M.B.U 6 Kebetulan?

235 9 0
                                    

Minggu ni adalah minggu yang agak sibuk. Daneen kena siapkan kertas kerja untuk kem perkhemahan Kelab Kembara.

Nak daftar masuk kelab ni pun susah, lepas sejam pendaftaran dibuka terus penuh ahli. Siapa cepat, dia dapat.

Nasib baik Suhaiyl tolong daftarkan untuk aku. Gumam Daneen.

Untuk program pertama, dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dan setiap kumpulan diwajibkan untuk mencadang satu atau lebih usul.

Ada yang usul buat CSR. Ada yang usul tidak percaya. Heh? Eh..eh.. mengarut pulak. Ada yang buat usul hiking Bukit Kluang, Besut Terengganu. Macam-macam ada.

Akhirnya, usul kumpulan Daneen iaitu perkhemahan dipilih. Serasa macam idea sehabis teruk dah. Tapi macam mana boleh semua setuju? Kes sabotaj ke apa ni? Tapi tak apa, pensyarah dah setuju untuk bagi A nanti. Yeay!

Dan sekarang, dia bertanggungjawab menjadi ketua untuk uruskan projek perkhemahan.

Kerja dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan. Setiap gerak kerja diatur agar tak kelam kabut nanti.

***

"King , jom gi berkelah nak tak?" Munzir asal Terengganu, tapi dah lama duduk KL.

"Kelah.. Dekat mana?" jawab King.

"Sungai Kelemin, Terengganu."

"Wah, jauhnya kau!"

"Oloh, sekali sekale. kau pun tak pernah pergi jalan Terengganu tu." pujuk Munzir. Nak ajar budak KL ni kenal tempat orang. Lahir KL, belajar KL, kerja pun KL. Bila nak berjalan buka minda?

"Dah ikutlah. Tapi tanya budak-budak lain sekali. Ramai baru best."ujar King.

"Okeyh. Nanti aku roger geng kita."

"Bereh geng.. apa-apa inform balik. Jangan lambat sangat. Aku nak mohon cuti ni."

***

"Daneen proposal dah siap?"

"Dah, Cik" Kertas kerja diserahkan kepada pensyarah tersebut, Cik Hudiya. Selaku pensyarah penasihat.

Kertas kerja Daneen dibelek-belek. Minggu lepas dia dah tunjuk kertas kerja tu, tapi ada sedikit yang perlu dibaiki.

"Okey. Cantik dah yang ni. Lokasi Sungai Kelemin? Terengganu? Okey tak kawasan tu untuk pasang khemah?"

"Iya cik. Terengganu. Okey, ada ahli kumpulan saya orang situ. Jadi dia dah survey tempat tu. Sesuai untuk berkhemah, ada sungai, tanah lapang pun luas. Untuk letak bas memang muat sangat. Dalam tu ada perincian Cik, gambar semua lengkap."

Cik Hudiya angguk. Puas hati dengan kerja kumpulan Daneen.

"Okey. Kalau macam tu, boleh proceed untuk kerja seterusnya. Beli barang untuk masak dan sebagainya." ujar Puan Hudiya.

"Kertas kerja tu saya ada buat salinan untuk diserahkan kepada Ketua Kampung kawasan tu. Senang nak mintak tolong ke bimbingan nanti." Tambah Daneen.

"Bagus.. bagus kerja awak. Saya tak payah arah banyak." Cik Hudiya tersenyum manis.

"Eh, cik jangan puji macam tu. Tunggu selesai program baru tahu bagus ke tak." Tersipu Daneen. Tak nak orang terlalu memuji takut nanti sentiasa dalam zon selesa.

"Erm, baiklah kalau macam tu, nanti dalam perjumpaan kelab saya akan beritahu kawan-kawan awak yang lain tentang tarikh dan tempat. Bayaran pun kita akan mintak masa tu."

"Haa.. Puan sebelum saya terlupa, saya ada carikan sponsor. Dalam RM 3000 kita berjaya dapatkan. Jadi kos tambang bas dan makanan dah disediakan dekat situ. Dalam kertas kerja tu ada anggaran pembelanjaan dan berapa yang nak mintak dengan pelajar." Sebelum terlupa, terperinci segala data dilaporkan.

"Baik. Nanti kita umum hari selasa ni masa perjumpaan kelab. Haa, awak dah boleh start cari bas tau. Khemah suruh diorang bawak sendiri setiap kumpulan. Hadiah untuk pertandingan pun dan boleh cari tu."

"Baik Puan. Kalau tak ada apa, saya minta diri dulu ya Puan."

"Okey. Nanti ada masalah just whatsapp me okey."

"Okey Puan. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Dalam perjalanan ke tempat letak kenderaan. Telefon bimbit dikeluarkan. Nombor kawan sewaktu PLKN dulu didail.

"Tut..tut.. hello. Assalam bro!"

"Wassalam, Neen. Kenapa call ni? Lama kau tak call aku."

"Aku busy bro. Kerja universiti banyak tak sempat nak roger-roger kau. Ni aku nak cakap. Nanti aku nak turun ganu ni. Ada program sikit. Nak mintak tolong kau setting tempat. Dekat je dengan tempat kau tu. Boleh tak?"

"Okey boleh je.. kau cakap je lah bila dan agak-agak pukul berapa sampai." Adam memang mudah nak minta tolong tapi dia kena tahu bila, untuk memudahkan kerjanya.

"Bereh Adam. Thanks bro!"

"Bereh.. mu call aku balik la nanti"

"Orait."

Punut merah ditekan. Nasib baik ada kawan boleh mintak tolong. Bukan apa, sampai sana tak ada la kelam kabut. Jauh kot KL dengan Terengganu ni.

Daneen memang susah nak baik dengan lelaki. Tapi bila dah baik, macam kawan baik dah kamceng dia. Dia baik dengan Adam pun sebab Adam banyak tolong dia masa kena ejek 'tomboy' dekat PLKN dulu.

Dia rasa serasi dengan Adam. Mungkin sebab sama-sama masuk air dan adik Adam pun ganas macam Daneen. Jadi Adam memahami.





Tak best ? Bosan? Ada apa komen je okey. InshaAllah mika akan baiki mane yang patut.

Thanks sudi baca karya mika yang baru nak merangkak ni. :)

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now