M.B.U 14

64 7 7
                                    

Daneen menghentikan langkah setelah dia rasa sudah jauh dia berjalan. Rasa sakit hati yang menggunung akhirnya berjaya juga terungkap sedikit dihadapan Ariff. Ariff harus tahu apa yang dia rasa. Bukan senang nak memaafkan mahupun melupakan, mungkin kerana Ariff merupakan lelaki yang masih bertakhta dihati Daneen. Kadang-kadang Daneen mempersoalkan perasaan sendiri. Rasa sayang apa yang disulami penderitaan? Kenapa susah dia membenci walaupun dia tak dapat nak memaafkan.

Tiba-tiba dia teringat riak wajah Ariff sejurus dia menghabiskan kata-katanya. Terusik juga tangkai hatinya. Ariff terasa ke? Tetapi, kenapa nak terasa? Bukan dia tu dulu hati batu? Kenapa nak berbaik-baik?

Daneen menghentikan langkah dihadapan sebuah tasik. Entah bila dia sampai ke situ? Tulah, banyak sangat mengelamun. Sampai kaki dah terasa sakit baru perasan jauh dah dia berjalan kaki. Dia mengambil tempat disebuah meja. Lebihan makanan yang tak sempat nak dihabiskan, dia letakkkan diatas meja. Hilang terus seleranya. Walaupun perut masih berkeroncong, tapi Daneen tak ada selera nak menghabiskannya.

"Daneen Aneesa?" terdengar suara yang dia tak kenali menyapa.

"Ye, saya. Awak siapa ye?" Otak Daneen berligat berfikir, siapa lelaki ni?

"Saya, Munzir. Awak ingat saya lagi?"

"Munzir mana ye?" Daneen masih berfikir. Muka macam pernah tengok, tapi dekat mana eh? Kau ni Daneen, banyak makan semut ke? Siapa eh?

Dalam Daneen berfikir, Munzir bersuara. "Munzir, kawan baik Ariff Qaiser masa zaman sekolah dulu. Alaa.. yang sempat satu sekolah dengan kau tu. Emm, yang pernah ada waktu kejadian sebelum pindah sekolah tu." Suara Munzir semakin mengendur.

"Ohh! Aku ingat kau." Terus hilang keterujaan Daneen. Dia sangka jumpa kawan lama ke apa. Rupanya, jumpa musuh lama.

Dari riak wajah yang ditunjukkan Daneen, Munzir yakin masih tersimpan api dendam dalam hati Daneen. Dia tak mengharap wajah ceria. Cuma dia sangka setelah bertahun berlalu, Daneen akan melupakan kisah lama.

"Kau marah aku lagi?"

"Kau rasa?" soalan dibalas soalan. Jawapan sinis dia berikan.

****

Enjin kereta dihidupkan, lalu pedal minyak ditekan. Ariff risaukan Daneen. Dia hanya Nampak Daneen berjalan. Kemana hala tuju Daneen pun dia tak tahu. Tapi hati dia kuat menyatakan, Daneen tak pergi jauh. Tapi kemana?

Rasa bersalah mengselubungi dirinya. Dia takkan mampu maafkan diri sendiri andai apa-apa yang buruk jadi pada Daneen. Ariff cuba bersangka baik. Tu saja cara yang ada, bersangka baik sambil mendoakan keselamatan Daneen.

Dia pun dah berjanji pada diri dan ibu bapa Daneen untuk menjaga Daneen. Semester ni Daneen membuat permohonan untuk menduduki asrama, senang nak berulang-alik katanya. Lagipun jarak rumah dan kampus sejam lebih menyebabkan Daneen membuat keputusan begitu. Jadi, ibu bapa Daneen meminta dia tengok-tengokkan anak mereka. Kalau apa-apa jadi, mesti dah tak ada kepercayaan lagi untuk dia.

***

"Kenapa kau nak bela dia? Tahu tak apa perasaan aku dulu? Sakit, kecewa dengan perbuatan budak-budak korang tu. Seakan bagi korang aku wanita yang maruah perlu dipjiak-pijak. Ni pun dia confirm dah blah macam tu je. Tak fikir sikit pun nak cari aku. Kalau dah fake tu memang fake je la."

"Habis tu aku kat sini ni siapa eh?" Ariff berdiri bersandarkan tiang wakaf. Ala-ala dalam cerita korea yang hero yang bersandar pada tiang dengan jari dimasukkan separuh kedalam poket. Nampak cool gitu.

Mak ai.. bila pulak dia menjelma kat sini ni? Bajet hensem je bersandar kat tiang. Ingat hensem? Hurm, tapi hensem la jugak. Wuish! Jangan jatuh cinta. Tu semua lakonan dia je, nak nampak bagus lah tu. Puihh, pigidahh!

"Ariff!" munzir agak terkejut dengan kehadiran Ariff yang entah dari mana-mana muncul.

"Dah la Munzir, tak ada guna nak terang panjang lebar dekat dia. Dia tak nak faham dan takkan pernah faham apa yang kita cuba betulkan." Kesabaran Ariff dah sampai kemuncaknya. Jika diingat semula, bukan sekali malah berkali-kali dia cuba berbaik dan buat baik. Tetap jugak respon yang diterima sama saja. Dia ingatkan amarah Daneen sudah pun reda tapi keadaan masih sama. Tak ada guna dia terus berharap sebuah kemaafan dari seorang manusia bernama Nur Daneen Aneesa.

Ariff menghampiri rakan baiknya Munzir. Dia faham akan niat baik Munzir tapi dia pun taknak Munzir ikut terbeban dengan masalahnya. Lagipun, memang dulu dia sengaja berbuat buruk pada Daneen tetapi semua ada alasan yang kukuh. Alasan tu biarlah dia seorang saja yang simpan, tak ada seorang pun dari rakannya yang mengetahui alasan disebalik perbuatannya. Malah, saat mereka semua dihukum oleh cikgu disiplin baru saat itu mereka tahu bahawa Daneen dan Ariff berkawan baik. Tak pernah sekali pun Ariff menyebut nama Daneen tambahan pula sewaktu kali pertama Daneen memasuki kelas yang Ariff duduki.

Tanpa memandang wajah Daneen yang jelas terpinga-pinga, dia menguis hujung lengan baju Munzir dan membuat isyarat mengikutnya.

"Happy birthday Daneen Aneesa." Perlahan tapi cukup jelas pada pendengaran Daneen.

Ucapan yang diucapkan Ariff membuatkan Daneen yang terpinga-pinga terus terjatuh rahang. Dia ingat hari jadi aku? Masih ingat? Betul ke atau aku yang salah dengar?

***

Daneen mengesat rambutnya yang lurus melepasi paras bahu dengan sehelai tuala kecil. Sejak bertudung, Daneen sangat menjaga rambutnya berbanding sebelum bertudung.

Dia duduk dibucu katil bujang. Dikerling kearah rakan sebilik yang sedang lena tidur sebelum membuka kotak kayu berwarna coklat. Satu persatu isinya dikeluarkan.

Huruf-huruf berbentuk petak kecil diambil dari dalam sebuah bekas yang tertutup. Huruf-huruf apa itu? Itulah huruf-huruf yang merupakan hadiah dari Ariff Qaiser. Setiap tahun dia akan diberikan pelbagai huruf. Dia cuba memadankan apakah huruf tersebut tetapi tidak berjaya, kerana tersusun berselerak tanpa memberi apa-apa petunjuk akan maksudnya.

Selama 5 tahun mereka berkawan jadi hanya ada 5 biji huruf tanpa maksud. Sejak mereka bergaduh, dia tidak lagi menerima sebarang hadiah dari Ariff. Jadi, sampai ke hari ini dia tertanya-tanya. Seiingat Daneen sememangnya sebelum pergaduhan tercetus antara mereka, setiap tahun Ariff akan menyambut hari kelahirannya.

Daneen meletakkan semua barang yang dikeluarkan ke tempat asalnya semula. Mengeluh. Hanya itu yang mampu Daneen ungkapkan secara lisan. Fikirannya berkecamuk memikirkan apakah hikmah disebalik semua yang terjadi. Tanpa sedar, dia mengulum senyum mengingat semula kenangan manis yang pernah terjadi dahulu. Dulu dia bahagia bersahabat dengan Ariff. Dia cukup mengenali perwatakan Ariff, kerana itu tak mampu dia menerima layanan Ariff terhadapnya dahulu.

"Ariff apa aku perlu buat dengan kau?" dalam tidak sedar Daneen mengungkapkan kata-kata.

"Buat apa Neen?" rakan sebiliknya menegur. Daneen hanya membalas dengan gelengan sebelum kepala dilentokkan pada bantal.

'Rehat kan fikiran Daneen. Lupakan masalah lalu sekejap.' Hati Daneen membisik sebelum mata terpejam rapat.







Terima kasih banyak pada yang sudi membaca tulisan saya. Saya tak hebat tapi saya sedang belajar dan akan terus belajar.

Maaf sebab lama sangat tak update. Love uolllss .



170219

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now