Bab 12
Rintik hujan di luar mengaburi cermin tingkap bilik. Aku memandangnya dengan kosong. Hatiaku tidak pernah selemah ini. rindu yang mencengkam dada aku menyifat ketaksuban. Kata-katanya malam tadi masih terngiang-ngiang di hujung telinga.
"Akak. Jom breakfast. Mak Mur ajak tadi." sapa Wardah dari belakang.
Aku lekas bangkit. Tidak mahu pula mummy menunggu aku di meja makan.
"Kaki terus diatur keluar dari bilik menuju ke ruang makan.
Dek kerana jaraknya yang dekat, aku sudah terpacak di hadapan meja. Kelihatan Mummy sedang sibuk berborak bersama lily dan seorang gadis cina dengan badan ranggi.
"Wanna. Jom breakfast. Hari ni, Daddy tak ada. Dia keluar awal. Ada kerja banyak lah tu." Sapa Mummy dengan wajah berseri-seri.
Aku hanya tersenyum kecil lalu mengambil tempat di sebelah gadis cina tersebut.
"Lama ke mummy tunggu?"soalku cuba bersifat ramah.
"Eh. Tak adalah. Baru je turun. Yang senduk senduk nasi ni semua Mak Mur yang buat." terangnya. Pinggang yang sudah dipenuhi nasi goreng aku pandang.
Bakal menantu apa lah kau ni, Wanna. Pinggan sendri pun tak reti nak isi. Bebelku sendiri.
"Haaa. Akak ada bawa tetamu hari ni. Nama dia Erica. Dia ni kawan akak."terang Llily pula.
Aku mengangkat wajah memandang Erica. Pemakaian yang mengasyikkan dan sungguh mempersona.
"Ouh. Hi. Nice to meet you." Sapa Erica.
Huluran terus disambut perlahan. Diikuti dengan Wardah di sebelah aku.
"Saya datang hari ni sebab Lily sakit tangan. Itu dia minta saya tolong urutkan Datin hari ni." terang Erica.
Eh! Sakit tangan? Aku tengok, elok je dia pegang sudu tu. Siap tuangkan air lagi untuk mummy.
"Lah. susah-susah je. Kalau Lily tak boleh urut, tak payahlah cari orang urut. Kesian pula tetamu dijadikan pengurut." Ujar Mummy pula.
Lily senyum senget. Riaksinya jelas kelihatan sedikit cuak.
"Tak apa lah Datin. Saya memang Physiotherapist dekat spa, Lagoon Cruise. Jadi hal-hal mengurut ni saya memang handal."ujarnya lalu menghirup secawan teh.
"Oooo. Jadi kamu kenallah anak saya, Erhan?"Teka Mummy.
Erica mengangguk laju. Seperti ada yang tidak kena pula. Kenapa aku tak tahu dekat Lagoon Cruise tu ada spa sedangkan aku dah merantau satu kapal tu kot.
"Tak apalah kalau macam tu. Kamu urut je mana yang mampu. Kos nanti saya bagi." Ujar Mummy.
"Eh, tak apa Datin. Saya tolong Ikhlas. Ye lah, datinkan macam majikan saya juga."
"Apa pula cakap macam tu. Saya tak bayar gaji sesiapapun. Lily ni pun, Dato' yang bayar gaji. Saya ni mem je dalam rumah ni." ujarnya.
"Mem besar." Sambung Lily.
Mereka bertiga tergelak kecil manakala aku dan Wardah hanya membisu dan membatu.
Eeeee. Fake nya cara Erica gelak. Ikutkan hati, ada yang makan sudu pula nanti.
Aku menguis nasi di dalam pinggan.
"Lah, kenapa Wanna tak jamah nasi tu?" soal Mummy sangsi.
"Eh. Makanlah mummy. Cuma hati Wanna tak berapa sedap sebab tinggalkan rumah." Jawab aku.
Memang itu pun yang meragut kebahagian aku pagi ini selain daripada Erhan. Entah apa yang terjadi pada rumah aku. Tidak pernah aku meninggalkan ia walaupun sehari.
YOU ARE READING
Encik Mafia!
ActionErhan Zalique. Lelaki yang membantu aku melepaskan diri daripada Gengster yang sering minta duit daripada aku. Walau utuh sekali benci aku terhadap Erhan, namun Erhan tetap mengejarku. Ketulusannya membuatkan aku cinta padanya. Namun, muncul ora...