut sudah.

Pemandu kereta itu cuba untuk tenang dan menjawab persoalan Rin dengan melihat cermin atasnya."Nama saya Trio,berumur 28 tahun.Saya sudah bekerja dengan ayah cik lebih kurang 1 tahun."

Rin memegang dagunya."Oh,sambung."katanya selepas mendengar jawapan itu.

"Dia ni boleh tahan tampannya.Tapi tulah,blur memanjang."bisiknya di dalam hati.

Trio bercerita sambil fokus memandu."Kalau cik nampak, saya masih kelihatan muda. Dato ambil saya bekerja lebih kurang beberapa bulan lalu. Masa itu, keadaan hidup saya sangat serabut. Tambahan lagi saya anak tunggal, 2 adik saya masih bersekolah, ibu saya sakit tenat dan ayah? Telah lama meninggal dunia. Namun sekarang, kehidupan saya stabil sedikit disebabkan belas kasihan Dato." jawab Trio sepertinya syukur dengan bantuan ayahnya.

"Oh......kamu tak ada aunty atau uncle yang membantu ke?".Rin melipatkan kedua-dua lengan nya.

Trio terdiam sementara setelah mendengar itu.

"Hm?",soalnya lagi setelah melihat Trio diam.

"Em....mereka telah lama tidak berkomunikasi dengan kami. Mungkin mereka malu dan benci dengan kami kerana ibu saya dikatakan merampas ayah saya daripada isteri pertama nya."

"Isteri pertama? Interesting!",kata Rin dengan menepuk tangan.Ehh beria semacam dia.

"Ya,isteri pertama. Saudara belah ayah saya lebih suka isteri pertamanya sebab....dia kaya. Mampu memberi mereka kesenangan.Tapi setelah mereka cerai, perempuan itu tidak mahu ada apa-apa pertalian darah lagi dan mereka marah dengan mak saya sebab dikira mencuri kebahagiaan mereka." jawabnya dengan nada sinis dan sedikit sedih di hujung.

"Well,your mom deserve it. Sebab mak kau perampas kan?" katanya dengan mengangkat kedua-dua bahunya seolah mengatakan ibunya berhak mendapat itu.

Trio sedikit terasa tapi dia sudah terbiasa mendengarnya. "Tapi, realitinya ayah saya yang salah sebab dia bermain dengan 2 perempuan pada satu masa. Dan bayangkan cik, dia tidak memberitahu perkara sebenar kepada kedua-dua pihak?" jawabnya membantah Rin.

"Ops!",Rin menutup mulutnya namun masih tersenyum tanpa rasa bersalah.

Trio masih mencuba mengekalkan senyuman kelat kerna tidak mahu situasi menjadi janggal. Sebenarnya, Dato sudah memberitahu mereka berdua untuk tidak mengambil hati apa yang akan dikatakan Rin jika agak kurang ajar. Memang telah dibuktikan, mulutnya sangatlah tidak bertapis apabila berbicara.

Rin melipat kembali tangannya."Baiklah,nice story. Banyak kontroversi seperti dalam drama-drama yang aku tengok.",katanya gembira seperti setelah menikmati k-drama.

Trio hanya mampu senyum hambar. Nak marah, tapi kena sabar,NAK marah, tapi kena sabar. Mak Cik Leha yang dari tadi mendiamkan diri turut mendengar cerita Trio, merasakan prihatin. Di usia yang muda, seharusnya Trio mencari impiannya dan melaksanakannya sebaik mungkin. Tapi jika realiti berbicara sebaliknya,maka itulah nasib.





Setelah sekian lama,sampai juga mereka di hotel. Hotel itu lebih kurang 10 tingkat dan ada pemandangan indah seperti pantai dan langit biru.Keindahan itu membuat Rin merasa seronok untuk turun dan mengambil gambar.

" Wuw,cantik nyee. ",katanya dalam kereta.Rin terus turun dari kereta. Mulut mula memerintah kedua-dua orang itu untuk meletakkan barangnya dalam bilik yang telah ditempah.

Rin menarik nafasnya panjang-panjang dan mendepakan lengannya.Rin berjalan namun langkahnya dilajukan seperti orang yang berlumba berjalan. Jika melihat pemandangan yang indah,siapa yang tidak mengambil gambar kan? Dia terus mengeluarkan telefon dan berniat memotret diri sendiri.

Rinna berdiri membelangkangi cahaya matahari dan bersiap mengambil gambar."1,2-",hitungannya terhenti apabila dilanggar seseorang.

"Aish! Buta ke ape!?",tengkingnya ke arah pemuda itu.

"Tu aku cakap tadi, jangan berperangai macam budak-budak. Kan dah langgar cik manis ni.",godanya sambil senyum memandang ke arah Rin.

Rin memandangnya dengan muka jijik."Erk, geli aku.",perlinya.

Pemuda yang melanggar Rin tadi mentertawakan kawannya yang mencuba menggoda Rinna. "HAHHAHAHAHAHA,padan muka kau Riq. Kena rejek!",katanya sambil menahan perut menahan sakit ketawa.

"Eleh, kau langgar cik ni pastu tak minta maaf. Lagi memalukan.", balas lelaki yang bernama Riq itu kembali.

Seorang lagi sahabat mereka yang tadi turut ketawa juga, mula membuka mulut.

"Dahlah korang, kang kena report polis pula tak minta maaf nanti. Gabriel cepat.",katanya tegas. Risau setelah melihat Rin yang berdiri tegak memandang karenah mereka bertiga dengan muka tidak puas. Haa haaaa habislahh...

Gabriel terus memohon maafnya kerana cuai dan tanpa sengaja melanggarnya.Namun pernyataan itu kedengaran tidak serius. Setiap ayat terselit ketawa kecil.

Rin terus memandang tajam tepat ke arah Gabriel dan yang lain." Kalau tak pasti diri sendiri tu buta, pergi check hospital sebelum aku yang butakan. Jangan berperangai macam budak-budak di tempat awam sebegini!",tengking Rin. Tengkingannya berjaya membuat orang sekeliling dengar.

Ketiga-tiga mereka terkejut dengan ayat yang dikeluarkan oleh Rin.Mana tidaknya, dari luar kelihatan ayu dan lembut tapi bila buka sahaja mulut dah hilang sisi baiknya itu.

"Wow,garang nyee. Kan Enatius?",Gabriel menyikukan sikunya ke arah Enatius.

"Tuu arh, takut aku.",jawab Enatius pula.

Si Riq ikut menyampuk pula."Ehh,cik manis.Jangan marah-marah. Cer beritahu apa kami patut buat supaya dapat menerima maaf daripada cik? ",tanyanya dengan senyuman.

Rin terus memandang ke arah dia pula dan menunjukkan satu jari ☝🏻.

"Satu jee, berambus dari mata aku dan jangan munculkan diri tu lagi! ",kata-kata keluar bertemankan senyuman yang dibuat-buat. Laju saja dia berpaling ingin beredar dari situ.

Sebelum Rinna melangkah,Riq membuka mulutnya lagi.

"Hahahahhaha, senang jee.Tapi sebelum tuu...",Riq terus memegang dagunya.

Gabriel dan Enatius senyum bermaksud, seolah-olah tahu apa yang akan Riq tanya.

Rin membalikkan tubuhnya."Apa lagi alasan kau? ",sahutnya dengan intonasi menyampah. Dah buat hal, bukannya pergi malah nak bersoal siasat pulak mamat ni.

"Nak tahu nama, boleh?",suara dibuatnya acah-acah cute di sini.Takpe clorox wujud, minumlah semua.

"Pale hotak kau."

Sebelum sesiapa berbuat apa-apa,Rin terus beredar dari sana. Bayangan itu meninggalkan mereka bertiga di situ yang masih berdiri tegak.Ternganga juga mereka.


❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖❖



Please vote, komen dan sokong<3

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now