Rayien melangkah masuk kedalam dapur. Apa lagi yang boleh dia lakukan dirumah seorang diri. Bosan betul. Jadi, dengan adanya mood rajin hari ini, dia akan mengeluarkan skill lamanya yang sudah lama terkubur.
Skill memasak.
Ha, ingat dia tak pandai masak ke..no way ini Rayien lah bukan setakat masak, semua benda pun dia pandai lah. Untung siapa dapat jadi isteri dia ini tak ada lah susah-susah nak masak hari-hari, bolehlah sekali sekala rasa air tangan suami pula kan. Baru adil macam tu.
"Hurmm, nak masak apa erk" Rayien melangkah membuka peti sejuk untuk melihat bahan-bahan yang ada. Kemudian, dia menutup semula peti sejuk tersebut.
"Malas lah"
"Baik aku buat kek, senang sikit" Ujar Rayien.
Rayien membuka kabinet lalu mengambil barang dan bahan yang dia perlukan untuk membuat kek. Okay semua sudah sedia di atas meja.
Rayien mengetuk-ngetuk dagunya. Wait, bagi dia fikir sesuatu sekejap.
"Kek apa erk?"
Rayien tersenyum. Okay dah tahu nak buat kek apa.
"Cheese cake, of course" Rayien menegangkan dulu seluruh badannya sebelum tangannya mula bekerja. Memandangkan kek itu, kek kegemarannya baik dia buat. Tak payah susah-susah nak beli dekat luar. Membazirkan duit je.
Siap sahaja adunan kek, Rayien memanaskan oven. Sementara itu, dia mengemaskan semula semua yang telah dia gunakan tadi.
Gosh!
Bukankah ini ciri-ciri idaman gadis di luar sana. Pandai masak, bukan tu je rajin buat kerja lagi tau. Ini kalau dapat macam ni sumpah limited! Tambah lagi dia jenis yang cukup semuanya memang bonus la tu. Arghh!
Adunan dimasukkan kedalam oven.
Alang-alang tengah tunggu kek itu masak, Rayien menuju ke ruang tamu. Telefonnya diambil dan mendail nombor adiknya, Raydan.
Siapa lagi yang dia akan cari ketika dia bosan, semestinya Raydan. Adik kesayangannya yang kadang-kadang malas nak melayannya. Kesah pula dia, janji dia happy.
*
*
*
*
*
"BABY!!"
Arbell mengetapkan giginya. Baru dia nak tenang, namanya dipanggil lagi. Dahlah tadi Raydan ini banyak permintaannya, kejap nak makan roti, kejap nak spageti lepastu buah lah. Penat! Banyak makan betullah tapi tak gemuk-gemuk pula.
Arbell menoleh ke arah pintu blik air, dengan muka yang menahan geram.
"Ye" Sahut Arbell sambil mencekakkan pinggang. Apa lagi tu, mandi jelah diam-diam.
"Tolong ambilkan tuala, lupa tadi nak ambik"
Arbell mengerutkan dahinya.
"Bukan dekat dalam tu ada tuala, ke biy?" Setahu Arbell, memang dalam tu dia dah siap-siapkan letak tuala spare. Takkan lah takde pula.
"Ada memang ada, tapi tak nak yang ni, nak yang warna kelabu tu"
"Please baby, ambilkan"
Arbell menarik nafas dalam. Sabar, sabar.
'Kenapa dengan suami aku ni!!!!' Nak jerit tak boleh pula, jadi jerit dalam hati jelah.
YOU ARE READING
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2
Romance[ 𝙴𝙼𝙸𝙴𝚁 𝚁𝙰𝚈𝙳𝙰𝙽 × 𝙰𝚁𝙱𝙴𝙻𝙻 ] Di dalam kehidupan yang nyata ini, tidak semestinya keingginan kita sentiasa termakbul kerana kita hanyalah manusia biasa yang penuh dengan perancangan. "Baby, you are mine!FOREVER!" -EMIER RAYDAN- "Over p...