PROLOG

6.6K 288 71
                                    

      "Baby.. sekejap eh, nak ambil wallet dalam kereta, lupa pula"

       "Okay"

Arbell menggelengkan kepalanya. Sejak kebelakangan ni ada je benda yang suaminya lupa. Mungkin sebab terlalu fokuskan perhatian pada dia je kot. HAHAHAHA.
Dia hanya berdiri di belakang kereta sementara menunggu Raydan kembali semula padanya walaupun tak jauh mana pun sebenarnya.

Arbell tersenyum.

Perutnya diusap perlahan apabila merasakan ada yang menendang perutnya. Sudah masuk enam bulan kandunganya itu. Dia gembira sangat. Lagi-lagi suaminya tak habis-habis melekap pada perutnya. Tak sabar gamaknya. Arbell bersyukur kerana dia tidak ada alahan langsung semasa mengandung ini begitu juga suaminya.

     "Alright baby, come lets go" Jari kasar itu mencapai jari jemari eluss itu dan digenggam.

kaki mereka mula melangkah ke arah destinasi mereka.

sewaktu berjalan,

Arbell tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Kepalanya dipusingkan kebelakang apabila rasa sesuatu itu semakin kuat di hatinya. Matanya terbeliak apabila melihat susuk tubuh yang tinggi dengan berpakaian hitam sehingga menutupi muka sedang memegang sebilah pisau dan berjalan laju kerarah mereka. Bukan. Orang itu berjalan laju ke arah suaminya iaitu Raydan.

Lantas dia menghalang badan Raydan daripada terkene tikaman itu.

       "ARGH !! " Arbell mengerutkan dahinya. Ngilu, sakit. Dan akhirnya, dia rebah jua.

Susuk tubuh itu terus melarikan diri apabila orang yang sepatunya jadi targetnya tiba-tiba bertukar orang.

      "Haish"

     "ARBELL !!! " Terkejut Raydan apabila melihat isterinya dalam kelumuran darah. Lantas dia mencempung badan isterinya apabila melihat isterinya sudah tidak sedarkan diri lagi. Darah yang keluar tidak henti-henti akibat tikaman tersebut.

     "ARBELL !! JANGAN TINGGALKAN BIY !!" Raydan tidak dapat menahan lagi air matanya lagi setelah muka Arbell sudah mula bertukar menjadi pucat.

******

Gigil.

Sejuk.

Takut.

Semua perasaan negatif mula menyapa dririnya. Baju yang dipenuhi dengan darah tidak dihiraukan langsung. Apa yang dia nak adalah keadaan isterinya dan juga anaknya.

Raydan sudah penat menagis. Dia tidak mahu kehilangan mereka. Dia belum bersedia kehilangan orang yang dia sayang. Kedua tangan digenggam kuat. Andai kata masa itu boleh diputarkan semula, dia sanggup menjadi orang sepatutnya berada didalam itu..bukan isterinya. Tapi, apakan daya,dia bukan tuhan yang mampu melakukannya, dia hanya manusia biasa yang mengharapakn agar tiada perkara buruk yang berlaku pada orang yang dia sayang. Sungguh dia tidak sanggup.

     "Arbell jangan tinggalkan biy, please come back to me baby"  sayu sahaja suaranya. Matanya yang kuyu itu tak lekang memandang pintu bilik pembedahan itu. Sekali lagi, air matanya bercucuran jatuh di pipi.

      "Raydan"

Raydan menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

kedua orang tuanya dan juga kedua mertuanya mendekatinya.

Melihat sahaja mereka dia jadi semakin tidak kuat..semakin laju air matanya keluar. Terhinjut-hinjut badannya akibat tangisannya.

Terus sahaja Puan Emila dan Puan Arendel memeluknya bersama. Mereka perlu kuat untuk terus support Raydan. Kalau mereka pun lemah apatah lagi Raydan semakin lemah nanti.

     "Bawa bersabar ye Raydan..."

Raydan menggelengkan kepalanya.

      "Tak, Raydan tak kuat ma..Ray tak nak kehilangan dia ma,, dia nyawa Ray.. sepatutnya Ray yang kena tikam tu ma..bukan dia, tapi dia halang untuk selamatkan Ray..."

      "Ray takkan maafkan diri Ray kalau terjadi apa-apa pada diorang..hisk..hisk"

      "shuhh..." Puan Emila cuba memujuk anaknya yang mula menyalahkan dirinya. Kepala Raydan diusap dalam dakapannya.

Tuan Eden terus memeluk Puan Arendel yang sudah mengigil tubuh. Dia berharap agar tidak berlaku apa-apa pada anaknya. Matanya juga sudah mula berair.

     "Our daughter..." semakin laju air mata Puan Arendel apabila suaminya memeluknya.

Suasana di luar bilik pembedahan itu semakin mendung. Sudah dua jam menunggu tetapi masih tiada balas daripada doktor.

Tuan Rayyan mendekati anaknya yang sudah lemah itu. Helahan nafas dihembuskan.

     "Ray..papa tahu Ray kuat, ini semua ujian Ray, jangan putus harapan ye, Ray kena percayakan dia supaya dia selamat lagisatu banyakkan berdoa Ray..itulah yang paling penting sekarang..jangan risau Ray, papa dan mama ada selalu untuk Ray. Tuan Rayyan memeluk anaknya. Kuat. Harap-harap dapatlah salurkan tenaga pada anak jantannya itu.

Agak-agak korang siapa orang yang tikam Arbell ? Kesian Raydan. Mari la sama sama kita jadi detektif hehe.

*

Setelah 3 jam, akhirnya..salah seorang doktor keluar daripada bilik pembedahan tersebut.

Masing-masing mendekatkan diri pada doktor itu untuk mengetahui keadaan Arbell. Debaran semakin laju. Mengharapakan berita baik yang keluar darpada mulut doktor itu.

Tetapi...

Sebaliknya.

Raydan tergamam. Dia terus terduduk pada lantai. Kata-kata itu membuatkan dia tidak percaya. Tak mungkin.

Kenapa.

Kenapa.

       "RAY !"  Tuan Rayyan terus mencapai tubuh itu.

       "NO WAY !"  Tersesak-esak Raydan setelah mendengar berita itu.

Salah dia kerana tidak menjaga isterinya dengan baik.

Salah dia.

Dia gagal.

Dia gagal mempertahankan orang yang dia sayang.

      "Maafkan biy..Arbell..maafkan biy "  Luruh dia menggungkapkan perkataan itu.

*

   
       "Doktor, macam mana isteri saya ! Macam mana keadaan anak saya, doktor"  Air mata perlahan-lahan mengalir ke pipinya. Panas.

Doktor terssebut menghelakan nafasnya. Berat.

     "Alhamdulillah, Puan Arbell selamat"

Raydan mengangkat mukanya. Syukur isterinya selamat.

    "Tetapi, kandungannya kami tidak dapat selamatkan, maafkan kami."

Waktu itu, seperti mahu terberhenti jantungnya apabila mendengar berita itu. Anak dia. 'Maafkan, daddy my baby' hatinya berbisik. Bagaimana dia mahu teruskan semua ini, dapatkah isterinya terimanya lagi setelah apa yang berlaku. Dia gagal sama sekali. Apa yang akan berlaku jika isterinya tahu tentang perkara ini, dapatkah dia menawan semula Arbell setelah apa yang terjadi. Mampukah dia.

    'Semua ni salah kau'








Maybe takde rezeki diaorang kalini hisk hisk..maaf readers 😭😭😭

Hye my lovely readers 🌹😝 apa khabar ! Berjumpa lagi kita bersama ye hohoho🤣

Btw, ok ke scene sedih ni huhuhu maaflah kalau tak menjadi sebenarnya author pun tak reti nak buat part ii sedih ni tapi mencuba saja wkwkwkwkkwk.

Guys jangan lupa vote and comment ye ❤️ I hope u guys like this story. Muah.

#selamat membaca
#ARBELL'S 2
#vote
#comment

C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2Where stories live. Discover now