"AAAARRGHHHH!!!"
Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Gembira bercampur dengan sebak sekaligus membuatkan Arbell senyum panjang. Ya, tuhan...terima kasih!
Sekali lagi dia melihat semula benda yang berada dalam tangannya. Syukur. Okay, sekarang kena tengok lagi ni, tak puas. Macam tak percaya!
Tarik nafas...
Lepas...
Arbell mengemamkan mulutnya. Matanya dipejam sekejap. Berdebar pula walaupun dah tengok tadi, tapi tak boleh...tak boleh...kena pastikan betul-betul ni. Okay ready!!
Arbell mencelikkan semula matanya. Terus senyum lebar sehingga menampakkan giginya yang rata itu.
"Unbelievable!!!"
"Finally!!"
"I am pregnant!!!"
Sejurus itu dia melompat keriangan. Hahahaha...Punyalah excited sangat sampai terlepas benda itu ditangannya. Pregnancy test kit...of course, Dua garis merah menunjukkan bahawa dia benar-benar mengandung. Huwaaa!! Bergolek benda itu jatuh ke bawah meja. Suka sangat Arbell ni. Congrats Arbell!!
"Aku mengandung! Aku mengandung!" Akibat terlalu terharu, air jernih mengalir keluar dari tubir mata. Akhirnya, setelah lama dia menunggu saat ini, akhirnya termakbul jua. Arbell mengesat air mata. Perutnya disentuh lembut. Kemudian, dia sambung ketawa bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku ini. Satu khabar berita yang baik!
"Aku tak mimpi kan..." Pipinya yang agak kian berisi ditepuk-tepuk perlahan. Andai ini mimpi, segera sedar wahai Arbell!!
Tak!
Tak!
Dia tak mimpi! Ini nyata! Lagi benar!
"Yahooooooo!!!!" Jerit Arbell keriangan. Arbell mencari-cari semula pregnancy test kit yang sudah kemana-mana perginya. Hahahaha...
Wahai pregnancy test kit diamana kamu ini? Jangan hilang jauh-jauh jenuh nak beli balik adui.
"Cari apa tu?" Soal Raydan.
Lengan baju dilipat hingga kesiku. Berkerut dahinya melihat isterinya yang tertunduk-tunduk seolah-olah mencari sesuatu di hadapan meja solek. Dia tersenyum kecil sebaik sahaja menyedari kehadirannya lansung tidak disedari oleh Arbell. Patutlah, senyap saja rumah apabila dia pulang...rupanya isterinya ini disini.
Terkejut besar Arbell dengan teguran Raydan yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana. Dia terus sahaja mengangkat kepalanya.
Kuk!
Akibat terkejut sangat, kepalanya sudah terhantuk kepala meja solek tersebut. Aiyoo...nampak bulan ada dua teruslah. Bergegar otak rasanya. Dia menjerit kecil.
"Aduh, kepala aku!"
Raydan turut terkejut dengan apa yang berlaku pada isterinya. Dia tiada niat mahu terperanjatkan Arbell. Berlari dia menghampiri Arbell yang mengaduh sakit.
Arbell mengosok-gosok kepalanya yang terasa sakit akibat terhantuk tadi. Agak-agak ada kesan lebam tak, aduh buruk lah mukannya nanti!
"Baby...okay tak.." Soal Raydan dengan nada yang amat risau. Tangannya naik meraba kepala Arbell.
"Buat terkejut orang aje lah, biy ni" Arbell mengerutkan dahinya yang rasa agak sakit sedikit. Ngilu! Tatkala itu, mata terus menangkap benda yang dicarinya tadi...laju tangannya mengambil benda itu dan disembunyikan kedalam poket seluar. Fuh...nasib Raydan tak perasan.
YOU ARE READING
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2
Romance[ 𝙴𝙼𝙸𝙴𝚁 𝚁𝙰𝚈𝙳𝙰𝙽 × 𝙰𝚁𝙱𝙴𝙻𝙻 ] Di dalam kehidupan yang nyata ini, tidak semestinya keingginan kita sentiasa termakbul kerana kita hanyalah manusia biasa yang penuh dengan perancangan. "Baby, you are mine!FOREVER!" -EMIER RAYDAN- "Over p...