🦋 BAB 20 🦋

2.4K 209 106
                                    

Arbell menghempaskan punggungnya di atas sofa yang empuk. Geram dia pada Raydan masih belum berkurang lagi. 

Arbell memeluk bantal kecil. "Sakit hati betul lah" 

       "Huaaaa, malunya" Perasaan geram bercampur malu mula menguasai dirinya.

Arbell kembali berdiri.

        "Kenapa aku nak kena malu pulak? Dia yang goda aku tadi, bukan aku yang mengatal..kan..kan, tapi.."

          "Nampak sangat yang aku perasan dia nak goda aku, betul tak?.. AAARGGHHHH malu nya!!!"  Arbell menampar nampar pipinya yang kembali hangat.

          "It's okay bell, benda macam ni biasa berlaku right, rilek, rilek..malu ni sementara je" Arbell cuba menenangkan dirinya.

Bila dia cuba untuk bertenang, memori tadi kembali menyapa dirinya.

        "TAK BOLEH !!!" Bantal ditekup pada muka.

Tanpa Arbell sedari, satu susuk tubuh sedang memerhatikan dirinya dari arah tangga. Siapa lagi kalau bukan..

Raydan.

Arbell mengangkat wajahnya apabila suara gelakan menyapa telinganya.
Nampak sahaja Raydan yang semakin mendekati dirinya, Arbell lantas berdiri tegak.

         "Seronok, cakap sorang-sorang?" Perli Raydan.

Langkah dibuka menuju ke arah isterinya yang masih berdiam diri.

          "Jangan dekat!"  Tegas Arbell. Tapi apakan daya, Raydan mana pernah mahu mendengar kata-katanya. Senyuman senget terhasil diwajah tampan itu.

Melihat Raydan yang semakin hampir dengan dirinya. Arbell mula membuka langkah kebelakang. Tolonglah jangan dekat dia sekarang. Malu ni tak habis lagi tahu tak.

         "Nak lari mana, baby"

'Ah, mana aku nak sorok ni, huaaaaaa mummy tolong Arbell'  Desis hatinya.

Sesudahnya Arbell menyorokkan dirinya disebalik langsir. Dah kenapa dekat situ juga nak sorok Arbell oi, macam budak-budak pula dia ni. Lantaklah, janji dia dapat larikan diri dia dari Raydan.

Raydan tersenyum lebar melihat tubuh genit itu melarikan dirinya dibalik langsir.

'Makin lama, makin comel pulak bini aku ni lah' 

          "Arbell" Raydan cuba menyelak langsir tetapi Arbell lebih pantas menghalang.

         "Kenapa baby menyorok dekat langsir ni"

         "Sebab biy lah!"  Arbell mengenggam kuat kain langsir. Tak mahu Raydan mendekati dirinya.

Raydan ketawa besar.

          "Sorry baby, biy tak ada niat pun nak buat baby blushing..." Perli Raydan lagi.

          "Shut up" Makin lama makin bertambah merah mukanya. Nasib baik muka dia terhalang dengan kain langsir ini, kalau tidak mesti dia kena bahan lagi dengan Raydan ini.

          "Biy, rasakan.." Ujar Raydan dengan nada perlahan.

           "Baby, mengandung ni" Ujar Raydan. Dia mahu melihat reaksi Arbell sama ada isterinya akan keluar dari situ atau tidak.

           "Huh?"

Arbell automatik menyelak kain langsir dan memandang ke arah Raydan. Sambil itu dia menundukkan kepala melihat perutnya. 'Mengandung?'

C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2Where stories live. Discover now