Bab 3
Aku memerhati setiap gerak-geriknya. Aku benci lelaki di hadapan aku. Tangannya yang kotor dengan darah manusia.
Aku menarik gebar lalu menutupi deparuh badan aku. erhan pula sudah mengambil tempat di sisi aku lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Awak nak makan?" soalnya.
"Saya nak balik. Bawa saya balik. Adik saya sorang-sorang dekat rumah." Rayu aku dengan jernihan di mata.
"Nanti saya hantar awak balik. Tapi, sebelum itu, saya nak ajak awak kahwin."ringkasnya. wajahnya yang cukup damai auto membuatkan aku bertambah tenang.
"Awak betul sayangkan saya?" soal aku.
"Saya sayang awak sepenuh hati."
'"Tinggalkan saya."
Erhan bersandar kebelakang. Tangan yang di riba menggenggam.
"Saya tak boleh."ujarnya dengan penuh keluhan.
"Saya tahu awak turut sama mencintai saya. Kenapa awak berlindung di sebalik ego awak sendiri?"soalnya.
Aku kaku membatu. Lidah mengeras. Bibir terkatup rapat.
"Jawab sayang."pujuknya lagi.
Aku menarik nafas panjang.
"Saya sayang awak dan cinta awak. Tapi saya tak mampu bersama dengan awak. saya tak mahu mengkhiyanati ibu bapa saya."ujar aku panjang. Akhirnya, terluah juga apa yang membeku di dada.
"Arwah mesti faham. Awak perlu pelindung. Saya tak nak awak jadi macam tadi lagi. Awak tahu tak yang awak hampir dibogelkan tadi?"soalnya gerun. Tertimbul urat di lehernya.
Aku terkedu seraya menarik gebar menutupi dada aku pula.
"Sebab tu saya nak sentiasa ada dengan awak. Saya tak sanggup tengok awak dalam genggaman orang jahat dan berhati busuk."ujarnya.
"Saya hampir dibogelkan?"ujar aku dengan terketar-ketar. Suara hampir terputus-putus.
Erhan mengangguk perlahan. Wajahnya redup melihat aku.
Tangan aku terus menggeletar. Seperti tiada daya menahan aku yang hampir lumpuh.
"Jangan sedih. Tapi saya minta maaf dulu." Ujarnya lalu menundukkan wajah.
Aku mengeuk air liur. Ya allah. Benarkan apayang aku dengar.
"Baju lama awak ada dalam plastik tu. Baju awak koyak rabak. Sebab tu saya.... Sarungkan baju baru waktu awak tidur." Ujarnya lalu meraba plastic yang terletak di sofa kiri aku.
"Get out!!" jerit aku kuat. Benci aku bertambah. Sakitnya! Hampir dibogelkan oleh 2 orang lelaki yang minta hutang sama sahaja dengan Erhan yang telah menyalin pakaian aku. hinanya diri ini.
""Get out!!!!!!!" jerit aku. Terus aku menarik gebar menutupi muka. Tangisan menderu-deru keluar. Hancur hati dengan perasaan ini.
"Saya tunggu dekat luar." Bisiknya lalu meninggalkan aku sendirian.
Makin berderu air yang mengalir di pipi.
Dada terus di peluk. Lutut bertemu dau dan aku mati kata.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Kahwini saya. Saya janji akan jaga awak." rayunya lagi. Hampir semlaman aku menangis. Hampir semalam aku kecewa.
Lama aku memandang wajahnya. Dengan keadaan aku yang masih bersandar di kepala katil dengan mata mengarah ke luar tingkap, hanya terpegun.
"Percaya saya. Saya takut lagi ramai yang bermusuh dengan awak."ujarnya lagi.
YOU ARE READING
Encik Mafia!
ActionErhan Zalique. Lelaki yang membantu aku melepaskan diri daripada Gengster yang sering minta duit daripada aku. Walau utuh sekali benci aku terhadap Erhan, namun Erhan tetap mengejarku. Ketulusannya membuatkan aku cinta padanya. Namun, muncul ora...