Arbell memapah Raydan ke bilik tidur. Sesekali tangannya melekap pada dahi suaminya.
"Panas sangat ni" Gumam Arbell.
Sampai sahaja didalam bilik, Raydan didudukkan di birai katil. Muka pucat itu membuatkan Arbell semakin risau dengan suaminya.
"Baby..tak larat" Ngadu Raydan. Tubuh lansing yang berdiri di hadapannya dipeluk. Kepalanya disembamkan di perut Arbell.
Arbell mengusap kepala Raydan.
"Ye, tahu" Balas Arbell.
"Baby..sakit kepala" Tambah Raydan lagi. Macam budak-budak mengadunya lah.
"Sakit sangat ye.." Bibir pucat Raydan disentuh.
"Haah"
Arbell mengkat wajah tampan itu supaya memandang ke arahnya.
"Biy..mandi dulu eh, lepastu nanti baby picitkan kepala biy" Suruh Arbell.
Arbell mula membantu Raydan membuka baju kemejanya. Butang baju Raydan dibuka perlahan-lahan.
Raydan tersengih sahaja.
"Are you trying to seducing me, baby?" Raydan tersenyum nakal.
Pergerakan Arbell terhenti pada butang baju yang terakhir. Pipinya mula membahang.
"Eerrr..bu..bukan la.." Gagap Arbell.
Raydan menarik lengan Arbell sedikit kasar.
"Habistu.." Meleret suara maskulin itu di telinga Arbell.
Arbell cuba mengawal debarnya. Raydan ni bukan boleh percaya sangat, sakit-sakit pun suka sakat dialah.
Dup!
Dap!
Dup!
Dap!
Arbell menjatuhkan pandangan, apabila anak mata hazel itu mula memandangnya dengan pandangan yang teramat mengoda. Wahai duhai hati, aku nasihat kan engkau, jangan lah engkau mudah terpedaya dengan manusia ini!
Tangan Raydan mula naik ke wajah Arbell, anak rambut yang beralun-alun diselitkan ke tepi telinga Arbell. Telan air liur Arbell dibuatnya. Alahai..Raydan ni kalau sudah mengoda memang kalah lah dirinya. Sumpah tak tahan. Raydan sangat pandai membuatkan diri dia tergoda dengan layanan yang romantis itu.
"Don't worry baby, hari ni biy takkan buat apa-apa..but maybe next time, when I already well. But, I can't promise that baby, unless you don't stop make me always want you, baby" Gemersik Raydan.
"So, you have to be careful, my baby girl"
Automatik Arbell menangkat mukanya. Nampak lah tengah geram. Hish! Terkena lagi dia ni!
Raydan menahan ketawanya.
"Menyampahlah dengan biy ni! Dahlah buat sendiri..malas nak layan" Balas Arbell. Mukanya yang masih kemerahan mengundang tawa kecil Raydan.
"Biy, kan dah ada isteri, so..kenalah isterinya yang tolong cik suami dia ni, lagipun..cik suami dia ni kan tengah demam..mana larat" Tangan Raydan merangkul pinggang Arbell.
"Baby tak kesiankan biy..ke?" Bisik Raydan. Kepalanya direhatkan pada bahu Arbell.
Arbell menjuihkan bibirnya. Matanya kembali memandang ke arah suaminya. Jelas sekali riak puas hati suaminya itu.
YOU ARE READING
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2
Romance[ 𝙴𝙼𝙸𝙴𝚁 𝚁𝙰𝚈𝙳𝙰𝙽 × 𝙰𝚁𝙱𝙴𝙻𝙻 ] Di dalam kehidupan yang nyata ini, tidak semestinya keingginan kita sentiasa termakbul kerana kita hanyalah manusia biasa yang penuh dengan perancangan. "Baby, you are mine!FOREVER!" -EMIER RAYDAN- "Over p...