Selesai makan malam, Arbell mengambil alih tugas mengemas pinggan dan mangkuk di sinki, meja di lap bersih dan makanan yang lebih disimpan di dalam peti ais.
Pada mulanya, Raydan yang mahu melakukan semua itu, yelah bini dia dah masak jadi tak salah dia nak tolong kemas pula kan? Lagipun itu memang tanggungjawab seorang suami juga dalam membuat kerja rumah, isteri pula sepatutnya layan suami sahaja tapi apakan daya, Arbell bukan sebegitu rupa, sempat dia halau Raydan supaya tunggu dia di ruang tamu sahaja. Alah, bukan banyak manapun nak kena kemas, dia dah biasa jadi takpelah.
"Baby! Dah siap ke belum?Kenapa lama sangat? Nak biy tolong tak?" Soal Raydan bertubi-tubi.
Arbell menggelengkan kepalanya.
"Iye, dah siap dah ni, hurm..biy nak apa-apa tak? Air ke? Nanti baby bawak pergi depan" Jawab Arbell dari arah dapur.
"Nak"
"Nak apa?"
. "My baby!"
Arbell tergelak kecil.
"Haih, pisah sekejap pon tak boleh lah dia ni...nasib kau lah Arbell dapat laki nak berkepit je memanjang, nasib baik sayang" Arbell menuju ke arah peti aisnya sambil berbisik sendiri.
"Baby.. cepat lahh" Panggil Raydan. Tak sabar sabar.
"Yes, I'm coming biy" Kakinya melangkah menuju ke ruang tamu. Coklat yang berada di tanggannya cuba dibuka. Arbell memang hantu coklat, sehari tak makan memang tak boleh. Tu sebab Raydan sentiasa pastikan stok coklatnya mestilah cukup di dalam peti ais.
"Come here, let me do it for you"
Raydan menarik tubuh genit itu supaya duduk di atas ribanya. Coklat yang berada di dalam tangan Arbell diambil dan dibukakan.
"Thank you" Balas Arbell, coklat yang dihulurkan oleh Raydan diambil dan disuapkan kedalam mulutnya.
Raydan memeluk tubuh Arbell dengan sebelah tangannya. Erat.
"Eeee.. patutlah gemuk baby, makan coklat je tak habis-habis" usik Raydan. Pipi gebu itu dicubit perlahan.
. "Mana ada gemuk!" Arbell mengecilkan bebola matanya. Geram betullah, suka hati dia cakap orang gemuk.
"Betullah, dah macam Si Gray dah biy tengok tau"
"Ada yang kena tidur luar malam ni kang!" Jelingan tajam di hasilkan.
Raydan ketawa. Coklat yang melekat pada jari Arbell dijilat olehnya. Sweet!
Baru sahaja Raydan mahu mencium pipi gebu itu, telefon Arbell berbunyi tak henti-henti diminta supaya angkat.
'Haish, terlepas lagi' Desis hatinya.
Arbell bangkit daripada riba suaminya dan mencapai telefonnya di atas meja.
"Hello, anak menantu mama!" Suara Puan Emila terdengar melalui corong telefon. Teruja betul.
"Hello, mama!" Jawab Arbell. Rindu sungguh dia dengan mak mertuanya ni.
"Hahaha, Arbell apa khabar? Sihat?" Gembira Puan Emila dengan anak menantu kesayangannya ni.
"Sihat. Mama dengan papa sihat?"
"Sihat, sayang"
Raydan menjuihkan bibirnya, melihat isterinya berbual dengan mamanya. Jealous. Sejak dapat menantu, mama asyik lebihkan Arbell je maklum lah menantu kesayangannya. Hmmphhh!
Lama dia merenung Arbell yang rancak berbual dengan mamanya. Senyuman nakal mula terbit dibibirnya.
Ha, Raydan nak buat ape tuh.
Cup!
Pipi Arbell dicium olehnya sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Sengaja.
"Bunyi apa tu, Arbell?" Soal Puan Emila sambil tersenyum. Kuat tu bunyi dek ciuman Raydan.
Arbell terkejut. Mukanya terus berona merah menyala. Alamak.
Satu je ayat dalam kepala dia sekarang.
Arghh malunya!!!
"Er..er.." Apa nak jawab nih.
Arbell menjeling sekilas pada Raydan yang terkekek kekek ketawa. Ish, suka betul amik kesempatan lah dia ni.
"Errrr tak ada lah ma..ha mama...mama call Arbell ada apa ye sebenarnya?" Soal Arbell cuba menukar topik.
"Ouhh, mama nak ajak kamu berdua makan malam dekat rumah mama besok malam..boleh? Mummy and papa Arbell pun ada sekali nanti"
"Sure,ma nanti Arbell bagitahu Raydan"
"Alright sayang, jangan lupa ye..ok lah mama letak dulu ye, tak nak kacau kamu berdua hehehe bye sayang, I love you"
Lagi merah pipi Arbell bila Puan Emila cakap macam tuh.
"Errr..bye ma love you too"
Laju Arbell meletakkan telefonnya di atas meja semula. Mukanya yang panas dikibas-kibas.
"HAHAHAHAHAH! You're blushing baby, why?" Usik Raydan lagi.
Dia menarik Arbell agar dekat dengannya.
"Eeeeeeeeeeeeee" Tajam dia memandang Raydan. Geram. Dah tahu nak tanya lagi.
Raydan tersenyum nakal.
Jarinya mula naik menyisip rambut Arbell ke belakang telinga.
Dup.
Dap.
Dup.
Dap.
Semakin bertambah-tambah merah pipi Arbell. Dah macam apa dah dek terpana dengan sentuhan mengoda Raydan.
"I like it" Tangan Raydan mula mengusap-usap pipi gebu yang kemerahan itu. So sexy!
Jantung Arbell mula berdegup laju apabila anak mata hazel itu bertembung dengan matanya. Pandangan yang goda ini tiada siapapun boleh tahan. Auto cair terus menusuk ke dalam hati. Gitu.
Raydan mendekatkan mukanya pada Arbell. Ciuman yang hangat dihadiahkan pada dahi isterinya.
Lama.
Ikhlas.
Begitu la cinta dia pada Arbell tidak akan pernah berhenti disalurkan. Cinta yang tidak akan pernah putus walau apa sekalipun. Cinta yang sentiasa tersemat dihati mereka berdua. Selamanya.
Alahai bestnya dapat suami macam ni kan 😭😭🌹
Wait for the next chapter ok😍
#ARBELL'S 2
#vote
#comment
YOU ARE READING
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2
Romance[ 𝙴𝙼𝙸𝙴𝚁 𝚁𝙰𝚈𝙳𝙰𝙽 × 𝙰𝚁𝙱𝙴𝙻𝙻 ] Di dalam kehidupan yang nyata ini, tidak semestinya keingginan kita sentiasa termakbul kerana kita hanyalah manusia biasa yang penuh dengan perancangan. "Baby, you are mine!FOREVER!" -EMIER RAYDAN- "Over p...