MBU 19

31 3 0
                                    

“Sekarang Aqiel kerja atau masih belajar?” Datin Liza bertanya.

“Study lagi. Tahun ni tahun akhir saya. Saya masih study in Bachelor of Dental Surgery dekat UIAM.”

“Ouh, UIAM ke? Pakcik pensyarah kat situ jugak.” Datuk Fuad menyampuk.

“No wonder macam pernah nampak pakcik kat situ. Kejap, pakcik yang selalu bagi talk tu ke?” patut rasa macam pernah nampak je.

“Mungkin saya la kot. Haha.. bukan saya seorang je yang selalu bagi talk.”

“But, means pakcik yang baru dapat pangkat Datuk tu kan? Maaf Datuk, sungguh saya tak perasan tadi.” Jumpa orang dihormati, tiba-tiba Aqiel terasa kecil.

Suka hati je aku panggil dia pakcik. Sekali dia saman aku macam mana? Tapi tengok gaya macam tak berlagak.

“Eh, tak payah panggil saya Datuk. Panggil saja pakcik, lagipun awak anak kawan isteri saya. Even student saya pun saya suruh panggil panggilan macam biasa. Pangkat tak menjamin saya ke syurga. Saya takut dengan gelaran tu saya jadi makin riak.” Datuk Fuad sememang tidak menggemar para pelajar dan rakan pensyarah memanggilnya dengan gelaran dihadapan.

Lagi selesa, menggunakan panggilan sebelum dia mendapat gelaran tersebut. kalau boleh memang dia taknak gelaran tersebut tapi sebagai manusia biasa, dia tak dapat lari dari rasa ingin menjadi yang ‘terhormat’.

Lantaran selalu menerima undangan memberi ceramah dan talk di kaca televisyen dan di majlis-majlis, nama Datuk Fuad dikenali dan dihormati lantas dikurniakan pangkat tersebut.

Haris senyum. Seperti diduga pakcik ni memang baik orangnya.

“Baik pakcik, dah itu kata pakcik. Saya takut pakcik saman saya je.” Haris Aqiel berseloroh. Terasa makin selesa duduk bersama Makcik Liza dan Pakcik Fuad. Baru beberapa jam kenal dah terasa macam bertahun sudah mengenali pasangan suami isteri itu.

Datuk Fuad dan Datin Liza pula ketawa kecil. Terhibur dengan jenaka Aqiel.

Tiba-tiba Datin Liza bersuara, “Kalau pakcik dan makcik ambil Aqiel sebagai anak angkat boleh tak?”

Wajah suami ditepi dipandang mengharap Datuk Fuad tidak memarahi tawaran melulu itu.

Wajah Datuk Fuad terkejut dengan tawaran isterinya yang tiba-tiba sebelum riak wajah bertukar biasa. Kalau bukan Aqiel mungkin dia dah mencerlung tanda tidak setuju. Aqiel yang tidak punya siapa-siapa memandangkan kedua arwah ibu-bapanya berasal dari rumah anak-anak yatim.

“Pakcik setuju. Walaupun isteri pakcik tak berbincang dulu dengan pakcik, tapi disebabkan kamu, pakcik setuju. Aqiel macam mana?”

Aqiel gelisah ditempat duduk. Nak terima rasa macam tak kena sebab baru berapa jam kot kenal tetapi nak menolak tawaran ikhlas Makcik Liza, dia rasa segan. Mereka berdua dari tadi melayannya dengan baik.

“Saya pun setuju saja la... bukan senang nak ada keluarga angkat ni.” bahagia terasa bila ada yang ingin menyayanginya.

***

“Hello Haris Aqiel.... hellooo..” tangan melambai-lambai.

“Ya Allah.. Sorry you.. I terberangan pula tadi. Hehe...” Aqiel senyum meleret. Aqiel menepuk dahi.

Gara-gara teringat kembali kenangan bagaimana dia boleh menjadi sebahagian daripada keluarga Hayfa. Cuma, Hayfa tidak mengenalinya.

Sepanjang dia menjadi anak angkat Keluarga Datuk Fuad, tidak pernah sekali dia berjumpa Hayfa. Oleh kerana Hayfa buat perangai dahulu, langsung dia tak berpeluang mengenali Hayfa. Hanya nama Hayfa yang selalu menjadi topik perbualan sampailah saat Hayfa membuang keluarganya sendiri gara-gara tidak berpuas hati dengan ayahnya. Nama Hayfa tidak lagi meniti di bibir ayah dan ibu.

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now