🦋 BAB 12 🦋

2.2K 218 61
                                    

        "MAMA !!!"

Puan Emila yang sedang asyik membaca majalah di ruang tamu sedikit terkejut dengan Rayien yang memanggilnya. Puan Emila meletakkan majalahnya di atas meja yang berada hadapannya.

          "Kenapa Ien, mari dekat dengan mama, come"

Rayien yang sedang berdiri dihadapan Puan Emila dengan gaya anak kecil meminta perhatian itu segera mendapatkan mamanya. Puan Emila dipeluk olehnya.

            "Mama..." Rayien memanjakan suaranya serta memandang mamanya dengan mata yang bersinar-sinar.

Puan Emila mengelus kepala anaknya dengan penuh kasih sayang. Dahi anaknya dikucup perlahan.

           "Kenapa ni boy, tiba-tiba makin manja dengan mama pulak ni" Soal Puan Emila dengan nada lembut.

           "Mama ni, mana ada tiba-tiba, Ien kan memang selalu manja dengan mama.." Rayien memeluk mamanya dengan kuat.

            "Yeke, mama tak tau pun" Ucap Puan Emila dengan senyuman.

Rayien memuncungkan lagi mulutnya.

            "Mama ni..." Rayien tahu mamanya bergurau.

Puan Emila tergelak kecil.

             "Mama..., mama jangan lah tinggalkan Rayien sorang-sorang ma..nanti Ien nak bermanja dengan siapa kalau takde mama, alaa...mama bawaklah Ien sekali, please" Ngongoi Rayien. Matanya dikelip berkali-kali.

Puan Emila menahan ketawa. Masih tak habis lagi tentang perkara ini.

'Haih lah anak bujang ku sorang' Desis hati Puan Emila.

             "EMIER RAYIEN !!" Terjengul wajah Tuan Rayyan di ruang tamu. Tuan Rayyan mendekati mereka berdua dengan bercekak pinggang. Muka sedikit tegang memandang ke arah anak bujangnya itu.

Dua beranak itu mengalihkan pandangan mereka pada Tuan Rayyan.

            "Apa papa ni, huh! Sibuklah" Rayien tidak menghiraukan papanya sebaliknya dia kembali memeluk Puan Emila.

Alahai manjanya Rayien dengan mama.

Tuan Rayyan melabuhkan punggungnya disebelah isterinya. Muka tidak puas hati masih terserlah diwajah. Tuan Rayyan memeluk tubuh.

          "Ien.." Ucap Tuan Rayyan dengan sedikit menekan.

          "Ye papa" Balas Rayien sepatah.

Tuan Rayyan mengerutkan dahinya.

          "Ien pergi masuk bilik sana, dah lewat dah ni" Arah papanya.

          "Tak nak"

          "Jangan degil Rayien"

          "Tak nak jugak"

Tuan Rayyan menahan sedikit geram. Isterinya dipandang sekejap dengan muka yang bermaksud sesuatu.

           "Hishh, Ien jangan lah peluk-peluk mama, mama tu rimas tahu tak" Tambah Tuan Rayyan lagi. Kepala Rayien cuba ditolak daripada tubuh isterinya tetapi gagal kerana anaknya itu mengeraskan lagi kepalanya.

            "Mana ada mama rimas, suka hati papa je.."

Tuan Rayyan menghela nafas perlahan. Terserlah kecemburuan di riak wajahnya apabila anaknya masih tidak lekang memeluk isterinya itu.

             "Abang.." Ujar Puan Emila dengan nada yang lembut. Bahu suaminya diusap perlahan.

Patutlah anak-anaknya kuat cemburu rupa-rupanya papanya juga memang begitu.

C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2Where stories live. Discover now