Bab 8
Hampir seminggu kami hanya bersembang di atas talian. Akhirnya aku mengaku yang aku rindukan wajahnya. Aku pula memang tengah sibuk dengan final test. Lagi beberapa hari lagi aku akan bernikah dan graduasi.
Cepat betul masa berlalu.
Buku yang bercorak tulisan panjang menjela, aku pandang.
"Akak!" Jerit Wardah Dari pintu bilik.
Hampir tercampak segala yang di atas meja dek kerana gegaran setelah aku menepuk meja dengan kuat.
"Adik!!! Teringin nak makan pen ke, sekarang ni?"herdik aku. terus tangan mengambil kembali buku yang jatuh di lantai.
"Akak tu ha. Asyik berangan je. Adik dah buat nasi goreng bodoh. Akak nak makan tak?" ajaknya.
"Sekajap lagi lah. Akak nak study dulu." Jawab aku malas. Aku menjulingkan mata ke atas.
Wardah berlalu pergi.
15 minit, aku mengfokuskan minda bagi menghadam ilmu di hadapan aku. Akhirnya,perut aku memulas. Berbunyi-bunyi dia memanggil aku untuk bertemu mangkuk jamban.
Terkedek-kedek aku berlari ke tandas.
Sempat aku mengalihkan pandangan memandang Wardah yang sedang ceria sakan berbual dengan Zack.
Malas hendak bertukar menjadi perisik, terus aku melulu ke tandas.
Sejak bila pula Wardah senang rapat dengan orang ni? Fiil dia lebih kurang dengan aku juga. Sukar untuk berbual dengan orang yang tak kenal. Tetapi, lain pula kali ini. riang sahaja wajahnya berbual dengan Zack.
Setelah selesai melakukan pelaburan. Terus aku berjalan menuju ke pintu utama.
"Abang Zack ni. Cuba senyum sikit. Muka tu masam je."kata Wardah manja.
Aku yang berada di muka pintu, tidak diendah. Bercekak pinggang aku memandang Wardah yang seperti cacing terencat.
"Eh, Wardah. Yang awak kacau Zack kenapa? Masuk!" arah aku.
Zack terelak kecil melihat aku yang sedang bercekak pinggang.
"Ish akak ni. Adik baru nak berborak dengan Abang Zack."dengus Wardah lalu berdiri di sisi aku.
"Tak baik sembang dengan anak teruna malam-malam ni." bisik aku.
Wardah menjulingkan matanya.
"Kalau akak tak apa pula." Bisiknya. Hampir saja aku tidak mendengar bait-bait katanya tadi.
Terus tangan aku berubah menjadipengepit, mengepit-ngepit perut Wardah.
Terjerit-jerit Wardah menahan sakit.
Aku terus memandang Zack.
"Ermmm. Erhan tak ada cakap ke, bila dia nak jumpa saya?"soal aku tegas.
Zack menggeleng dangan wajah yang tertunduk-tunduk.
"Tak apa lah. Dia banyak kerja lah kot." Balas aku, malas.
"Saya masuk dulu ye. Awak balik lah kalau awak nak. Tak apa, saya dengan Wardah boleh tinggal berdua." Arah aku lembut.
"Tak boleh, Cik Wanna. Saya memang ditugaskan untuk menjaga Cik Wanna dengan Cik Wardah 24 jam. Cik Wanna dengan Cik Wardah masuk lah. Kalau saya balik, habis mata saya kena korek dengan Encik Erhan." Jenakanya.
Aku tergelak kecil berbanding Wardah yang seperti agar-agar. Terlentok-lentok badannya menggedik di hadapan Zack.
"Bye,Abang kelat." Jerit Wardah manja mamantulakan kata-katanya tepat pada Zack.
YOU ARE READING
Encik Mafia!
AcciónErhan Zalique. Lelaki yang membantu aku melepaskan diri daripada Gengster yang sering minta duit daripada aku. Walau utuh sekali benci aku terhadap Erhan, namun Erhan tetap mengejarku. Ketulusannya membuatkan aku cinta padanya. Namun, muncul ora...