MBU 20

33 4 0
                                    

Beg sandang berwarna kelabu dicapai, buku subjek heat transfer juga dimasukkan kedalam beg. Buku computer programming juga dimasukkan sekali. Tak dilupakan bekas pensil kesayangan Daneen. Bekas pensil cute yang paling dia sayang setakat ni. Otak membuat perkiraan sama ada, ada benda tertinggal atau tidak. Tak nak lah nanti kena balik semata-mata nak ambil barang yang tertinggal. Buat bazir minyak kereta je.

“Okey Umi, Neen pergi kelas dulu eh..” kunci kereta yang berada didalam bekas bulat kayu digapai.

Daneen menggapai tangan Puan Arina untuk bersalam dan menuju ke pintu rumah.

Puan Arina hanya memerhati Daneen dengan pandangan pelik, “Tak tunggu suami Neen ke? Tadi Ariff cakap nak pergi sekali dengan Neen sebab kelas dia pun pagi ni jugak. Kelas petang pun ada jugak. Sama macam Neen kata dia.”

Daneen buat muka menyampah. Tadi memang ada Ariff suruh Daneen tunggu, ajak sama-sama pergi kelas. Sementara itu, Ariff meminta izin untuk ke tandas sebentar. Sakit perut katanya.

Daneen pun apa lagi, lepas je Ariff masuk tandas terus dia cepat-cepat bersiap.

Ingatkan Umi tak tahu. Hishhh… “Ariff suruh pergi dulu. Dia cakap sakit perut.” Sorry Umi… terpaksa tipu. Tak kuasa aku nak pergi kelas dengan dia. Kalau kawan-kawan aku nampak macam mana? Mahu kena usik sepanjang hari. Ishhh… tak sanggup!

Puan Arina tidak membalas, dalam hati dia meragui jawapan anaknya. Mana tahu Daneen kot-kot Daneen menipu?

Beberapa minit kemudian, Ariff turun dari biliknya.

“Umi, Daneen mana?”

“Daneen dah pergi kelas dah. Dia cakap Ariff suruh dia pergi dulu. Jap, ke dia tipu Umi?” Dah agak dah budak bertuah ni. Dia tipu aku. Nak kena dia balik nanti ni. Siap dia!

“Ehh, lupa… betul lah tu. Ariff suruh dia pergi dulu. Okey la Umi, Ariff pergi dulu ya.” Tangan ibu mertua di salami dengan penuh sopan. Pertama kali pergi kelas bersalam tangan dengan orang lain selain ibu kandungnya.

Puan Arina tahu Ariff beralasan untuk melindungi isteri merangkap puterinya, Daneen Aneesa. Puan Arina hanya menggeleng. Yang sorang tu sayang sangat dekat bini, yang sorang lagi ego sangat dengan laki sendiri. Bila agaknya mereka ni nak berbaik?

***

Ariff Qaiser mengeluh lembut. Susah betul Daneen nak terima dia. Baru seminggu dah macam-macam, boleh ke bertahan lama hati aku ni?

Malam saat mereka pertama diijab kabulkan berjalan lancar tanpa Daneen disisi menemani tidur malamnya. Daneen memilih untuk tidur dibawah saat dia sudah tenggelam dalam keletihan.

Usai solat, Ariff perasan kelibat Daneen sudah hilang dari bilik. Ke dapur mungkin? Tolong mama kemas apa yang patut kot. Ariff menyedapkan hati. Mata terasa semakin memberat. Katil seakan memanggil-manggil.

‘Tidur kejap la. Nanti bila Daneen masuk, suruh dia kejut aku. Aku ada banyak benda nak cakap dekat dia ni.’

Malas nak turun kebawah, Ariff hanya menghantar pesanan ringkas memandangkan telefon Daneen tiada disitu. Mungkin Daneen bawak sekali turun bawah.

Daneen sedang memunggah barang-barang ke tempat yang disediakan. Apabila mendengar bunyi pesanan masuk, dia berhenti seketika. Handphone yang terletak dipoket kanan diambil. Dia membaca pesanan tersebut.

‘Yes! Dia dah tidur. Aku boleh tidur dengan tenang la nanti.’ Daneen menayang muka jahat.

Keesokkan harinya, baru Ariff tersedar. Fajar sudah mula terbit. Daneen mungkin tidak mengejutnya atau dia yang tidur mati semasa Daneen mengejutnya? Entah, Ariff tak tahu. Dia memalingkan wajah ke arah bantal disebelah. Kosong. Daneen tiada. Awal betul Daneen bangun? Baru Ariff berkira mahu turun daripada katil, terkejut beruk dia melihat susuk tubuh yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Daneen tidur dibawah rupanya... kenapa Daneen tidur bawah?

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now