[ ROYAL MAESTRO BUILDING ]
EMIER RAYDAN melangkah masuk ke pintu utama Royal Maestro Building. Tali leher dibetulkan sedikit. Raydan mengeluarkan telefonnya dan berjalan menuju ke pintu lif .
"Good morning, Tuan Raydan" Seperti biasa para pekerja di dalam bangunan ini akan menyapa Raydan dengan senyuman mesra.
Raydan pula hanya akan menganggukkan kepala sahaja.
Ceh! Tahulah boss.
Eh, anak boss.
Tapi, dia pon boss jugak!
Sampai sahaja di tingkat 12, Raydan melangkah keluar dari lif bangunan.
Suasana pejabat yang kecoh pada mulanya bertukar sunyi sepi sebaik sahaja susuk tubuh Raydan kelihatan melangkah. Raydan hanya beriak biasa sahaja dan menuju ke biliknya.
Raydan sedikit terkejut tatkala melihat gerangan yang selamba duduk di tempatnya.
Siapa lagi yang berani masuk biliknya ini kalau bukan papa dan abangnya, Rayien.
"What are you doing here" Soal Raydan.
"Hai, good morning Mr. Raydan". Balas Rayien. Kerusi dipusingkan menghadap Raydan dan dagunya ditongkat dengan tangan.
Raydan menjuihkan bibirnya.
"Haih, malas lah aku layan kau, bang"
"Tch! Dasar adik tak guna"
"What!!"
"Tak de apa, buah kelapa jatuh atas kepala" Rayien menghadiahkan senyuman. Waktu itu, memang terpampang seri wajah Rayien yang sangat handsome itu.
Raydan melabuhkan punggung pada sofa di dalam biliknya.
"Aduh, bang peninglah aku layan kau pagi-pagi ni, keluarlah..kau kan ada bilik kau sana, yang kau menyemak dekat sini dah kenapa!"
Rayien tersenyum.
"Tak nak lah aku, bilik tu besar sangat dah macam tempat main golf aku tengok memang lagi bosan lah aku, dah lah aku sorang jer"
"Haih, hurmm apa-apa jelah" Balas Raydan. Fail berwarna biru diselak dengan teliti.
"Btw, how is she? Doing good?" Sakat Rayien.
"Who?!" Raydan membulatkan matanya memandang abangnya.
"Siapa lagi kalau bukan si gadis yang comel dan yang terpaling menawan tu" Rayien berseloroh.
"Kau jangan macam-macam bang, aku sekeh kepala kau karang"
Rayien berdiri menuju ke Raydan.
"Aku tanya khabar dia je.. tu pon salah, eeee" Pipi Raydan dicubit kuat.
Raydan menepis tangan abangnya itu.
"Memang salah, tak boleh faham!"
Rayien menggeleng kepala.
"Huh! Bini kau adik ipar aku jugak so why aku tak boleh nak tanya khabar dia hmmm?" Kepala Raydan diketuk perlahan.
"Because she is mine!"
"Ceh, over laah kau dik!". Rayien membuat aksi seperti mahu termuntah. Geli!
YOU ARE READING
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ] 2
Romance[ 𝙴𝙼𝙸𝙴𝚁 𝚁𝙰𝚈𝙳𝙰𝙽 × 𝙰𝚁𝙱𝙴𝙻𝙻 ] Di dalam kehidupan yang nyata ini, tidak semestinya keingginan kita sentiasa termakbul kerana kita hanyalah manusia biasa yang penuh dengan perancangan. "Baby, you are mine!FOREVER!" -EMIER RAYDAN- "Over p...