M.B.U 15

58 3 0
                                    


Ariff mengetuk meja dengan telefonnya perlahan. Berfikir jauh. Patut atau tidak dia menelefon ibu? Patut atau tidak jawapan yang dituntut mereka diberi? Dia menimbang keputusan yang patut dibuat. Jeda beberapa saat sebelum dia membuka kekunci telefon.

Dia nekad. Dia yakin dengan jawapannya.

Ibu dihujung talian lagak sangat bahagia pada pendengarannya. Walaupun tidak melihat wajah orang tuanya tapi dia tahu tinggi harapan mereka.

Apa yang akan terjadi selepas ini? Dia redha. Apa saja yang terjadi dia akan terima.

***

Daneen melepaskan ganggang. Jatuh rahang mendengar penyataan berbaur arahan. Tiada pertanyaan tetapi terus kepada kuasa veto seorang ayah.

Daneen mundar-mandir. Tak tahu apa yang patut dia buat sekarang. Kenal sangat dengan abah yang bila dia buat keputusan memang semua takut untuk menolak.

Dia tahu yang dia takkan mampu menolak tapi mesti abah tak nak dengar apa yang dia cuba sampaikan. Jadi, penyelesaian terakhir adalah... Daneen bergegas menyarung tudung ala kadar, baju yang terpasang pada badan dibelek sekilas. Selepas berhijab, banyak yang dia perlu belajar yang perlu dijaga antaranya pemakaiannya.

***

Daneen menarik handbrake. Mata melilaukan mata kehadapan.

"Betul ke tak apa aku buat ni? Tadi nak turun asrama bukan main confident. Sampai je terus tak tahu nak buat apa ni.." gumam Daneen sebelum dengan langkah perlahan, pintu kereta sebelah pemandu dibuka.

Kaki diturunkan separuh. Belum sempat kaki kedua berpijak pada jalan tar, seorang lelaki datang menegur. Pintu yang terbuka luas dipegang lelaki itu.

"Daneen? Buat apa kat sini?" Soalnya walaupun dia dapat mengagak tujuan Daneen sampai kerumah sewa miliknya.

Dia tinggal disitu seorang diri tanpa housemate lagipun tak lama lagi dia bakal menerima 'housemate' yang baru juga.

"Erm.. erm.. kenapa kau terima je pinangan abah aku?" Malu pulak dia nak menuturkan perkataan 'pinangan' tu.

"Entah. Saja." Muka seposen Ariff tayangkan.

Daneen tidak puas hati dengan jawapan Ariff.

"Kenapa terima? Boleh aje kan kau tolak."

"Entah, mungkin sebab tak sangka yang kau ada hati kat aku rupanya. So, sebagai nak hargai perasaan kau tu aku terima la." Sarkastik jawapan Ariff. Saja dia nak usik Daneen. Rindu.

Sejak kejadian lepas, tiga minggu rasanya tak dapat tengok muka Daneen langsung. Masa nak jumpa sangat-sangat tak terserempak, masa tak rasa nak jumpa, Daneen sendiri yang datang. Macam sekarang.

"Eh, tolong sikit eh.. bila aku suka kau? Mana kau tahu? Rekaan je." Nada suara dia cuba kawal supaya kelihatan biasa. Tak boleh biarkan kelihatan jelas nanti malu je.

"Hahaha.. aku gurau je. Jangan la cuak sangat. Obvious la kau ni.. pipi pun dah merah. Malu eh?" Ariff mendekatkan wajah pada Daneen. Jarak mereka tidak terlalu jauh sehingga dapat mendengar bunyi nafas masing-masing.

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now