Bab 27

69 3 0
                                    

Bab 27

Aku memandang tubuh suami aku yang terlantar hampir tiga hari di atas katil hospital ini. Sungguhpun katil ini khas ditempah untuk keluarga Erhan, namun Erhan tetap tidak menyadarkan diri.

Teringat kembali apa yang pernah doktor kata kan tempoh hari.

"Mr. Erhan was facing high blood pressure. If you late sent him here, maybe the percentage for survival is very minimal. Thanks be to god for saved his life. After this, better don't let him think too much or it will burden his mind again. I'm not really sure when will he wakes up. I advise you guys to stay by his side until everything is fine."ujar doktor tersebut. Aku hanya mampu mengangguk dengan deraian air mata yang mencurah-curah.

Nasiblah masih ada Erica dan Wardah di sisi. Kalau tidak, mahu sahaja aku meraung-raung lalu berguling-guling di lantai hospital ini.

Malam semakin dingin. Baju sejuk terus di sarung. Selimut tebal itu terus ditarik menutupi bahagian atas badan Erhan.

Wajahnya yang tenang, aku pandang. Lama aku melihatnya.

"Abang. Sayang. Honey. Bangunlah. Jangan seksa saya macam ni. Maafkan saya, sebab saya, awak hampir diragut nyawa. Saya bodoh mencintai abang. Saya tak mampu lakukan apa-apa. Kehadiran saya hanya membawa malapetaka dalam hidup abang. Yang saya mampu, hanya kandungkan zuriat abang."aku mula merintih.

Tangannya yang sejuk itu aku capai. Aku genggam tangannya. Sungguh dia masih tidak bertindak apa-apa. Teringat dulu ketika aku memeganggang tangannya, pasti dia akan memegang tanganku kembali dengan erat.

"Maafkan saya sebab menipu abang tentang anak dalam kandungan ni. Memang ni anak abang."ujarku.

Aku mendekatkan diri pada tangannya.

Perutku terus di rapatkan pada tangannya.

Aku cuba menarik tangannya untuk mengusap perutku.

Terasa hiba setiap kali aku membuatnya begitu. Manalah senyuman yang aku cari.

Aku kemudian kembali duduk di atas kerusi. Mengerti segala yang aku lakukan hanya akan menyedihkan diriku.

Seperti mana kata mummy, aku perlu kuat. Mengenangkan nasib anak aku yang merindui ayahnya, pasti pilu jika aku turut sama menyakitinya.

Keluhan demi keluhan sehinggalah malam itu ditemani dengan suara halus Erhan yang terngiang-ngiang dalam fikiranku.

"Sayang janji akan sentiasa di sisi abang dan tunggu abang sampai bila-bila ye?"soal Erhan. Aku mengamati kata-kata itu. Sungguh aku tidak akan meninggalkannya walauapapun yang terjadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Macam mana luka dekat belakang badan Erhan?"soal Zav. Awal pagi lagi dia sudah datang melawat Erhan bersama dengan Erica dan Wardah.

"Alhamdulillah. Semakin sembuh. Tapi tu lah, dia masih tidak sedarkan diri."rintih aku. Sungguh aku rasa wajah aku semakin pucat. Manakan tidak, Erhan hampir seminggu masih tidak ada berita gembira. Dia masih terlantar menghadap siling yang kosong.

"Sabarlah akak. Ini ujian daripada Allah."pujuk Wardah lalu memeluk bahuku.

Aku hanya menunduk ke bumi.

"Apa kata saya bawa Wanna keluar makan dulu. Kesian Wanna, mesti lapar."ujar Erica pula.

"Boleh juga. Kita makan jauh sikit. Boleh akak ambil angin luar. Nak dekat seminggu akak terperap je dalam bilik ni. Tak bagus untuk kandungan akak."pujuk Wardah pula.

Encik Mafia!Where stories live. Discover now