Bab 14

71 2 0
                                    

Bab 14

Erhan POV

Aku berjalan laju menerjah masuk banglo yang kelihatan sunyi tanpa penduduk. Kad terus diselit lalu pintu tersebut terkuak sendirinya.

Aku melangkah masuk menjejak lantai mengahmpiri ruang tamu.

"Mummy." Sapa aku.

"Erhan. Lambatnya kamu balik?"soalnya pula lalu mendekati aku menggunakan kerusi roda elektriknya.

"Ada kerja tadi. Wanna mana?" soalku cemas.

Sehari suntuk aku mendail nombornya, tetapi, sekalipun tidak diangkat. Masa kerja aku dibiarkan begitu sahaja apabila mengetahui Erica mencemar duli di rumah aku.

"Wanna ada dalam bilik. Mummy tengok dia lemah je hari ni. Mungkin dia rindu dekat rumah kot. Kesian dia. Erhan pergi lah check dia. Tadi Mummy ada tanya Wardah, dia cakap Wanna demam sikit.

Seraya mendengar penjelasannya, aku terus mengatur langkah. Hampir luruh jantung aku. Apa lagi Erica buat ni. perempuan taka da hati perut betul. Entah usus pun berbelit gamaknya.

TUK TUK TUK.

Aku pantas mengetuk bilik Wanna.

TUK TUK TUK.

"Wanna, I'm here."sapa aku perlahan.

Tatkala ini, aku berharap Wanna mempercayai aku sepenuh hatinya. Tidak sanggup aku mahu melihat dia diperbodoh-bodohkan oleh orang tidak waras.

Seketika kemudian, pintu bilik terkuak sedikit. Kelihatan Wardah sedang menyorok di belakang pintu. Aku menghormatinya lalu menundukkan wajah sedikit.

"Wanna mana?"soalku.

"Kakak ada. Cuma badan dia je panas sikit."ujarnya.

"Tak nak bawa pergi hospital ke?"soal aku lagi.

"Tadi, mummy ada tanya juga, tapi kakak yang tak nak. Dia kata bila dia tidur, kuranglah demam dia nanti."

"Abang rasa, bawa je lah dia ke hospital. Abang risau kalau melarat."

"Tak apa abang. Adik boleh jaga dia. Nanti kalau tak sembuh-sembuh, baru kita bawa."tolaknya.

Aku sedikit risau. Bayangkan majlis akad aku perlu ditangguhkan kerana Wanna yang tidak sembuh-sembuh daripada demamnya. Luruh bulu roma.

"Hmmm. Okay. Esok pagi kalau panas juga, kita bawa ke hospital. Abang takut nanti melarat sampai majlis hujung minggu ni je." Ujar aku.

Wardah hanya mengangguk perlahan.

Hati aku mengasak-ngasak memaksa aku bertanya. Sungguh, bukan itu sahaja tujuan aku balik lewat malam hari ni.

"Abang nak tanya. Macam mana boleh jadi sampai macam ni?"soalku.

Wardah memuncungkan bibirnya sambil sibuk menyusun ayat.

"Wardah tak tahu lah. Pagi tadi, Wardah keluar dengan Abang Zack pergi beli barang. Lepastu, bila balik, Wardah nampak akak dah berkurung dalam bilik. Sebabkan tak boleh masuk bilik, Wardah rehat dekat sofa tepi pintu balkoni tu. Waktu tu, Wardah nampak...... gambar abang dengan Erica separuh bogel dengan gambar ultrasound."ujar aku perlahan di hujung ayat.

Aku merengus perlahan. Syaitan punya Erica. Kau puncanya. Aku terasa mahu sahaja menikam-nikam dirinya sekarang.

Aku menggeleng-geleng kepala dua tiga kali.

"Wardah ada lagi tak gambar-gambar tu?"soalku lagi berharap Wardah mampu mempercepatkan proses menikam Erica.

"Tak ada. Erica dengan Lily minta. Wardah tak faham apa yang berlaku. ''bentak Wardah.

"Wanna salah faham tentang abang dalam gambar tu."ujarku.

"Mungkin kot. Sebab bila Wardah belek gambar tu, ada terpahat tarikh di hujung gambar. 2000 berapa Wardah tak ingat. Tapi dah lama lah gambar tu."ujarnya.

Aku dapat mengagak. Gambar lama tu masih disimpan oleh Erica. Dia hanya tunggu masa sahaja untuk menonjolkan pada mangsanya.

"Ye. Gambar tu gambar lama. Wardah sendiri tahu kisah gelap abang kan. Tapi, Erica yang tak boleh lupakan hal tu. Hmmmm. Okaylah, abang masuk bilik dulu. Nanti, apa-apa, bagitahu tau."pintanya.

Wardah mengangguk dan tidak lama kemudian, pintu terus terkatup.

Tatkala mahu melangkah, aku terdengar suara Daddy di ruang tamu yang tidak jauh dari tempat aku berdiri.

Pasti papa mengajak mama tidur di dalam bilik. Aku baru sahaja sampai, kelihatan pintu lift sudah tertutup. Ruang tamu dipandang sepi. Hati aku remuk mengingatkan Erfan Zalique. Lelaki jahil dan tiada bimbingan agama walaupun beragama Islam.

Mummy telah menduakan daddy dengan lelaki mualaf sehingga terhasilnya seorang anak lelaki.

Ahhh! Aku benci mereka. Kenapa Mummy sanggup simpan rahsia ni? tanpa rasa bersalah langsung.

Aku mengetatkan lagi pegangan pada pemegang tanggan.

Sampai sahaja di bilik, aku terus melabuhkan punggung di atas katil yang empuk berselimut tebal.

Telefon terus dicapai dari dalam poket lalu menekan-nekan skrin telefon. Saat ini, barulah aku terbaca mesej daripada Zav yang panjang menjelar.

Nombor terus didail laju.

"Hello. Macam mana boleh jadi macam tu? Bukan kita ada kawalan ketat ke?"jerkah aku tiba-tiba.

"Aku tak pasti, yang aku tahu, sebahagian budak-budak EE kena belasah teruk. Erfan pula hilang tanpa dapat dikesan." Terangnya

"Ni mesti kerja Evance." Aku meneka.

"Aku syak juga. Ye lah. Mesti dia nak ambil balik anak dia tu. Tapi, tak sangka pula dia ambil waktu kita tak ada dekat EE."rintihnya.

"Aku dah agak. Sebab tu aku suruh kau bunuh dia. Yang kau kurung je buat apa?"jerkahku lagi.

"Kalau kita bunuh, kita tak dapat umpan Evance."

Aku mendengus marah. Satu demi satu hal yang datang dalam hidup aku.

"So how the progress? Berjaya ke hasil umpanan tu?" soalku dan menginginkan jawapan yang mampu membuatkan jantung aku yang tidak habis meletop-letop ini kembali normal.

"Yeah. We did it. Cap tangan dia ada di merata-rata tempat dan sah. I.T. forensik dah datang. Tinggal nak tampal cap tangan tu je dekat atas surat. And then, semua selesai. Dia tidak ada hak langsung lepas ni."terangnya lagi.

Aku melepaskan nafas lega.

Finally, berhasil juga rancangan aku.

"Good. Nice job. Esok aku nak cap tangan tu ada dekat semua dokumen. Dan pastikan cap tangan tu diterima. If not, then everything we done is nothing. Clear?"

"Yes. Have a nice dream, bro." ujarnya di akhir panggilan.

Aku terus membenamkan kepala aku yang terasa semakin ringan.

Erica, Erica, Erica. Aku dah kata, kalau kau tolong aku, sekejap je, kau dah hidup mewah. Tapi disebabkan kau pilih tangkai jering tu, mati bergelumang dengan darah sekalipun aku tak akan derma simpati aku.

Wait and see.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Encik Mafia!Where stories live. Discover now