M.B.U 4 Pertemuan

140 11 0
                                    

Daneen bermohon semoga lelaki itu bukan 'dia'. Bukan. Taknak! Daneen tak bersedia.

"Anne." Lemah lututnya mendengar suara lelaki dibelakangnya. Langsung dia tak berpaling.

Ariff melangkah mendekati gadis itu melihat gadis itu hanya membatu.

"Anne."

Sekali lagi dia menyebut nama gadis itu. Pandangan dihala pada ketiga-tiga yang lain, yang memandangnya dengan wajah aneh. Seakan mendengar minda mereka berbicara. 'Pelik? Siapa dia?'

"Anne. Kau Daneen Aneesa binti Khalid kan?" Penuh. Lengkap nama Daneen ditutur. Yakin gadis yang membelakanginya itu adalah Anne. Gadis yang sudah lama dicari. Alhamdulillah hari ni berkat mendengar kata salah seorang rakannya, Munzir untuk ke mall jauh sikit. Semua yang diatur oleh Allah s.w.t ada hikmahnya!

Belum sempat Daneen menjawab, Ariff sudah berdiri dihadapannya. Terkedu. Kaku Daneen dengan perkara yang berlaku secara tiba-tiba itu. Sungguh. Dia belum bersedia nak bertemu lelaki itu.

"Weih. Korang, jomlah balik.." Daneen menggamit tiga-tiga mereka yang sedari tadi memerhati. Menunggu Daneen memberi penjelasan nanti. Belum sempat Zakirah, Adila dan Balqis menjawab, Daneen menarik tangan salah seorang dari mereka. Serentak yang lain membantuti langkah Daneen.

Pelbagai persoalan bermain diminda. Siapa lelaki itu? Kenapa Daneen macam takut? Sedangkan Daneen yang mereka kenal, kasar dengan lelaki. Pantang ada yang mengganggu akan dimarahinya.

Ariff hanya melihat bayang Daneen hilang dipandangan mata. Dia tak berniat mengganggu Daneen mahupun memaksa mengenalinya. Ariff yakin Anne mengenalinya. Ya. Cukup yakin. Kalau tak, Daneen tak akan lari.

"Weih King! Kau buat apa kat sini? Lama aku dengan geng-geng ni tunggu kau dekat foodcourt. Siapa perempuan tadi? " tegur Munzir yang perasan Ariff mendekati seorang gadis tadi.

 'Tak mungkin kekasih dia. Bukan taste Ariff perempuan ganas macam tu. Tapi, macam familiar je perempuan tu' bisikan hati Munzir berbicara.

"Kawan lama." jawab Ariff pendek. Malas nak terang lebih lanjut. Rumit. Munzir diam, tak nak panjangkan cerita.

***

Laju langkah Daneen. Kalau boleh nak berlari. Lari dari realiti? Sampai bila nak lari? Entah. Biarkan masa menjadi penentu.

"Daneen perlahanlah sikit jalan tu." Balqis bersuara.

"Jauh dah lelaki tu. Dia tak kejar pun. Tak percaya tengok belakang." Zakirah turut bersuara.

Daneen memperlahankan rentak. Kasihan dengan rakan-rakannya yang tidak tahu-menahu perkara tadi.

"Korang dah lewat ni. Kita pergi makan jom. Lapar." Mereka mengangguk sahaja. Tidak mahu memaksa Daneen bercerita. Biarkan dia tenang dahulu.

***

Daneen memperlahan kereta bila tiba disebuah taman. Terletak berdekatan dengan rumahnya. Terdapat tasik disitu jadi ia menjadi tempat riadah untuk pengunjung. Pandangannya dihala sekeliling kawasan tersebut, terdapat  keluarga yang sedang berkelah, ada yang sedang berjogging, terdapat sebuah bangsal kedai yang menjual makanan, ramai yang membeli makanan dan makan di suatu sudut.

Gelagat mereka memberi sedikit damai dihatinya. Seolah-olah tiada masalah tapi hakikat tiada yang tahu apa yang bermain diminda mereka dan gundah yang sedang mereka alami.

Mereka seakan tidak membiarkan masalah berlarutan. Mengapa dia harus melayan perasaan? Mereka yang ada ditaman itu seakan memberi Daneen inspirasi dan kedamaian. Jam ditangan ditilik, dah pukul 6.15 petang! Baru tersedar, dah lambat nak solat asar.

"Astagfirullahalazim. Sibuk sangat layan perasaan sampai lupa kewajipan untuk solat. Ampunkan hamba Ya Allah. Ampunkan khilaf hambamu." Sepantas kilat menuju kearah surau yang terdapat ditaman itu.

Usai solat, Daneen pulang kerumah. Mesti umi risau kenapa tak balik lagi. Jam dah menginjak pukul 6.45 petang.

***

Usai mandi, Daneen berbaring sambil menilik telefon. Kosong. Tak tahu apa yang dia nak tilik. Masih serabut dengan perkara siang tadi.

Telefon dihempas perlahan diatas katil. Mata dipejam rapat. Daneen ingin membuang wajah lelaki tu. Sejak pertemuan tadi sehingga malam, masih tak dapat Daneen lupakan. Tak tahu apa yang buat dia tak boleh lupa. Pada kenangan lama ke, pada kebencian ke, atau pada sebenarnya pada perasaan yang tumbuh sejak dulu dan tak pernah hilang?

Bunyi mesej masuk dari group whatsapp menyentakkan lamunan.

***

Group gossip kitchen

Adila :
Assalamualaikum... hai korang!!

Balqis :
Waalaikumsalam uolls!

Zakirah :
Waalaikumsalam

Adila :
Korang buat apa tu? Aku bosan lah.. jum lepak nak? Lepak dekat kedai mamak depan tu..

Zakirah :
Jom tapi kejap je ea. Dah pukul 8.30 ni. Pukul 10 kena balik dah.
Nanti membebel pulak ayah aku.

Adila :
Okey zakirah. Boleh je.
Asal dapat lepak.

Balqis :
Heh... baru je lepak siang tadi... tak puas lagi tengok muka aku? Tahu la aku comel.. hahaha..

Zakirah :
Alahai bukan selalu macam ni.
Selalu korang busy je manjang..
apa salahnya..

Adila :
Okey cun.
Kejap lagi jumpa dekat mamak.
Woi Balqis.. nak ikut tak?
Jom laa.. ramai baru best..

Balqis :
Ye..ye... jom.. aku join.
Saje je gurau tadi.. hihihi...
ehh.. Daneen mana???

Adila :
Neen...
masuklah..
kau seen chat kitorang...

Me : 
Hai...
sorry lambat masuk..

Adila :
Takpe.
Kau nak join tak Neen?

Me : 
Tak kut korang.. sorry..
korang je la ye lepak.

Zakirah :
Takpe Neen.
Kau rehatla..

Adila :
Haah Neen takpe..
kitorang faham..

Balqis :
Iye Neen takpe. Rest okey..

Me :
Okey tq guys..
much love <3


***




P:s/ nama mak Ariff dulu Puan Ayuni tapi ditukar kepada Puan Suria.
Takut korang keliru..

Thanks yang sudi baca tu :)

Jemputlah komen dan vote yaa ;)

See u next chapter

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now