M.B.U 17

52 4 0
                                    

Daneen berteleku ditikar sejadah sambil mata memandang ke sekeliling kawasan bilik. Keadaan biliknya yang tersusun rapi hasil tangannya sendiri.

"Pandai jugak aku hias bilik ni ye," jeda seketika.

Dia sambung semula, "untunglah laki aku dapat aku huhuhu." Sempat memuji diri sendiri tanpa menyedari ada mata yang sedang memerhati.

"Yeke? Untung ke? Masuk bakul angkat sendiri nampak." Ariff tertawa kecil. Dia dari tadi sudah terpacak depan pintu sebenarnya. Saja nak melihat kekasih hatinya yang sedang enak berangan. Kaki menapak kedalam bilik.

Derap kaki yang semakin mendekati dibelakang membuat Daneen kaku ditempatnya.

Apa reaksi patut aku bagi? Aku nak balas apa? Aku nak mengadap dia ke tak? Dia dah ada dekat belakang ke? Kenapa la aku tak letak almari cermin dalam bilik ni? Senang sikit nak usha.

Daneen menahan nafas apabila terasa seakan-akan jarak mereka terlalu dekat.

'Alamak, kenapa senyap je ni? Say something please... oh, no! Aku tak bernafas. Kenapa ni? Tak ada oxygen ke dalam bilik ni? Ohhh nooo....'

Papp.

Daneen berpaling kebelakang sambil mengurut dada.

Dah masuk tandas rupanya suami aku ni. Bikin jantung aku pecah tau. ~~I think I have attack - Demi Lavato.~~

Kain telekung pantas dibuang dari badan. Lantas kaki cepat-cepat keluar dari bilik. Sempat dia menyarung tudung.

Kaki menghala ke arah abah yang sedang menonton buletin utama.

Punggung dihenyak bersebelahan abah. Tangan abah pantas diraih dan kepala dilentok pada bahu abah. Abah mencium kepala Daneen. Tangannya mengusap tudung Daneen.

"Anak manja abah ni.." Luah abah. Nada abah biasa tapi entah kenapa Daneen terasa sebak. Mungkin sebenarnya abah juga sebak kerana terpaksa melepaskan anak daranya kepada seorang lelaki lain.

Abah memang seorang ayah yang baik. Daneen tidak terlalu dimanjakan tetapi dijaga dengan baik. Abah sangat tegas dalam hak pembebasan anak-anak terutama anak daranya. Pernah Daneen , abang long dan kakngah dirotan abah kerana pergi beraya ke rumah cikgu dengan kawan-kawan tanpa meminta izin abah. Walhal, ibu sudah mengizinkan.

Mungkin bagi yang lain, abah mengongkong tapi tidak bagi Daneen dan adik beradik lain. Abah buat macam tu sebab terlalu sayang, dan itu cara abah menjaga kami.

Lain ayah, ayah lain cara. Daneen agak nak melenting bila ada kawan-kawan yang kadang-kadang mengata abah mengongkong kerana ayah mereka membebaskan mereka.

Tetapi apa pun yang orang berkata, ternyata cara abah berkesan. Buktinya semua anaknya sekarang telah berjaya.

You have my respect abah. Ucap Daneen dalam hati.

"Haa, Ariff. Duduklah. Nak minum apa-apa? Suruh Daneen buatkan." Entah bila-bila Ariff disitu, gaya ingin duduk diatas sofa single dihujung sudut yang agak terlindung oleh pasu bunga besar.

Daneen hanya merenung menunggu jawapan Ariff. Kepala masih lagi terletok dibahu abah.

"Tak apa abah. Nanti kalau Ariff nak, Ariff ambik sendiri aje."

Baguslah. Hidup kena berdikari. Jangan nak harap bini buat semua ye cik abang. Daneen tersenyum sinis. Dalam perancangannya nanti, dia nak ajar suaminya berdikari contoh lepas makan bawak pinggan sendiri dalam sinki. Kalau rajin, basuh sekali. Tak boleh dimanja sangat kaum adam ni. Nanti naik lemak. Dah terbiasa dilayan seperti raja, nanti semua nak harapkan bini. Susahlah bini.

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now