MBU 18

32 3 0
                                    

Telapak tangan tua diusap lembut, keluhan lemah kedengaran.

Mengingati dimana silapnya dalam mendidik anak-anaknya.

Apa salahnya yang dahulu? Mengapa anak yang disayangi menerima tempias akan dosa-dosanya?

Apa cukup waktunya untuk mengembalikan seorang wanita yang dahulunya disanjung kerana kelembutan dan kesopanannya?

Apa waktu tuanya akan merampas segala usaha yang bertahun sudah di sia-siakan?

Panggilan masuk mengejutkan Datuk Fuad dari lamunan.

“Assalamualaikum Aqiel.” Datuk Fuad memulakan bicara.

“Waalaikummussalam ayah.”

“Kenapa Aqiel telefon ayah? Ada berita baik ke?”

“Ada ayah, untuk pengetahuan ayah, saya dah dapat mendekati Hayfa. InsyaAllah, saya yakin, sikit masa lagi rancangan kita akan berjaya. Ayah jangan risau sangat ye. Kata ibu, ayah tak sihat, asyik termenung je. Ayah serahkan je perkara ni kat saya. Saya janji akan bawa balik Hayfa pada ayah.” Terang Aqiel memahami maksud pertanyaan ayahnya.

“Dah itu kata kamu, ayah percaya dan harapkan kamu je.”Datuk Fuad membalas sambil menahan batuk daripada terdengar kuat. Takut anaknya risau.
“Ayah dah makan ubat?” memahami ayahnya cuba merahsiakan sakitnya. Usah ditanya, jawapan hanya satu, sakit tua katanya. Sedangkan dia tahu, sakit dalam menahan rasa menunggu kepulangan putri kesayangan.

“Nanti ayah makan ye. Kamu tengah kerja ke?”

“Taklah, tengah rehat ni. Pesakit kurang harini. Bolehlah saya rehat sikit.”

“Baguslah, kesihatan kamu pun kena jaga tahu. Doktor kena sihat, kalau tak pesakit lagi rasa sakit. Betul tak?”

Tertawa kecil dia mendengar seloroh ayah. Ayah. Ayah. “ Betul lagi benar yah.. okey lah ayah. Kirim salam pada ibu ye. Nanti free-free Aqiel call ibu pulak.”

“Ye baiklah. Assalamualaikum.”

“Walaikumsalam.”

Datuk Fuad mematikan telefon. Dia kembali termenung. Beruntung kerana Allah menghantar anak angkatnya menggantikan tempat Hayfa.

Walaupun hanya anak angkat, namun dia dan isteri sudah terlalu sayang padanya. Aqiel merupakan anak yatim piatu. Rasa kasihan pada Aqiel kerana pada matanya dapat dilihat, dia sangat merindukan mereka. Sampai sanggup membantunya mencari Hayfa.

Meski jauh disudut hati, Datuk Fuad tidak mengharapkan apa-apa, tetapi tetap dia menghargai kebaikan Aqiel. Dia serahkan pada Allah.

Satu keyakinannya, suatu hari Hayfa pasti akan pulang sama ada dalam keadaan bernyawa atau sebaliknya.

***

“Ibu… Jom..” Datuk Fuad bangun. Pusara arwah mak mertuanya dilihat sebelum melangkah pergi. Isterinya membantuti dibelakang.

“Abang, hujung minggu ni kita balik kampung jenguk abah nak?” Air mata diseka. Rasa rindu pada arwah mak.

Teringat pula pada abah di kampung yang dijaga adik bongsunya.

“Ye sayang .. boleh je.”

“Bang, tengok tu,” Isyarat mulut menunjuk lurus kearah seorang pemuda yang sedang duduk merenung perkuburan yang masih merah.

“Mungkin dia baru kehilangan seseorang tu..”Jawab Datuk Fuad tak berminat.

“Mungkinlah..” nada suara persis suaminya. Naluri keibuan tersentuh melihat wajah pemuda itu. Tersirat pelbagai rasa dibalik wajah tampannya. Wajahnya seakan-akan seseorang. Tapi siapa ye?

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now