Telefon milik Arbell berdering memminta supaya diangkat. Lalu, Arbell menutup api dapur dan mencapai telefonnya yang berada diatas meja dapur. Riak mukanya sangat gembira apabila melihat empunya nama yang menelefonnya.
'MAMA ❣️'
"Hello, mama" Sapa Arbell dengan nada gembira.
"Hello, sayang" Balas Puan Emila.
"Mama, jer..papa ni tak nak hello jugak ker?" Soal Tuan Rayyan.
"Ishh, sibuk lah abang ni" Suara Puan Emila kedengaran dicorong telefon.
Arbell ketawa sedikit, rupanya mama loud speaker lah mana lah dia tahu.
"Hye papa, papa sihat ker tu?"
"HEHEHEHE, sihat sangat sayang" Balas bapa mertuanya.
"Sayang, macam mana dengan keadaan Ray? Dia okay ker?" Soal Puan Emila. Sudah semestinya mereka berdua tahu tentang keadaan anak kedua mereka itu kalau bukan Rayien, yang memberitahu mereka.
"Ray okay mama, papa, jangan risau ye..cuma demamnya yang belum kebah lagi"
"Haih lega mama dengar.."
"Tapikan ma.."
"Kenapa, sayang"
"Arbell pelik lah dengan perangai dia tu, mula-mula Raydan tu manja sangat dengan Arbell, lepastu dia macam terlebih sensitif pulak ma... is he alright?"
Arbell mengerutkan dahinya apabila mendengar gelakan papa dan mama di corong telefon itu.
"Arbell kalau nak tahu, Ray memang macam tu kalau dia demam..perangai dia jadi pelik sedikit..sokey sayang layankan jer dia tu.."
"Ooooo..okay mama" Begitu rupanya.
"Lagi satu, mama nak bagitahu yang Ray tu jenis yang susah nak makan ubat tau, degil dia tu haish payah nak handle..so mama nak Arbell pandai-pandai lah pujuk dia untuk makan ubat ye pastikan dia habiskan ubat tu, and selalu perhatikan dia, takut nanti dia buang pulak ubat tu haihh, tak tahulah apa yang dia takut sangat dengan ubat tu, mama pun pening"
Arbell tersenyum. Patutlah Abang Ien suruh dia paksa Raydan tu makan ubat, rupanya suaminya ini memang jenis takut makan ubat ye..heh siap lah kena dengan dia nanti, akan ku buatkan dia telan semua ubat tu dengan apa cara sekalipun.
"Alright ma, Arbell akan pastikan yang dia makan semua ubat tu"
"That's my girl ! Goodluck ! Okay lah sayang mama letak dulu ye..bye take care, I love you"
"Bye ma.. Love you too"
Sebaik sahaja, panggilan dimatikan, Arbell termenung sekejap, telefonnya diketuk-ketuk dibawah dagunya. Otaknya ligat memikirkan cara yang perlu dia lakukan agar Raydan memakan semua ubat itu.
"Macam mana erk" Bicara Arbell seorang diri.
"Cairkan dalam air..aik boleh ke?" Terasa was-was lah pulak nak buat macam ni.
"Tch! Susahlah macam ni, dia bukan budak-budak pun"
Penatlah fikir macam ni, dia pun pernah juga demam..makan ubat, telan dah siap apa yang nak ditakutkan sangat aduh. Suami siapa lah ni eeee.
"Pandai-pandai kau lah Bell, nak buat macam mana pun, sekarang ni kau pergi suruh dia makan dulu okay" Arbell menceduk bubur ayam yang telah siap dimasak ke dalam mangkuk.
YOU ARE READING
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2
Romance[ 𝙴𝙼𝙸𝙴𝚁 𝚁𝙰𝚈𝙳𝙰𝙽 × 𝙰𝚁𝙱𝙴𝙻𝙻 ] Di dalam kehidupan yang nyata ini, tidak semestinya keingginan kita sentiasa termakbul kerana kita hanyalah manusia biasa yang penuh dengan perancangan. "Baby, you are mine!FOREVER!" -EMIER RAYDAN- "Over p...