M.B.U 7 The Day

147 8 2
                                    

Ariff berkemas apa yang patut. Khemah yang tergantung dalam bilik diturunkan. Bekas memasak yang khas untuk perkhemahan di ambil. Habis bilik stor diselongkar. Ambik mana yang patut.

Encik Faris memang suka aktiviti lasak macam tu, antaranya hiking, 4×4 dan sebagainya. Kereta highlux tu pun dibeli atas dasar minat dalam kelab 4×4. Banyak aktiviti yang kelab tu anjurkan. Ariff pernah ikut papa sekali je. Tu pun sebab kena paksa.

Mama yang sedang santai membaca majalah ditegur.

"Mama.. Ariff nak pergi Terengganu lusa ma."

"Ha! Terengganu? Kenapa baru cakap?" Terkejut Ariff tiba-tiba nak berjalan. Sorang pulak tu.

Ariff mana pernah pergi mana-mana tanpa mama dan papa dia. Hatta, pergi Bern haritu pun ajak mama papa sekali. Sebab? Takut sesat dan takut tak cukup duit.

"Sorry ye ma.. bukan tak nak bagitahu awal. Tapi munzir yang inform lambat. Semalam baru dia bagitahu. Nasib baik hujung minggu. Kalau tak, memang susah nak mintak cuti last minute." Terang Ariff panjang lebar.

"Yelah kalau dah macam tu. Ariff pun dah besar. Kena belajar jalan jauh tanpa pertolongan mama papa. Nanti nak kahwin senang." ujar Puan Suria.

"Eh! Sampai ke situ pulak mama fikir. Lambat lagi la nak kahwin tu. Selagi tak jumpa my soulmate, selagi tu tak nak fikir lagi ma.."

"Soulmate lah sangat.. dah tu Ariff nak pergi dengan siapa tu? Dengan Munzir ke?"

"Haah, ma. Munzir."

"Nak ma tolong tak?"

"No need ma. Sikit je lagi ni. Baju je tak kemas lagi."

Puan Suria menganggukkan kepala. Dia berlalu ke dapur nak masak makan malam. Rutin harian seorang ibu macam ni la.

Ariff tabik dengan kaum ibu diluar sana dan terutama mama. Ariff anak tunggal jadi segala kelengkapan Ariff dan papa, mama sediakan.

Jadi Ariff tabik dengan ibu yang ada anak ramai tapi mampu untuk jadi surirumah sepenuh masa. Penat tu mereka je tahu.

***

Daneen atur pertemuan dengan ahli kumpulannya. Berbincang apa yang masih tak cukup.

"Macam mana progress setakat ni? Barang dapur dah beli?"

"Dah semua dah siap. Barang kering dah beli siap semua. Barang basah saya akan beli esok." Jawab salah seorang yang menguruskan bahagian barang dapur.

"Duit cukup?"

"Duit cukup setakat ni." Jawabnya lagi.

"Okey bahagian bas pulak macam mana?" Lelaki yang menguruskan bahagian pengangkutan dipandang.

"Dah settle.. bas tu selesa..duit pun dah dibayar."

Lama perjumpaan kali ni berlangsung. Hampir 2 jam lebih baru selesai. Bukan senang nak jadi pengatur rancangan ni. Kena sedia dari segala aspek.

Petang khamis tu mereka akan bertolak.

***

Beberapa hari kemudian,

"Semua barang dah ada?" Ahli kumpulan yang bertugas merangkap AJK program dipandang.

"Dah, semua dah bawak masuk dalam bas. Barang dapur semua."

"Okey, kalau macam tu, boleh naik bas la. Saya nak check attendance." ujar Daneen.

Lalu memandang Puan Hudiya, "Puan, semua dah siap. Tinggal nak check kehadiran je sekarang. Puan, ada apa-apa lagi ke?"

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now