Bab 22

76 5 0
                                    

Bab 22

Dalam hampir dibuai mimpi, aku dikejutkan balik oleh Erhan.

"Sayang. Kalau abang cakap ni, sayang jangan marah eh." Terangnya tenang.

Aku mushkil. Malam-malam ini juga lah dia nak buat drama.

"Okay. Tapi, abang kena habiskan cerita abang dekat majlis tadi."aku mebuat perjanjian.

Erhan mengerutkan dahi.

"Ouh. Yang tentang dua soalan sayang tu eh?" soalnya.

"Ye lah. Cubit baru tahu." aku mengeluh.

"Hhahahahaha okaylah. Abang ringkaskan. Perempuan tu, secetary abang dekat EE. Nama dia Alisa. Muka dia ala-ala mat salleh sebab dia orang German. Abang kenal dia dekat Germanlah. Dia kawan rapat abang. Dia memang orang muslim. Sejak lahir lagi. Cuma perangai dia je yang tak berapa nak muslim." Terangnya.

"Kawan je?"

"Ye sayang."

Aku melepaskan hembusan tenang.

"Untuk soalan kedua pula. Macam mana abang boleh tahu yang sayang mengandung sebab hari tu abang terdengar sayang berbual dengan Wardah."

"Lahhh. Bukan nak happy."ujar aku.

"Saja. Nak malu-malu kucing."

Aku menjungkitkan bibir.

"Ceh! Ini bukan malu-malu kucing. Ini malu-malu taik kucing."balas aku panas.

Erhan yang melihat keadaan aku yang sedikit emo terus mengeratkan lagi pelukannya.

Ada sedikit kelegaan yang dirasai setelah pelukan semakin kuat.

Aku mengiringkan badan menghadapnya.

Dalam samar-samarhanya diterangi lampu jalan dari luar yang memancar melalui tingkap bilik, aku mendaratkan tangan aku pada dadanya yang tiada sehelai benang itu.

"Abang nak cakap apa pula tadi?" soal aku.

Erhan seperti dihempap beban kembali. Wajahnya kusam semula.

Tapi aku nekad, kali ini memang aku mahu tahu apa yang tersirat dalam fikirannya.

"Kalau abang cakap ni, sayang janji jangan emo tau."bisiknya perlahan.

Aku mengangkat wajah memandangnya. Semakin tertakan aku menunggu jawabnya.

"Abang nak hantar sayang ke London dengan Wardah." Ujarnya.

Aku bertambah curiga.

"Nanti abang uruskan kos bayaran semester Wardah dekat university baru dekat sana. Abang ada suruh Zack cakap dengan Wardah, at first memang Wardah sedih, tapi dia kembali tenang bila tahu semua yang abang buat ni demi keselamatan sayang. Abang harap, sayang tak bantah rancangan abang eh."ujarnya lembut.

Aku mengeluh. Aku perlu tinggalkan Malaysia. Tinggalkan rumah mak ayah aku yang sangat banyak kenangan manis di situ dan macam-macam lagi kenangan dekat Malaysia ni. Sanggup ke?

"Bolehkan sayang?" soalnya.

Aku menunduk wajah.

"Bolehlah. Selagi abang ada di sisi sayang, saya akan sentiasa ikut semua yang abang rancang untuk masa depan kita." Balas aku lembut.

Aku memeluk pinggangnya dengan erat.

"Tapi ada satu lagi yang abang kena cakap."

Aku mengerutkan dahi. Suami aku ni nak buat kiamulail ke malam ni? Dari tadi ajak aku berborak.

Encik Mafia!Where stories live. Discover now