🦋 BAB 30 🦋

2.5K 208 32
                                    

Nafas dihela Arbell. Turun naik dada itu beralun  tenang mengatur nafas. Perlahan-lahan matanya dibuka dan kini dia tak mampu lagi menyembunyikan senyumannya. Dia tersenyum riang melihat gelagat suaminya, abang iparnya bermain dengan Eydan Arwan, Eryan Aqlan dan Bella Ermia iaitu anak kembarnya yang sudah menginjak dua tahun umur mereka. Permata hati antara dia dan suami tercintanya. Makin hari makin banyak telatah mereka bertiga. Lebih-lebih lagi Bella Ermia. Nakal sungguh mengalahkan abangnya. 

Eydan Arwan, dikira sebagai abang kerana dia yang lahir dulu setelah itu dikuti oleh Eryan Aqlan dan setelah dua minit, baru terlahirnya seorang lagi cahaya matanya iaitu Bella Ermia, ciri-cirinya lebih kepada suaminya. Anak mata yang tidak ubah dengan Raydan. Berwarna hazel. Rambut hitam lebat mengikut suaminya juga. Mempunyai lesung pipit disebelah kanan sahaja. Sangat cerewet dalam makanan. Tetapi seorang yang hyperactive sungguh. 

Manakala Eryan Aqlan lebih kepada Arbell dan Raydan sedikit. Rambut perang yang tidak terlalu lebat. Alis mata berwarna hitam yang menawan. Pipi yang agak tembam tapi bukanlah gemuk. Mempunyai lesung pipit sebelah kiri yang sangat dalam. Tinggi agak sama dengan Eydan Arwan, dua-dua agak seiras. Lebih lasak pergerakannya tetapi seorang yang agak pendiam sedikit. Takpe, janji comel! Selalu bermanja dengan Raydan berbanding yang lain. Jenis yang jarang sekali menangis tetapi kuat minum susu.

Okay, yang last pula. Namanya, Bella Ermia. Jantinanya perempuan, tetapi perangai nauzubillah mengalahkan budak lelaki. Ada sahaja karenah dia. Ganas, degil keras kepala, sememangnya Bella Ermia. Rambut yang sedikit kerinting berwarna perang. Mata yang bulat sangat menarik perhatian. Kulit putih kemerahan mengikut Arbell. Petah bercakap berbanding yang lain. Lebih rapat dengan Eryan Aqlan dan sangat bijak. Manja dan selalu inginkan perhatian pak longnya, Rayien. Perangai nakal semestinya mengikut perangai daddynya. Pandai mengambil hati orang dengan telatahnya. Mempunyai lesung pipit dikedua-dua belah pipi gebunya. Pantang nampak benda yang menarik perhatiannya mesti dia mahukannya. Jadi inilah dia sedikit sebanyak tentang kembar tiga ini. Sekian. 

      "Anak-anak mommy main apa?" Soal Arbell dengan tersenyum riang. 

      "Mommy!!!" Eryan Aqlan berlari ke arahnya dan dia menyambut tubuh kecil itu ke pelukannya. Pipi tembam itu diciumnya. Geram!

      "Habis berpeluh anak mommy, penat?" Arbell mengelap peluh di muka  Eryan Aqlan sebelum dia berpaling semula ke bawah, melihat Eydan Arwan menarik-narik seluarnya. Minta untuk didukung juga. Alahai tak menang tangan betul. 

       "Nak dukung" Pinta Eydan Arwan. Arbell tersenyum. Raydan yang melihat situasi tersebut pantas mendapatkan Eydan Arwan.

       "Sini, daddy dukung Arwan" Tergelak-gelak Eydan Arwan bila digomol oleh Raydan. Rambut Eydan Arwan yang basah akibat peluh ditolak kebelakang. Masing-masing basah lencun akibat bermain kejar-kejar. 

Arbell menghampiri suaminya dan tangannya mengipas muka Eydan Arwan. Manakala Eryan Aqlan erat merangkul leher Arbell. 

      "Kipas Arwan aje? Daddynya ni tak kipaskan sekali ke? Panas jugak ni" Soal Raydan. Dia pula mengada-ada. Sejak ada si kembar ni makin lain macam perangai suaminya. Suka sangat cemburu bila Arbell tak mahu layan dia. Kelakar.

Arbell tidak mempedulikan suaminya. Malas nak layan. Mengada tak habis-habis. Raydan mencebik.

      "Tengoklah mommy tu...tak nak layan daddy..." Raydan tarik muka. Eydan Arwan yang terkebil-kebil melihatnya dicium sekejap. 

Arbell ketawa kecil. 

      "Mengada lah kau!" Balas Rayien yang sedang melangkah menghampiri mereka. Bella Ermia didukung olehnya. 

C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2Where stories live. Discover now