M.B.U 13

65 6 0
                                    

Maaf ye sebab lama tak update..


Daneen melebarkan senyuman seusai Dr. Khairuddin menghabiskan kata-kata terakhir untuk kelas Static hari ni,

"Okey class, sampai disini saja kelas kita hari ni. Kita sambung kelas akan datang pulak ye."

Ayat cliche yang biasa setiap pensyarah gunakan sesudah habis pembelajaran. Para pelajar pula, akan menanti dengan tidak sabar pensyarah menghabiskan kata-kata dan ayat terakhir mereka.

Semua pelajar akan alami perkara sama, tapi mungkin sebenarnya Daneen sorang je yang rasa macam tu. Nanti nak dekat final baru rasa menyesal. Menyesal sebab tak belajar betul-betul. Zaman universiti ni bukan senang, tempuh degree ni pun bukan senang. Berbanding zaman diploma dulu, belajar relax pun boleh lagi nak score 3.0.

Semester lepas, bila result exam keluar Daneen rasa macam nak menangis tengok result yang tak berapa nak cantik. Dia dah bertekad nak study betul-betul tapi harus diakui pasti ada satu hari yang semua orang akan rasa malas, tak bersemangat. Dan hari ni, hari dia untuk rasa macam tu.

Daneen mengambil tempat di kerusi besi panjang berwarna biru. Terdapat beberapa orang pelajar juga sedang duduk menunggu bas. Jarak antara fakulti dan kolej kediaman dekat tapi Daneen rasa nak berjalan-jalan menenangkan fikiran. Inilah hobi Daneen sewaktu ada masalah atau terlalu banyak perkara yang bermain diminda, dia suka mencari tempat untuk melepaskan tekanan dengan berjalan-jalan walaupun tanpa hala tuju.

Hurm, aku nak pergi mana ye? Aku patut pergi Bandar ke kemana eh? Em... tekak rasa macam nak makan Subway je. Emm..., okey set, jom pergi Subway. Bila otak Daneen dah set, walaupun sorang-sorang tetap dia akan pergi. Persetankan segala rasa malu atau janggal. Biarlah orang nak fikir apa, kata apa-apa.

Iphone X dibuka, aplikasi Grab turut dibuka. Aplikasi tersebut adalah aplikasi yang wajib ada tambahan pula bagi pelajar seperti dia. Setelah beberapa minit menunggu, Honda Civic berwarna silver menghampiri. Nombor plat di handphone dan yang tertera pada kenderaan tersebut diperiksa sebelum naik, takut tersalah naik kereta orang naya aje.

Salam diberi sebelum dia duduk dikerusi bahagian penumpang belakang. Senyuman diberikan tanda menghormati tapi senyumannya mati apabila pemandu turut tersengih menayang gigi putih yang tersusun rapi.

"Waalaikumsalam, cik adik nak pergi Bandar ye?" kebiasaan bagi segelintir pemandu akan bertanya, takut-takut tersalah ambil penumpang.

Daneen diam. Malas nak menjawab. Hanya sekadar anggukan sebagai pembalas. Tapi yang pelik, dalam ramai-ramai Pakcik Grab, kenapa mesti mamat ni? Daneen mengeluh. Eh? Bukan aku dah nekad nak maafkan dia ke? Tapi kenapa macam susah je nak maaf? Belakang kata nak maaf, tapi jumpa depan-depan menyampah pulak rasanya.

"Cik, kenapa mengeluh tu? Ada masalah besar ke? Share la. Mana la tahu saya boleh tolong?"

"Tak ada apa. Bawak je kereta tu boleh? Banyak tanya pulak. Hishh.."

"Bukan nak banyak tanya sebab menyibuk tapi saja nak rapatkan silaturahim. Lagi pun, baru la orang bagi rating tinggi kalau ramah."

"Masalahnya, kalau terlebih ramah sangat tak boleh jugak. Ke nak saya bagi rating 1 star je?"

"Eh, cik adik jangan begitu. Abang gurau je. Okey, abang diam ye. Cik adik teruskan la berangan tu."

Poyo pulak mamat ni. Aku hempuk dengan beg ni mau accident. Kang dengan aku sekali terlibat, sabar Daneen. Sabar. Bandar pulak, ni kenapa tak sampai-sampai ni? Siapa la yang buat plan Bandar ni? Jauh bebenor je aku rasa.

Tak sampai sepuluh minit, destinasi Subway pun tiba. Tanpa memandang, Daneen menghulurkan sekeping note sepuluh ringgit. Tapi tiada sambutan, wang masih ada ditangannya. Nak tak nak terpaksa dia menoleh.

"Okey, terima kasih cik." Terus Ariff menyambut huluran Daneen dengan senyuman. Senyuman macam kerang busuk mintak kena buang dalam tong sampah!

Tanpa sebarang kata, Daneen turun. Dia sempat melihat kereta Ariff Qaiser yang semakin hilang dalam pandangan.

Handphone dibuka. Notification Grab diatas dibuka. Grab meminta penumpang memberikan rating. Bintang pertama ditekan, lalu dia menekan bintang kedua dan terus menekan butang submit. Cukup baik la tu aku tak bagi satu bintang je. Pemandu lain biasanya aku bagi lima bintang tapi disebabkan pemandu tu didaftarkan sebagai Ariff Qaiser jadi, aku terpaksa bagi dua je. Kalau ikutkan, bagi aku.. dia layak dapat satu bintang je dari aku. Haha. Padan muka dia. Puas hati aku.

Kecur air liur Daneen melihat menu dipapan yang berlampu. Tertera disitu senarai menu yang ditawarkan. Terus dia beratur, memilih menu subway club. Dia turut memilih sayur dan sos pilihan yang terdapat disitu. Setelah siap dan membuat bayaran, dia mengambil tempat duduk dibahagian luar. Memandangkan ruang disitu lebih privasi.

Daneen yang sedang menikmati makanan, terhenti seketika. Kacau betullah mamat ni. Nak makan pun tak aman. Hish!

"Asal sikit bagi bintang dekat aku?" terus Ariff menyoal.

"Suka hati aku la. Aku customer, aku ada hak nak bagi berapa pun. Dah servis kau tak memuaskan, setakat tu je la aku mampu bagi. Takpe bro, cuba lagi next time ye." Daneen mengenyitkan mata supaya Ariff bertambah sakit hati.

Baru puas hati dia tengok Ariff marah.

"Eh, minah ni. Aku lempang jugak kang. Aku dah cuba nak berbaik-baik ni, saja je buat aku panas hati."

"Hahh, lempang la. Lempang! Dasar lelaki tak guna. Gunakan kekerasan untuk ugut wanita. Ingat Negara ni tak ada undang-undang? Kau dulu dengan sekarang sama je. Tak berubah. Sebab tu la agaknya aku tak boleh nak maafkan kau walaupun aku dah bertekad nak bangun dari cerita lama tu. Kau tak pernah berubah. Nak berbaik konon, semua tu alasan je untuk kau sedapkan hati kau sendiri kan? Untuk sedapkan hati kau yang rasa bersalah tu. Kau ingat dengan cuba berbaik dengan aku, aku akan maafkan kau? Nope. Silap. Sampai bila-bila aku takkan maafkan!"

Ariff terpana. Niat hati nak memaki Daneen terus terbalik. Alik-alik, dia yang kena sembur. Lebih menyakitkan kata-kata tu berbanding bintang yang Daneen berikan.

Kata ibarat pedang

Yang tajamnya bisa membunuh lawan

Inteam - bicara kata

Hati Ariff sakit mendengar setiap bait kata yang Daneen ungkapkan.

Sungguh Ariff mengharapkan kemaafan. Tapi bagaimana? Kenapa seakan susah untuk dia dimaafkan?

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now