M.B.U 11 Ramadhan Kareem

99 11 3
                                    

Fuh!

Panas membahang pada hari pertama puasa menguji keimanan Ariff. Lama sudah dia tak alami pengalaman seperti sekarang. Sudah dua tahun dia tinggalkan dunia belajar.

Ariff mengelap peluh yang hampir menitik. Dia mencari tempat untuk berteduh seketika, bagi menghilangkan lelah.

Minggu berkejar dengan assigment adalah minggu yang huru-hara bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepertinya.

Tambahan pula, kena bersabar dengan hari pertama berpuasa.

Memang menguji kesabaran!

Ariff terlepas sahur pagi tadi, bahana suka buat kerja last minute inilah jadinya.

Dia berkejar menyiapkan tutorial semalam sampai tertidur. Bangun pagi je, azan subuh sudah pun berkumandang. Jawabnya, memang terlepas sahur.

Ariff menelan air liur yang terasa kering, dikuatkan kaki melangkah meski dalam cuaca yang terik.

Ariff bangkit menuju ke surau apabila tok bilal melaungkan azan. Dia berdiri pada saf kedua, bersebelahan seorang lelaki tua.

Selesai memberi salam, dia menghulurkan tangan bersalaman dengan lelaki tua itu.

Ariff menegur lelaki tua itu.

"Encik kerja dekat sini ke?" Soalnya.

"Iya, saya pensyarah." Pensyarah itu tersenyum memandang Ariff.

"Oh, maaf Encik! Saya pelajar semester satu, masih belum kenal ke semua pensyarah. Maaf." Ariff tertunduk kesal.

"Eh, tak apa. Saya faham. Saya pensyarah agama islam dekat sini. Nama saya Hudzaifah." kata Encik Hudzaifah ramah.

"Saya Ariff. Pelajar Mekanikal."

"Oh, pelajar mekanikal. Eh, tak silap saya semester depan awak ada subjek agama kan?" soal Encik Hudzaifah ramah.

"Hurm.. Tak pastilah pulak saya Encik Hudzaifah. Tunggu kejap, saya check." Telefon pintarnya dibuka, laman web universiti pantas dicari dalam google chrome. Subjek semester dua menjadi sasaran matanya.

"Hah, dah jumpa. Ada Encik. By the way, kenapa ya encik?" soal Ariff.

"Saja je saya tanya. Mana tahu jumpa saya nanti."

"Haa.. Itulah. Mana tahu kan. Ada jodoh jumpa la kita lagi nanti." Ariff berseloroh memandangkan Encik Ariff dilihat ramah dan sempoi.

"Amin. Semoga bertemu lagi kita. Eh, awak nampak letih je ni, bangun sahur tak ni?"

"Macam mana Encik Hudzaifah tahu?" tanya Ariff polos.

"Saya tengok awak macam nak pengsan je tadi. Tu saya agak-agak je. Tak sangka mengena." Encik Hudzaifah tersenyum sinis sambil ketawa kecil.

Ariff menggaru kepala yang tidak gatal. Terkena!

"Eh, lepas ni tak payah la panggil saya Encik Hudzaifah. Panjang sangat. Panggil aje, Encik Hud. Kalau tak ada apa, saya minta diri dulu ya, saya ada kelas kejap lagi ni." ujar Encik Hudzaifah sambil melihat jam.

"Baiklah, Encik Hud. Saya pun nak balik dah ni."

Lantas Ariff menghulurkan tangan dan mencium tangan Encik Hudzaifah yang sudah dianggap seperti bapanya walaupun hanya berapa minit berkenalan.

Encik Hudzaifah menyentuh kepala Ariff apabila Ariff mencium tangannya. 'Bagus budak ni, hormat orang tua.'

***

Langkah diatur dengan cermat, hujan lebat yang tiba-tiba membasahi bumi bagaikan memahami kepanasan yang dirasai oleh isi penduduk-Nya.

Dia berlari kecil ke sebuah pondok kecil yang terletak berdekatan tempat letak kereta. Niatnya ingin berteduh sebentar menanti hujan reda untuk ke kelas. Jam di tangan kanan dikerling, masih sempat lagi ni sementara hujan nak reda.

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now