MBU 24

61 3 4
                                    

Dalam hati Daneen mengakui kebenaran yang Ariff cuba sampaikan. Perasaan menyesal tiba-tiba menghuni hati. Tersalah kata tadi. Terkutuk pulak tu, nasib baik Ariff tak membalas apa-apa. Tak tahu la apa perasaan Ariff dengan ketelanjuran kata Daneen.

"Maaf." Satu perkataan yang mewakili sebaris ayat yang tak terungkap.

"Untuk apa?" Dua perkataan balasan dari Ariff. Saja ingin menguji keberanian Daneen mengakui kesalahan diri sendiri. Saja dibiarkan kutukan Daneen tanpa balasan supaya Daneen sedar.

"Alaa.. terkutuk abang tadi tu. Maaf. Tak sengaja. Tak terniat pun ayat tu." Daneen mempamer barisan gigi yang tersusun. Sengih macam kerang busuk. Biasalah kan bila marah tu semua perkataan akan keluar. Nasib dapat laki kalis maki, kalis jeling cuma kadang-kadang tu meletus juga amarah dia. Macam tadi..

"Okey, abang boleh maafkan tapi dengan syarat..." Ariff mendekati Daneen yang sedang membelek telefon dihujung katil. 

"Syarat apa?" Mata Daneen masih lagi tertacap pada video Alisa Aisyah. Anak kepada dua selebriti Malaysia yang terkenal. Bibir mengulum senyum. Kalau ada anak macam Alisa kan best, comel je..

"Comel. Suka?" Ariff juga memandang pada tempat yang sama sambil membaringkan badan.

"Suka! Kalau kita dapat anak macam Alisa mesti best kan?" Daneen memaling wajahnya kearah Ariff yang sedang merenung Daneen. Mata sudah berkelip-kelip tanpa sedar kearah mana bayangan Ariff.

"Macam nak dapat anak kalau Neen tak bagi abang dekat? Dah lama abang tunggu lampu hijau ni." Ariff berseloroh.

Ha sudah! Kesitu pulak dia! Daneen sudah terkelu. Tak terfikir pula ke arah situ. Cuma menyatakan hasrat ingin memiliki cahaya mata. Tak semestinya zuriat sendiri. Anak angkat boleh.

"Anak angkat pun boleh apa.." Daneen bermain dengan hujung jari. Malu dengan hasrat Ariff. Baru Daneen terfikir, itu syarat juga yang Ariff cuba letak. Tapi boleh pula dia tak perasaan, Alisa la ni comel sangat. Geram aunty tengok.

"Sengih pula.. luku kepala tu kan baru tahu.. kenapa perlu anak angkat kalau boleh cuba untuk darah daging sendiri?" Ariff angkat kepala. Aneh dengan balasan Daneen.

"Cuba Neen luahkan pada abang, mana kurang abang? Mana silap abang? Kenapa Neen tak pernah nak bagi abang peluang untuk memiliki Daneen sepenuhnya?" Tenang Ariff membetulkan postur duduk. Kedua-dua belah kaki disilangkan. Tangan juga disilangkan. Mata redup cuba mencari anak mata Daneen. Cuba menyelami apa yang bermain difikiran Daneen.

Daneen dipaut rasa bersalah. Suka benar Ariff ni bagi soalan speechless macam ni. Tak tahu ayat apa yang perlu dijadikan sebagai ayat pembuka. Nak mula dari huruf apa? Perkataan apa? Daneen buntu. 

"Aaa.. en..tahlah... bukan ke abang pernah cakap taknak paksa? Jangan buat Neen rasa bersalah macam ni.. Tak adil tau. Bukan senang Neen nak terima hakikat yang kita ni suami isteri walaupun pada luaran Neen dah mula rasa okey. Sedangkan pada zahirnya Neen tak tahu. Neen tak tahu hati Neen ni boleh ke terima abang? Neen keliru.. bolehkan abang bagi Neen lebih masa lagi?" Daneen memandang dengan penuh harapan agar Ariff memahami.

Ariff diam seketika. Nafas ditarik dalam. Mata dipejam rapat. Kena bersabar lagi. Dia ingat aku ni hebat sangat ke bab tahan sabar dengan dia? Kalau boleh sekarang jugak aku terkam dia. Kuasa veto kan ada. Aku keluarkan je ayat, berdosa menolak kehendak suami. Tapi apakan daya, takut Daneen semakin menjauh.

Sebulat hati Ariff membuat keputusan. Mata yang terpejam kembali dibuka. Daneen masih sabar menanti jawapan dari Ariff.

"Baik. Abang setuju tapi satu je abang pinta, jangan lama sangat. Kesabaran abang ada hadnya. Masa tu kalau abang terus terkam tanpa izin, Neen tak boleh salahkan abang. Janji?" Giliran Ariff pula tersengih macam kerang busuk. Malah lebih busuk. Jari kelinking di sua.

Daneen menelah liur. Takut... boleh pulak main ugut-ugut macam ni. Ahh.. boleh la.. asalkan bukan sekarang. Sumpah aku tak sedia.

Janji kelinking bertaut. "Janji." Daneen membalas yakin.

Perasaan suka sudah wujud dari dulu. Cuma kepercayaan tu masih belum muncul. Jadi Daneen yakin satu hari nanti, Daneen sendiri akan terkam Ariff. Meow.. HAHAHA..

"Amboi. Senyum ni dah kenapa? Fikir idea jahat nak sakat abang ke?" Ariff sedari tadi hanya melihat reaksi Daneen.

"Tak baik tau tuduh-tuduh. Abang, kita tak nak keluar ke? Boring duduk dalam bilik je."

"Neen nak gi mana?" Dengan manja Ariff membalas.

"Mana-mana je Neen okey. Asalkan abang ada." Daneen membalas jawapan manja Ariff dengan cara yang sama.

Ariff tersenyum senang. Tak susah nak didik Daneen. Cuma sedikit peringatan dan nasihat.

***

Hayfa menggenggam kuat telefonnya sambil jari telunjuk kiri menolak skrin ke atas. Wajah bahagia pasangan suami isteri itu dipandang dengan jelik. How could him be so happy? Rasa cemburu timbul melihat kebahagiaan Ariff. Mana boleh Ariff bahagia diatas deritanya.

Hayfa yakin tidak pernah sedetik pun Ariff fikirkan perasaan dan hatinya. Walhal, Ariff terlebih dulu yang memulakan langkah mendekati. Tetapi dia diberi harapan palsu. Kata-kata manis rupanya hanya sekadar mainan di bibir.

Pedih dihati saat menerima berita perkahwinan tambahan pula dia langsung tak dijemput! Tiada kata mampu mengungkap perasaan Hayfa tatkala itu. Seperti dipermainkan! 

"It's okey heart." Tapak tangan dibuka luas dilekap tepat diatas jantung yang sedang berdegup laju, "Sakit hati ni takkan lama. Believe me okey? Kalau you tak boleh dapat dia, orang lain pun tak layak untuk dia." Mata bersinar Hayfa menandakan dia sudah nekad.

"You cakap dengan siapa?" Kerusi kosong diangkat rendah dan diletakkan kebawah semula.

"Nobody.. saja monolog tadi, tengah fikir nak makan apa. Kenapa lambat sangat ni? Lapar dah tau." Hayfa mencebik. Aqiel ni kalau kerja tu, memang gila. Kadang-kadang selalu jugak Aqiel tutup klinik lambat sebab takut ada yang emergency. Hayfa pun pelik, bila di tanya satu saja jawapan Aqiel.. bahagia tengok orang sihat.  Bila Hayfa bertanya balik, sudah tentu-tentulah orang yang datang klinik tu sebab tak sihat, bila pula orang datang sebab sihat? Pasti satu sahaja jawapan Aqiel, 'senyuman penuh makna'. Sememangnya Aqiel seseorang yang misteri. Susah Hayfa ingin mengagak apa yang berada di minda lelaki itu.

"Biasalah you. Patient ramai tadi, hari ni ramai pulak yang datang sebab demam. Mungkin kerana cuaca." Langit biru yang memancarkan cahaya dengan megah dipandang. Sesekali Aqiel berkelip menahan panahan cahaya itu. 

Hayfa mengangguk faham, "Mungkin. Memang panas gila sekarang, petang pukul 6 pun terasa panas.   Ni pun I berebut dengan orang nak duduk betul-betul bawah kipas. Nasib baik I yang sampai dulu."

"Sebab tu, I nak you amalkan minum air kosong banyak. Kalau demam susah hati I nak buat kerja nanti. Tapi kan, kurang tak rasa panas lepas pakai tudung?"

"Kurang." Hayfa bersetuju. Memang terasa perbezaan dahulu dan sekarang.

"Good girl." Tutur Aqiel bersemangat. Janji dia, dia akan sentiasa meniupkan semangat dan pendorong supaya Hayfa tidak kembali ke arah jalan lamanya. Malah, kata Hayfa rezekinya semakin mencurah-curah. Ramai yang memanggilnya untuk menjadi model pakaian muslimah.

"By the way, pasal balik kampung I tu kan, bila you free?"

"Anytime. I okey je bila-bila pun but kita pergi asing-asing eh? I rasa tak best duduk berdua-duaan dalam kereta. Dah la Kedah. Jauh." Niat Aqiel membawa Hayfa balik ke kampung hari tu untuk mempertemukan Hayfa dan keluarga angkatnya tetapi apakan daya, ada aral pula yang berlaku. Umi dan abi Aqiel terpaksa melawat saudara yang sakit dan keesokkan harinya pula Hayfa terpaksa tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur kerana ada yang memerlukan perkhidmatannya segera.

Ikut hati Aqiel, ingin dia menegah tetapi kata Hayfa rakan karibnya memerlukan pertolongan. Jadi, Aqiel turuti.

Kali ini, dia pasti akan memperkenalkan Hayfa dan keluarga angkatnya.









25/2/20

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now