Bahagian 20

8 2 0
                                    

"Dah jelas dia tu tak minat kau, jangan dipaksa." tegur Gabriel.

Erriq mengerut keningnya. "Belum cukup lagi usaha aku ni."

"Kau baru jumpa dah suka terus, kau yakin ke kau ni bukan main main? ", tanya Enatius.

"Aku tak tahu nak cakap camne, bila aku jumpa Rinna buat kali pertama aku terus teringat kat dia.", jawab Riq.

Enatius dan Gabriel saling memandang satu sama lain. "Dia?", serentak mereka bertanya.

"Haah dia, korang tahulah...perempuan pernah aku sayang tu. "

"Apa maksud kau ni? Bukan kau patut benci ke Rinna tu kalau teringat kat dia? Seingat aku perempuan tu gila, gila harta kau. ", sahut Gab.

Enatius menambah."Kalau kau tak serius, jangan nak cuba anak dara orang.Aku tahu Rinna kasar orangnya,tapi kau tak tahu dia seteruk perempuan tu atau pun tidak ".

Erriq mengeluh berat. "Entahlahh."

"Jangan cakap pulak kau nak balas dendam kat perempuan yang tak tahu apa-apa? ", sedikit meninggi suara Gab.

"Aku cakap aku tak tahu kann? ", balas Riq dengan sedikit meneking.

Enatius mengeluh berat. Merasa sedikit menyampah. "Kau pikir perempuan semua sama ke gila? Suka hati kaulah Riq nak pikir apa, tapi jangan sampai dia menangis sebab kau."

Riq pantas melirik Enatius lalu tersengih. "Kau suka dia ke?".

Enatius malas melayan,laju dia keluar dari bilik. Gabriel yang berdiri sebelah dinding ikut keluar juga.Erriq ditinggalkan sendirian dalam bilik.

"Memang tak pernah bertaubat lah budak tu, sebab sorang perempuan dia lukakan puluhan sekaligus", perli Gabriel.

Enatius menyilang lengannya. "Aku tegur pun dah kering tekak. Aku rasa dia akan layan Rinna lebih buruk daripada perempuan yang lain.Ini kali pertama dia cakap SERUPA ngan perempuan tu.Sebelum ni hanya SEBAB saja bukan serupa."

Mereka berdua termenung jauh memandang lautan depan mata.Bukan terkejut tapi muak dengan sikap kawan mereka yang tak pernah nak berubah.Ya, dia playboy. Menyakitkan semua wanita hanya disebabkan seorang. Berbaloi ke?





"Papa, bila papa nak keluar tempat busuk ni?" lancar mulut Lily bersuara.

"Tempat ni bukan busuk saja Ly, ada baaaaaaanyak hantu jugaa." Aaron sengaja menakuti adiknya itu.

Datin Raquela menepuk punggung mereka berdua."Tak baik cakap macam tu dekat hospital, tempat ini juga tolong sembuhkan ayah kamu berdua tauu."

Dato Lorenz yang baru saja habis pembedahan jantungnya terbangun."Aduh...anak papa ni nakal ehh kat sini. Habislah kalau kakak kamu tak beli hadiah nanti. ".

Lily memuncungkan mulutnya."Papa ni.. mami cakap kakak tak balik.Haaaa.."

"Mama kenapa kakak tak balik,kan papa sakit? Bukan mama ajar kalau ada orang sakit kita kena jenguk kee? " tanya Aaron.

Datin memeluk mereka berdua."Kakak kamu berdua sibuk,tak dapat nak balik.Mak pasti akak tetap beli, jangan dengar cakap papa kamu tu. "

"Ehhhh aku pulak yang kena." jawab si suami.

Datin Raquela tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat tingkah laku mereka bertiga. Kuat merajuk.Kedua-dua budak itu yang baru saja balik dari sekolah duduk atas sofa menghadap televisyen.Menjamu makanan tengah hari mereka beli tadi.

"Quela, si Rin tu sudah diberi tugasan yang aku suruh?", tanya Lorenz.

Raquela melabuhkan punggung atas kerusi memandang Lorenz."Yee Renz, tak perlu risau dengan anak perempuan kita tu. Memang berguna.Tak macam macam abang pertamanya, sejak keluar ke luar negara sampai sekarang tak balik.Entah apa khabar, apa dia buat. Vince tu pulak berminat dalam bidang nyanyian. Takda satu pun anak jantan abang berminat perniagaan."

Lorenz memeluk diri. "Biarlah anak-anak kita pilih jalan hidup mereka sendiri.Aku pun malas nak mengatur mereka, janji bukan buat hal yang terkeji sudah cukup."

"Renz,anak pertama kita tu dah bertahun-tahun tak balik, tanya khabar kita pun tak. Kau yakin ke dia melakukan hal yang baik-baik? Dari sekolah rendah sampai menengah tak dapat dikalahkan kepandaian dia, tapi sekarang berhujung derhaka?".

"Pikirkan yang baik-baik saja Quela, selagi mereka masih hidup itu sudah bagus."

Raquela berdengus. "Dia hidup mati pun tidak tahu, entah aku ni meninggalkan dunia nanti pun dia tidak hadir."

Lorenz mengabaikan pernyataan Raquela. Mata dipinjam, berpura-pura tidur. Namun berujung terlelap. Raquela hanya membiarkan saja, entah berapa kali dia mengeluh tentang anak pertamanya itu.Tipulah tiada rasa risau mahupun rindu, hanya terselit lebih banyak rasa benci. Tangan mengambil selimut menutupi si suami.Mata tertumpu ke arah televisyen yang menayangkan cerita kartun.





Jari mengetik untuk membuat panggilan. "Hello Sharon, ni Raa."

"Heyy hello, apa khabar Raa?"

"Baik jee. Korang? "

"Baik juga. Aku ngan Rinna unn baru je pindah rumah sewa ni. "

"Ewahhhh rumah sewa yee, boleh jenguk ni nanti."

"Sangatlah dialu-alukan wahai Elraa, datanglah."

Raa ketawa."Baik baik.Apapun aku nak cakap pasal si Intan ni, aku ada jumpa artikel tentang dia. Ada mangsa dia masa sekolah dulu bercerita, SMK Svilla. Menarik enn? "

"Sangat menarik. Dah agakpun banyak orang nak tumbangkan dia, biasalah artis. "

"Well guess what? Aku jumpa mangsa buli dia tu, junior kita Form 3.Semasa dibuli Rinna ganti dia astu dia pun terlepas. Sekarang buat kerja senang je sebarkan cerita tanpa rasa bersalah.Rupa un dah macam penagih dadah aku tengok, gelisah semacam."

"Berani juga ehh kau jumpa dia. Rinna pasti dah lama pendam semua ni dari kita berdua, sampaikan aku tak tahu apapun. Seiingat aku dia cakap pindah sebab ayah dia tukar tempat kerja. "

"Betul betul,aku pun tak tahu apa-apa.Mungkin hanyalah alasan dia. Lepas zaman sekolah menengah, dia berubah banyak.Dah tak peramah lagi. "

Sharon mengeluh berat. "Betul... terima kasih tau susah susah buat semua ni. Aku hargai sangat. Nanti aku transfer pembayaran semua tu. Kita bincang lagi hal ni bersemuka ngan dia suatu hari nanti. "

"Takde pape sangatlahh, memang tugas aku. Rinna tu pun kawan aku juga, tak perlulah nak bayar. Aku dah anggap ni kes aku juga, kita settle lebih detail nanti. "

"Ehh tak boleh camtuu, sebab kita kawanlah aku nak bayar, jangan tak terima. Kau tak suka ennn aku rasa bersalah. "

Elraa tersenyum. "Yelahhh, bagilah seberapa banyak kau nak.Susah sikit bercakap ngan orang degil ni."

Sharon ketawa. "Baik baik! Roger tau kalau kau free nanti, datang terus jenguk kitaorang sini."

"Ye yeee pastii. Okeylahh aku nak buat kerja dulu, jaga diri. Kirim salam dekat Rinna. Bye~"

"Baiklah, jaga diri sambil kerja. Byee~".

Perbualan tamat.

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now