MBU 26

15 3 2
                                    

"Assalamualaikum Makcik.. Saya Hayfa kawan Aqiel. Maaf datang tak bagitahu dulu." Hayfa menghulurkan tangan pada wanita itu. Dia tidak pasti siapakah wanita ini? Mungkin ibu Aqiel pada pendapat Hayfa.

Hayfa seraya mengangkat kepala. Wanita tersebut tersenyum lembut padanya. Dia merenung wajah Hayfa lama, seakan cuba untuk mencerna isi memorinya sambil dia membalas salam dan maaf dari Hayfa. "Waalaikumsalam.. makcik ni umi Aqiel..tak mengapa lah makcik memang su..," Wanita tersebut jeda seakan terkejut dengan raut wajah seorang wanita yang seakan wanita yang sudah lama dia rindui.

Hayfa turut memandang wanita dihadapannya. Pelik mengapa wanita ini terjeda begitu? Ada yang pelik pada wajahnya ke? Hayfa berpaling pada Aqiel ingin meminta bantuan. Hayfa mengangkat kedua kening pada Aqiel tanda memberi isyarat.

Aqiel yang mengerti isyarat dari Hayfa, "Umi. Boleh pulak umi berangan. Jom masuk kesian tetamu umi ni duk melangut tunggu umi dari tadi."

"Ah, Ya Allah.. mari masuk nak." Umi Aqiel cepat-cepat mengawal riak. Aqiel hanya memandang uminya tanpa kata. 'Umi tak kenal ke Hayfa? Dan Hayfa pun tak kenal ke umi?' Hati Aqiel berbisik. Dia pelik dengan kedua-dua wanita ini. Dia berfikir mungkin Hayfa akan memarahinya tetapi tidak. Hayfa seakan benar-benar tidak tahu apa-apa.

"Hannan, bawak tetamu masuk bilik Hannan. Umi nak sambung masak dekat dapur. Lepas tu, tunjuk tandas dekat mana." Wanita itu memberi arahan pada Hannan sebelum berpaling ke arah dapur yang terletak di sudut kanan rumah.

Hayfa melempar pandangan keseluruh isi rumah. Rumah separa kayu dan batu. Bahagian dapur dan ruang tamu diperbuat dari batu. Manakala, bilik-bilik pula diperbuat daripada kayu. Terdapat pendingin hawa di hujung dinding ruang tamu manakala televisyen dan sofa terletak berhampir kawasan pendingin hawa tersebut. Meja makan pula terletak di suatu sudut lain. Sesuai untuk tetamu hadir tanpa mengganggu mereka yang ingin menonton televisyen. Dibahagian dapur pula terdapat meja makan tetapi saiznya lebih kecil. Sesuai untuk tuan rumah yang menginginkan privasi jika tetamu bertandang.

Lama Hayfa memerhati segenap ruang kawasan rumah ini. Dari luar terlihat biasa tetapi melangkah masuk sahaja ke dalam rumah, pasti semua akan terpegun. Hayfa juga begitu. Dia kagum dengan kekemasan dan susun atur bahagian dalaman rumah ini. Semasa kunjungannya dahulu serasa keadaan rumah tidak begini. Tetapi, mungkin juga Hayfa yang tak perasan oleh kerana dia terpaksa bergegas pulang.

"Akak jom masuk bilik." Hannan menyapa Hayfa. Hayfa membalas dengan anggukan.

Melangkah masuk sahaja ke dalam bilik Hannan, dapat dilihat dari jauh perkataan 'Ruang'. Hannan yang perasaan akan sepasang mata Hayfa yang sedang membaca perkataan tersebut lantas berkata, "'Ruang' tu maksudnya, bila masuk je bilik ni Hannan akan rasa tenang, merenung diri dan juga ruang untuk Hannan dari dunia luar." Hannan memberi penjelasan walaupun Hayfa tidak bertanya tentang itu.

Hayfa menggangguk faham. Betul, setiap manusia memerlukan ruang. Jika diberi ruang pasti sengketa dapat dielakkan kerana tanpa ruang manusia payah untuk berfikir secara matang dan rasional.

"Akak rehat la dulu. Tandas kat tepi tu je. Hannan nak tolong umi masak kejap ya." Bilik Hannan cukup besar sehingga dapat memuatkan tandas peribadinya sendiri. Betul cakap Hannan, bilik ini ruang untuknya. Bilik ini menunjukkan seakan rumah yang dibina sendiri kerana reka bentuk dan hiasan dalaman bukan seakan rumah yang biasa. Hayfa ternampak beberapa poster yang menjadi hiasan dinding bilik ini. "Kpopers juga rupanya Hannan ni.." Hayfa bermonolog sendiri.

********

Sekembalinya Daneen dan Ariff dari Jepun, Daneen dapat merasakan kejanggalan hubungan mereka. Ariff pada pandangan Daneen seakan masih berjauh hati walaupun di bibirnya berkata dia sudah memaafkan Daneen. Daneen sudah mati kutu. Dia buntu apa yang harus dia lakukan. Bab-bab memujuk salah satu kelemahan Daneen. Daneen mengambil telefon pintarnya lalu membuka google, berharap dapat menemukan sesuatu. Setelah gagal, Daneen menutup telefonnya sambil mengeluh. Dia benar-benar menemui jalan buntu.

Jam sudah menunjukkan 11:01 pagi. Ting! Tiba-tiba idea datang menjengah. Daneen pantas mengambil kembali telefonnya. Jarinya pantas bergerak. Tidak sampai beberapa minit, Daneen bingkas bangun dan menuju ke dapur. Walaupun dia jarang masuk dapur tetapi dia tetap ingin mencuba. Telefon yang turut dibawa tadi pantas mendail seseorang.

Tepat jam satu tengahari kedengaran bunyi kereta memasuki ruang parkir. Daneen melajukan langkah. Dia baru sudah bersiap. Dia memakai blouse biru cair dan seluar slack. Bibir dicalit lipstik berwarna pink lembut. Rambut juga sudah di sanggul rapi. Daneen menilik rupanya seketika di cermin panjang. "Eh, rasa macam over la pulak. Ahh, lantak lah!" Desis hati Daneen. Daneen duduk di atas sofa ruang tamu. Berpura-pura sedang menonton televisyen dengan santai.

Krekkk... Bunyi pintu sliding rumah dibuka. Daneen makin keras disitu. Berfikir akan penampilannya sekarang membuatkan Daneen ingin menampar dirinya sendiri. Takut Ariff tersalah anggap. Walaupun, sememangnya dia berharap setelah melihat usahanya Ariff akan berlembut hati.

Ariff memberi salam dan melangkah masuk setelah memandang Daneen sejenak dari muka pintu. Pintu rumah terus ditutup. Ariff tanpa suara terus berjalan ke arah bilik.

Daneen terdiam disitu. Dia memandang kosong televisyen dihadapannya. Rancangan realiti TV yang sedang bermain hanya bagaikan angin lalu. Sepatah pun Daneen tak tangkap apa isi bual bicara rancangan itu. Pada kebiasaannya, sejak menjadi surirumah dan juga graduan terhormat ni rancangan TV itu merupakan rancangan TV yang wajib dia tonton setiap hari. Sedangkan pada waktu bujang dahulu, rancangan itu merupakan rancangan yang selalu dia elakkan. Cuma sesekali dia akan menonton, itu pun jika ada isu yang menarik. Baginya, dahulu isu yang selalu dibawa rancangan itu berkaitan perkahwinan. Jadi, terasa tidak sesuai dengan dirinya yang masih bujang.

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now