MBU 27

21 2 0
                                    

Tik tik.. telefon Ariff berbunyi. Ariff menjenguk sebentar telefon pintarnya. 

Daneen menghantar mesej. Dia membuka hanya ingin menjenguk berfikir mungkin Daneen hantar chat kerana urgent.

Ariff sangat menitik beratkan waktu kerja tambahan pula dia sedang menjalani Internship Program yang wajib disertai oleh seluruh penuntut ijazah mahupun diploma jadi dia membawa nama baik universiti. Berada di bidang inspection bukan sesuatu yang mudah walaupun bagi sesetengah orang berpendapat bidang kejuruteraan mudah bagi lelaki. Amanah yang dipegang membuatkan kerja bukan sesuatu yang mudah. Tambahan pula, dia perlu melakukan inspect yang diarahkan oleh klien. Jika terdapat kesalahan, bahaya mungkin akan menimpa seseorang di masa akan datang. Itu kata-kata yang dia dengar dari seorang jurutera disitu.

"Tengahari nanti balik makan? Saya masak." Ariff mengangkat kening. Ni mesti strategi nak memujuk ni.

"Ok. " Cukup satu patah perkataan. Malas nak panjang lebarkan perbualan. Saja nak protes biar Daneen pula berusaha memujuknya.

Sejak pulang beberapa hari lepas, dia semakin terasa dengan Daneen. Daneen terkadang suka buat selamba bukan nak memujuk walhal salah dari pihak Daneen.

Benar, dia sudah memaafkan cuma dia rasa Daneen terlalu keras hati. Apalah salahnya Daneen berlembut dan melayannya dengan baik. Dia pun tak pernah berkasar dengan Daneen. Selalu dia cuba menjaga hati Daneen. Tapi, balasan yang selalu dia terima membuatkan dia terasa hati. Mungkin dia sudah sampai ke tahap sabar sudah mulai pudar. Ada saja salah dari pihak Daneen, pasti dia akan cuba menjauhi. Ingin mengajar Daneen belajar berlembut dan menerimanya seadanya. Suatu saat Ariff yakin hati Daneen miliknya tetapi pada saat yang lain, dia ragu-ragu. Ikhlaskah Daneen Aneesa pada Ariff Qaiser?

****

"Hayfa may I say something?" Hayfa yang sedang berehat diatas parkir kayu yang dilindungi dari cahaya matahari kerana disisi parkir tersebut terdapat sebuah pokok besar. Dia menoleh ke arah suara yang sedang berdiri dibelakang. Aqiel memandang Hayfa dengan dahi berkerut.

Hayfa hanya menggangguk. Dia penasaran apa yang ingin disampaikan oleh Aqiel sehingga wajahnya begitu serius.

"You know nothing about this?" Kedua-dua belah tangan diselit antara satu sama lain.

Hayfa menggeleng. Tidak mengerti maksud soalan Aqiel tersebut.

"Don't you remember her?" Aqiel masih tidak bertanya secara terus.

"Who? Siapa yang patut saya ingat?" Balas Hayfa. Dia benar-benar keliru dengan soalan Aqiel.

"My mother. Atau lebih senang, mak angkat saya. Do you even remember her?" Aqiel seakan panas hati. Bukan ini reaksi yang dia ingin lihat dari Hayfa. Dia ingin Hayfa memarahinya dan mempersoalkan kenapa ibu kandungnya boleh menjadi ibu angkat Aqiel? Hayfa seakan hilang ingatan.

"No. I don't. Who is she?" Jantung Hayfa berdegup kencang. Seakan soalan Aqiel itu sangat menjerut hatinya. Semalam sewaktu bersalaman dengan ibu angkat Aqiel, wajah itu seakan dikenali. Tapi dia lupa, siapakah wanita tersebut? Tetapi, bila hari ini Aqiel mengajukan soalan tersebut tidak salah lagi. Dia pasti mengenali wanita tersebut.

Hayfa memerah otak, dipandang ke arah sederetan pokok dihadapan yang tiada apa yang menarik.

Aqiel diam tidak membalas. Dia ingin Hayfa sendiri berusaha mengingatinya. Tidak sampai beberapa saat, Hayfa melintasinya. Berlari anak kearah pintu utama rumah kayu tersebut.

****

Hayfa melangkah pantas mencapai bingkai gambar yang semalam sempat dipandang sekilas sewaktu mebantuti langkah Hannan menuju bilik tidur.

Dia memandang lama dua wajah yang seakan tidak asing dengan. Lima minit otaknya dipaksa bekerja keras. Tidak berapa lama kemudian, air matanya menitis sendiri. Hayfa terduduk sambil air mata bercucuran keluar. Tangan kanannya masih memegang bingkai gambar itu. Tidak tertahan rasa sebak yang sedang dia alami.

Hayfa tidak berfikir apa-apa dek kerana hatinya bagaikan dihiris belati tajam. Tidak pernah dia merasakan kesedihan yang begini hebat. Tidak tahu kenapa, terasa baru beberapa tahun lepas dia melangkah keluar dari mahligai indah kerana terlalu menurutkan kata hati. Beberapa tahun lamanya juga dia seakan hilang ingatan siapa dirinya yang sebenar.

Kalau hendak dibandingkan dengan Hayfa yang beberapa tahun lepas, mungkin air mata tidak akan tumpah sederas ini. Hayfa tersedu-sedan dalam diam. Tidak ingin sesiapa mengetahui kesedihan yang sedang dialami.

***

Aqiel membiarkan Hayfa hanyut dalam perasaannya sendiri. Tidak disangka Annur Hayfa akan menangis sebegini rupa. Mungkin inilah hikmahnya dahulu Aqiel terlepas peluang ingin memperkenalkan Hayfa pada kedua ibu bapa angkatnya.

***

Daneen membuka telefon pintarnya. Terlihat nama sang suami lalu dia membukanya.

"Tu je dia balas?" Daneen buat muka. "Apa lagi aku kena buat ni? Sungguh aku dah mati kutu. Tak reti betul nak memujuk ni." Daneen sempat bermonolog. 

Ariff yang dahulu selalu mengalah dah bertukar menjadi kuat merajuk. Malas hendak melayan perasaan, Daneen membuka laman web lalu menaip.

Dia memandang screen telefon tidak berkelip beberapa saat, "turunkan ego?" Ayat tersebut menarik minat Daneen. Dia akui sememangnya dia ego. Bukan apa, tak nak nampak lemah dan lembut. Dia kembali menaip beberapa perkataan lain lalu mulut menguntum senyum.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 10, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now