Bab 28

74 3 0
                                    

Bab 28

"Erhan dah sedar ke?"soalku cemas.

"Tengok je lah dia sendiri." Ujar Wardah.

"Lagi satu, jangan lupa cakap terima kasih dekat kami berdua. Bukan senang nak angkat akak duduk dekat sebelah Abang Erhan."sinis Wardah dengan mulut terjuih-juih.

"Maksudnya korang dukung saya dan letak dekat sebelah Abang?"soalku pelik.

"Ye. Awak tertidur dekat tingkap tu. Kami pula sampai dalam tengah hari macam tu. Tahu-tahu Erhan dah sedar. Itu yang dia suruh angkat awak dan letak dekat sisi dia."terang Erica panjang.

Jadi betullah Erhan dah sedar? Terus aku melangkah mendekati Erhan.

"Abang. Bangunlah. Abang."sapaku lalu memegang tangan Erhan.

Tiba-tiba, genggaman aku di sambut dengan genggaman Erhan yang kuat dan erat.

Hampir terjatuh jantung aku apabila tangan aku digenggam erat.

"Abang!! Abang!!!" jeritku halus di telinganya.

Seketika kemudian, dia mengangkat kelopak matanya.

Aku seperti tidak terkata. Sungguh aku rindu untuk melihat matanya.

Nafas aku yang sukar untuk diatur,aku cuba bertahan.

"Sayang." Sapanya lembut.

Gugur air mataku mendengar sapaannya. Dia cuba menguntumkan senyuman manis. Terasa hiba yang tidak terkata dalam jiwaku.

Terus aku mendambakan wajah pada dadanya dengan teresak-esak.

Seperti memahami, Zav, Wardah dan Erica memberi runag kepada kami berdua. Mereka melangkah keluar dari bilik.

Sempat aku manangkap kata-kata Wardah yang jelas mengusik aku. "Sempat lagi dia nak buat drama Ria TV 4."

Aku menjeling.

Kemudian, aku kembalikan pandangan aku menghadap Erhan.

"Abang nak makan?"soalku dengan nada girang.

Erhan mengangguk perlahan.

Dengan penuh perasaan teruja, aku terus mendapatkan bungkusan makanan yang terletak di atas meja kecil di sebelah TV. Kemudian aku kembali mendekatinya dengan sesuap nasi.

Macam tahu-tahu sahaja aku tengah mengidam nak makan nasi goreng. Ye lah. Dekat London ni bukan senang nak jumpa nasi goreng ala-ala kampung tambah pedas dua kali ganda.

Baru sahaja aku mahu menyuap, Erhan menggeleng.

"Kenapa? Abang tak nak makan nasi ni ke? Pedas? Tak sedap?"soalku.

Erhan menggeleng lagi.

"Abang. Nak. Sayang. Makan. Dulu."lambat dia berkata.

Aku terkedu. Dia pelawa aku makan lah. Dahlah ada satu bungkus je. Kalau aku yang makan. Habis nanti. Kempunan suami aku nak makan nasi.

"Tak apalah. Kita kongsi."pujukku lagi.

Erhan menggeleng.

"Abang tak nak kongsi makanan dengan sayang ke?" soalku seperti mahu merajuk. Hey. Ini bukan merajuklah. Ini cuba untuk bermanja.

"Penatlah. Abang. Nak. Pujuk. Isteri. Abang. Ni."ujarnya.

Sempat dia mengusap tanganku seketika.

Aku tersenyum. Lucu juga melihat dia yang gagap-gagap mahu bercakap.

"Kalau tak nak pujuk. Abang kena makan. Jangan risau. Saya dan asingkan cili. Nanti, pandai-pandai lah saya makan."ujarku sambil sibuk mengasingkan beberapa biji cili. Ya allah! Berseleranya aku nak makan.

Encik Mafia!Where stories live. Discover now