bab 19

76 5 0
                                    

Bab 19

Aku mengerotkan wajah. Kalau aku tanya nanti, mesti dia marah. Perlu ke aku tanya? Sudah tahu, bertanya pula. Tapi, aku nak kepastian.

Kenapa semua barang-barang aku sudah berada di dalam bilik cruise? Sedangkan aku belum lagi mengemas. Satu lagi, kenapa barang-barang aku macam tak cukup?

Ni mesti ada yang tertinggal.

Ahhhh! Geramnya. Muktamad. Aku kena tanya. Malu bertanya, sesat jalannya.

"Abang." Panggilku lembut.

Erhan yang sedang duduk memandang laut, menoleh wajahnya memandang aku.

Supppp! Jari telunjuknya bergerak lajuke bibir aku.

"Shhhhh." Ujarnya lembut kemudian mengembalikan pandangannya kea rah laut.

Ombak yang sedikit bergelora membuatkan aku sedikit terhuyung-hayang sehingga Erhan terkena tempias.

Aku mahu memaku sahaja badan aku pada sofa ini tetapi, apakan daya, tak ada kudrat.

Aku membuat muka geram. Pandangan dilontarkan ke luar Cruise Lagoon. Kami duduk di tempat atas sekali. Pasti pandangan kami tidak dihalang mana-mana binaan.

Makin lama, badan aku bertambah terhuyung-hayang.

Tiba-tiba, bahu aku diragut kuat. Badan aku tertarik ke sisi Erhan.

Erhan memluk bahuku.

Barulah aku rasa badan aku sedikit stabil.

Aku memandang wajah Erhan sekilas. Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan dia.

"My crush is ugly but 'gly' is silent." Jerkahnya tiba-tiba.

Sedikit mengejut lamunan aku.

Aku menjulingkan mata.

"Ayat mana awak ambil ni?" soalku senada.

"Twitter."terangnya.

"Awak bukak twitter saya ke?"soalku.

"Saya pegang password awak."

Waduh! Naya! Mesti dia dah korek segala rahsia aku. Ye lah, dekat twitter je aku boleh share cerita walaupun guna username yang orang tak kenal. Tapi, macam mana dia boleh tahu?

Mesti kerja Zav. Manusia pandai IT ni memang susah nak kawal. Habis privasi orang diganggu.

Ada yang aku anyam nanti.

"Sayang fikir apa?" soalnya.

"Cara nak herdik orang dalam diam." Balas aku sinis. Biar dia terasa. Aku nak tunjuk yang aku sedang merajuk. Eh. Mengamuk! Apa dia ingat, aku ni anak patung?

"Janganlah macam tu. Abang sayang bidadari abang tau. Kalau sayang merajuk, runtuhlah kasih yang abang bina." Dia mula mengayat.

Aku menjelingnya.

Malas aku mahu melayan kerenahnya. Pasti dia sahaja yang betul.

"Kita ada satu malam lagi. Takkan sayang nak sia-siakan?"soal Erhan manja.

Wajah aku naik membahang. Memanglah, tak nak sia-siakan. Tapi, macam dia sahaja yang mahu sia-siakan moment ni.

"Sepatutnya kita still dekat pasar malam. Bukan dekat Cruise." Jawabku sedikit bengis.

"Olololololo. Comelnya muncung-muncung ni." ujarnya lalu mencubit bibir aku.

Aku terus menolak kasar. Lebih baik dari aku menolak dia terjun laut nanti.

Encik Mafia!Where stories live. Discover now