Raydan sudah siap-siap memakai kasut sukannya, untuk berjoging di taman perumahan. Disebabkan hari ini hari minggu, dapatlah dia merehatkan badan dia daripada terlalu stress fikirkan tentang kerja.
Raydan mengalihkan pandangan pada Arbell yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.
"Baby, betul ke tak nak ikut biy pergi jogging sekali ke?" Soal Raydan sambil memanaskan badannya terlebih dahulu.
"Eerr...tak nak lah, biy pergi jelah sorang-sorang, baby ada banyak lagi kerja rumah yang nak kena buat ni". Nafi Arbell. Mukanya yang ceria dipagi hari, tiba-tiba bertukar merah.
Raydan sembunyi senyum.
"Yeke banyak kerja rumah, hurmm..takpe baby, nanti biy balik daripada jogging kita buat sama-sama eh, baru lah sweet gitu"
"Tak..tak..takpe, baby dah biasalah bu..buat semua tu". Gagap Arbell. Melilau lilau matanya melihat pokok-pokok di halaman rumah.
Raydan berdeham.
Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Arbell yang sedang kalut menyiram pokok.
"Its okay, lagipun kesian baby nak buat semua tu sorang-sorang dah lah malam tadi--" Tambah Raydan. Kini, dia betul-betul berdiri di belakang Arbell.
Teringat kembali peristiwa malam tadi, membuatkan Arbell menjadi gelabah macam sotong tersepit. Mukanya habis bertukar kemerahan. Paip air yang berada di tangan, terlepas.
Arbell memusingkan badannya menghadap Raydan yang tersenyum mengusik.
"What" Arbell cuba memberanikan diri.
Raydan menundukkan sedikit kepalanya. Tangan disilangkan belakang badan.
"Thank you baby, for everything" Bisik Raydan. Matanya dikenyitkan. Gosh!
Arbell merasakan pipinya mula membahang, cepat-cepat dia mengambil semula paip air yang terjatuh tadi dan menyiram semula pokok bunga.
"You know what, hari ni biy rasa macam makin bertenaga pulak badan ni...tapi kan, kalau lepas jogging nanti, mesti bertambah-tambah lagi tenaga dalam badan biy ni kan kan". Usik Raydan lagi.
"Lepastu, ermm..boleh lah kita...second round maybe..". Raydan ketawa.
"Raydan !!!". Jerit Arbell sedikit kuat. Paip air diacah-acahkan pada Raydan. Geram.
'Eeee, boleh pulak dia selamba je cakap pasal ni, tak tahu ke yang aku ni malu hah!' Arbell mengetapkan giginya.
"Wooo, easy baby..nanti baju biy basah macam mana,?"
"Padan lah muka!"
"Herm..ok jugak kalau macam tu, takdelah membazir tenaga biy nak jogging dekat luar,, kalau dalam rumah pun boleh an sebenarnya".
Arbell mengerdipkan mata.
Terkejut.
Mukanya bertambah merah menyala.
"Hish! Pergilah jogging sana, kalau tak, baby siram biy dengan air paip ni!". Arbell menjeling Raydan.
Raydan melirik senyuman.
"Okay, okay biy pergi jogging sekarang ye, ehem nanti biy balik kita sambung lagi, alright baby.." ujar Raydan bersahaja.
YOU ARE READING
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2
Romance[ 𝙴𝙼𝙸𝙴𝚁 𝚁𝙰𝚈𝙳𝙰𝙽 × 𝙰𝚁𝙱𝙴𝙻𝙻 ] Di dalam kehidupan yang nyata ini, tidak semestinya keingginan kita sentiasa termakbul kerana kita hanyalah manusia biasa yang penuh dengan perancangan. "Baby, you are mine!FOREVER!" -EMIER RAYDAN- "Over p...