Bab 11

79 3 0
                                    

Bab 11.

"Aku tanya kau. Kenapa kau kerja dengan Evance? Jawablah!"jerkah Erhan. Walaupun tidak kuat, tetapi benisnya masih terpahat pada wajah.

Lelaki yang terikat tangannya pada kerusi hanya menunduk ke bawah. Dia pasti Erhan sudah marah dengan hasil pembelotan yang dilakukan.

"Kenapa kau tikam belakang kami? Kami yang bawa kau dekat dalam EE. Bagi kau senang. End up, kau ikut telunjuk Evance?" sambung Zav pula.

Erhan menarik kuat rambutnya sebelum menghayun tangan kirinya tepat pada pipi lelaki tersebut.

Dengan tangan yang terikat ke belakang, lelaki itu hanya mampu meraung tanpa bertindak luar kawalan.

"Aku tanya kau sekali lagi, kenapa kau kerja dengan Evance? Baik kau jawab sebelum darah kau yang bertakung dekat tengah-tenah gudang ni. shit!" sambung Erhan lagi.

Menggigil badan lelaki itu. Wajahnya pucat dan lesu. Mulutnya seperti dikunci ketat.

"Cakap!" jerit Erhan lantang lalu menghalakan picu tepat di kepala lelaki tersebut.

"Okay-okay. Evance bapak aku." akhirnya, dia bersuara.

Erhan naik angin. Dari mata kasar, memang tidak dapat melihat angina yang keluar dari telinganya. Tapi, kalau guna mata khayalan, bukan setakat angin yang keluar,habis segala urat dalam otak keluar melalui lorong telinga Erhan.

"Maksudnya, kaulah Erfan?" soal Zav mati kata.

Masing-masing sedikit terkejut memandang lelaki berwajah kacukan melayu cina di hadapan mereka yang sedang terduduk di atas sebuah kerusi dengan tangan terikat.

"Ya. Aku Erfan Zalique." Ujarnya berani.

Semakin menyirap darah Erhan mendengar. Digenggam penumbuk dengan kuat. Banyak surah yang dilafaz di bibirnya untuk menenangkan hati.

"Jadi, kau adalah hasil hubungan antara Mummy dengan Evance 20 tahun lepas?"teka Zav lagi.

Erfan mengangguk dengan senyuman psycho. Luruh hati Erhan mendengar. Terdengar-dengar suara Erzah di hujung telinganya.

"Abang, tolong tuntut balik nyawa adik dekat pembunuh tu." Ujar Erzah di akhir hayatnya. Itulah kata-kata yang menghantui Erhan selama 2 tahun.

Erhan kembali memandang Erfan dengan wajah dendam.

Kaki terus diatur melulu ke hadapan Erfan.

Wajah Erfan yang tertunduk terus di angkat kuat.

"Kenapa kau bunuh Erzah? Kenapa kau bunuh kakak kau sendiri." Jerkah Erhan kuat.

"Aku benci keluarga kau."cemuh Erfan Berani.

Erhan menggiit bibir. "Kau yang patut mampus. Tak guna kau duduk dalam keluarga ni. Pembawa malang."

Erfan pula menyinga. "Mak kau yang buang aku. Mak kau yang tinggalkan aku. Evance. Bapak aku sendiri yang kutip aku. Dia yang jaga aku, yang besarkan aku walaupun tanpa kasih seorang ibu. Dan sekarang, kau nak aku sanjung keluarga kau? Sebab bapak kau, aku hilang mak."sinis Erfan.

Erhan terdorong setapak ke belakang. Mummy, pernah bersama lelaki terkutuk dalam hidupnya. Sehingga ada anak, dan tak bertanggungjawab langsung. Daddy pula? Hanya diamkan diri lepas diduakan?

"Kill him." Arah Erhan tegas lalu mengatur langkah meninggalkan kawasan gudang di mana Empayar Erhan bertakhta.

Zav sedikit kaget melihat perwatakan Erhan. Senapang yang dihala oleh anak buah EE siap sedia untuk menembak Erfan yan dalam ketakutan.

"Wait. Let him go. Letak dia dalam bilik bergari." Arah Zav berani setelah Erhan hilang dari pandangan.

Lelaki-lelaki tersebut yang dibekalkan senapang hanya akur dengan arahan Zav.

Zav terus berlari mengejar Erhan. Takut juga dia dengan keadaan Erhan yang masih tidak stabil dan ingin memandu.

"Erhan." Panggil Zav kuat dari jauh setelah melihat Erhan seperti mahu masuk ke dalam perut kereta.

Dengan tercungap-cungap, Zav terus menerjah masuk ke dalam kereta tersebut.

" Aku rasa, kau tak payah balik rumah parents kau lah."ujar Zav llau membetulkan tempat duduknya.

"Aku tak cadang nak balik sana. Aku nak tenangkan diri dulu. Kau nak ikut aku ke?" soal Erhan senada.

Zav sedikit cuak. Janganlah Erhan mahu mengajaknya ke kelab pula.

"Kau nak pergi tempat maksiat tu ke?" soal Zav sedikit gemuruh.

"Tak."balas Erhan sepatah.

Kereta terus dipandu meninggalkan EE. Zav seperti tahu tempat yang akan dituju. Zav bersorak gembira di dalam hati setelah melihat Erhan yang semakin matang mengandali kahnya tanpa bertindak agresif.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku memandang siling putih dengan pandangan kosong. bertubi-tubi soalan yang mengasak aku pagi ini.

Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi, namun tidak kedengaran Erhan pulang ke rumah.

"Akak. Tak tidur lagi ke?" soal Wardah dengan mata terkulat-kulat.

"Tidurlah dulu. Akak tak mengantuk." Balas aku tenang.

Mana mungkin ngantuk, entah apa yang Erhan lakukan diluar sana. Macam-macam tekaan yang masuk di benak fikiran hanya untuk menenangkan hati.

Wardah mlaas melayan aku lalu sambungtidur dibuai mimpi.

Aku terus mendapatkan telefon bimbit. Nombor Erhan laju didail.

TUT TUT TUT.

"Hello."

"Hello." Balas Erhan.

Hatiaku sedikit lega mendengar suara Erhan yang kedengaran tenang di hujung talian.

"Awak okay tak tu?"soal aku prihatin.

"Okay. Kenapa tak tidur lagi?"

"Saya risau pasal awak. Kenapa awak tak balik."

"Saya ada hal. Awak jangan risau eh. Pergilah tidur dulu. Kesian awak." arah Erhan lembut.

"Cadangnya, lepas telefon awak ni, memang saya nak tidur pun. Hmmm. Okay lah. T7u je saya nak tanya."ungkapku sayu.

"Okay, sayang."

"Sayang." Sambung Erhan lagi.

"Kenapa ni?" soalku.

"Janji dengan saya sentiasa setia dan percaya saya eh."ujarnya sedikit menyentak dada aku. tiba-tiba aku sukar bernafas. Seperti ada sahaja yang tidak kena.

"Kenapa awak cakap macam tu?"soalku.

"Awak kenal saya kan. Saya banyak musuh. Saya nak awak sentiasa percaya saya dan tunggu saya. Kita tak tahu apa akan jadi lepas saya kahwini awak."

Aku mengeluh lemah.

"Saya akan sentiasa percaya awak. Sekali saya lafaz yang saya sayang awak, segala-galanya akan manis walaupun ada yang pahit. Awak pun kena percaya saya tau." Balas aku.

"Okay, sayang. Saya pegang kata-kata awak. Mungkin esok saya tak dapat balik. Tapi lusa saya balik. Jumaat nanti kita nak nikahkan. Orang kata, lagi dekat nak menikah, kena berjauhan dulu. Saya sayang awak. Assalamualaikum" ujarnya lembut di hujung kata.

"Sayang awak juga, waalaikumussalam." Sapa aku perlahan. Penuh shahdu pula jam 3 pagi ini.

Panggilan dimatikan. Hati bagai dihempap batu. Ada sahaja bisikan yang mahu manghasut aku.

Ya Allah. Kuatkan iman aku.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Encik Mafia!Where stories live. Discover now