"Biy, sampai bila kita nak macam ni?" Soal Arbell.
"Macam mana?"
"Macam ni lah, sampai bila biy nak dukung Arbell..tak lenguh ke tangan tu, Arbell ni berat tahu tak" Tekun sangat Raydan merenung dirinya. Bila nak makan, perut dah lapar dah ni. Lagi tadi, aroma steak itu mula menusuk masuk kedalam hidung Arbell jadi dia terliur pula tambah lagi dengan buah tembikai yang merah itu, huaa sedapnya.
Raydan melirik senyuman.
"Hmm, memang berat pun" Raydan melepaskan Arbell perlahan-lahan.
Arbell memukul lengan Raydan. "Jangan jujur sangat boleh tak" Ujar Arbell dengan nada merajuk. Kemudian, dia menekan nekan pipinya sendiri.
"Hm, haah lah, Arbell dah makin berisi lah biy..hisk hisk" Muka acah- acah nak menagis ditunjukkan pada Raydan. Habislah, kalau dia gemuk Raydan dah tak sayangkan dia lagi ke? Macam mana ni!
Raydan tunduk merenung wajah comel isterinya itu. Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut rambut Arbell. Dalam masa yang sama, dia perasan sedikit sebanyak perangai Arbell ini kian berubah. Selalu mahukan perhatiannya. Dia tak tahulah kalau Arbell perasaan akan dirinya. Tapi, bagi Raydan dia lebih suka apabila Arbell sebegitu. Comel.
"Gemuk untuk 'dia' takpelah" Raydan kenyit mata.
Arbell tarik muncung. "Dahlah, jom makan..Arbell lapar" Perut dia dah banyak kali meraung minta diisisi secepat mungkin.
'Soon, she will know about that' Desis hati Raydan.
"Wait, biy nak suruh baby pusing sekejap" Raydan mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Bersedia untuk menangkap gambar isterinya yang tersangatlah lawa malam ini.
"Tapi, Arbell lapar" Pegangan Raydan menghentikan langkahnya.
"Sekali..je..please" Pujuk Raydan.
"Okay" Arbell menjarakkan dirinya lalu dia memusingkan badannya ala-ala princess gitu tambah dengan riak muka comel diwajahnya. Raydan senyum lebar, lincah tangannya menangkap gambar Arbell berkali-kali. Puas hati dia. Boleh buat wallpaper ni.
"Yeah, thank you baby" Ucap Raydan, pipi Arbell dipegang.
Arbell tertawa. Kepalanya disembamkan didada bidang Raydan. Malu jugak lah apabila dia buat gaya begitu.
"Jom, makan kata lapar tadi" Ajak Raydan. Jari jemari Arbell dipegang dan dibawa menuju ke meja makan.
Raydan menarik kerusi untuk Arbell. Dengan gaya paling gentleman, yang tak pernah dia lakukan pada sesiapa pun kecuali gadis yang berada dihadapannya ini. Arbell melabuhkan punggungnya pada kerusi yang ditarik oleh Raydan itu. Belum sempat Raydan mahu berlalu pergi ke tempat yang bertentangan dengan dirinya, Arbell lantas menarik baju Raydan.
"Kenapa baby" Raydan berpaling semula.
"Arbell tak nak biy duduk dekat sana, jauh sangat" Nada manja terhasil. Dia tak mahu Raydan berjauhan dengan dirinya. Tak seronok.
Nampaknya perangai Arbell semakin lama semakin berjangkit dengan suaminya ini. Kita tengok siapa yang paling manja, Arbell atau Raydan.
Raydan mengigit bibir bawahnya. 'Ada yang kena angkut bawa masuk bilik ni karang' Ujar Raydan dalam hati. Raydan cuba mengawal dirinya. Haruman Arbell....sungguh menyegarkan dirinya.
Senyuman Raydan meleret. Lantas dia mengangkat tubuh itu kembali, lalu dia duduk dan membiarkan Arbell duduk diatas ribanya.
"Cukup dekat tak ni?" Usik Raydan. Sebelah tangannya merangkul belakang tubuh Arbell untuk menahan tubuh itu supaya tidak jatuh.
YOU ARE READING
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2
Romance[ 𝙴𝙼𝙸𝙴𝚁 𝚁𝙰𝚈𝙳𝙰𝙽 × 𝙰𝚁𝙱𝙴𝙻𝙻 ] Di dalam kehidupan yang nyata ini, tidak semestinya keingginan kita sentiasa termakbul kerana kita hanyalah manusia biasa yang penuh dengan perancangan. "Baby, you are mine!FOREVER!" -EMIER RAYDAN- "Over p...