Bab 5

115 6 0
                                    

Bab 5

"Dulu, Daddy banyak kenalan. Pertama kali nak buka business sendiri, kenalah pandai cari pelabur. Bila dah ramai pelabur, daddy dapat buka syarikat pelancong. Sejak itulah Lagoon Cruise ditubuhkan."

Dapat aku mengenal latar belakang bakal suamia aku.

"Tapi, kebahagian kami sementara apabila berlaku penyembelengan. Mummy terpaksa potong kaki sebab lebih tiga peluru menembusi kakinya. Ada satu group yang serang kami. Red Dragon. Musuh tradisi kami. Dari dulu, dia tak pernah mengalah untuk lawan saham dengan kami."

Matanya kembali redup. Tidak sekalipun dia mahu memandang aku. apalah perasaan yang dipendam sangat ni?

"Sampailah Erzah mati kena bunuh dengan ketua Red Dragon, Evance." Ungkapnya sayu dan lembut.

Aku memandangnya hairan. Siapa pula Erzah?

"Erzah?" soalku.

"Adik perempuan saya. Satu-satunya adik yang saya ada." Terangnya.

Hati aku tersentuh mengenangkan aku juga mempunyai seorang adik perempuan.

Kemudian Erhan menyambung ceritanya.

"Sejak Dari itu, Daddy sentiasa berjaga-jaga. Mana saya dengan mummy nak pergi, mesti berteman. Dia cukup masak dengan perangai Evance. Mati hidup balik pun dia tak kan maafkan Evance. Daddy suruh tubuhkan EE bagi menjaga kebajikan kami."

"Ouh. Sebab tu EE bantu selamatkan mangsa macam saya?"

"Yes. Malah, EE jugalah membantu melangsaikan hutang yang tertunggak dengan syarat perlu berkhidmat di syarikat kami."

" Bagusnya. Kenapa bukan dari dulu EE bantu saya. Kalau tak, senang dah hidup saya." Aku membuka kata. Tangan memeluk tubuh sambil menghirup udara yang dikeluarkan melalui penghawa dingin

"Ada banyak aspek untuk kami bantu. Macam awak jugalah, kali pertama saya nak bantu, punyalah awak marah. Kata kami Mafialah. Itulah inilah. Pendapat masing-masing. Sebabkan awak unik, saya tetap nak tolong awak."barulah ada senyuman di wajahnya ketika dia memaling muka menghadap aku.

I'm melting!

"Saya unik? Kenapa, kepala saya ada antenna ke?" cemuih aku.

"Bukan macam tu. I don't know how to describe it. It only happens indirectly."

"Ouh. Saya tahu. Mesti sebab saya memukaukan. Itu yang awak terus jatuh cinta at the first sight." Aku mengagak. Ish mulut ni. tak reti nak jaga betul.

" Fuh! Perasan betul."

"Eh, betullah! Bukan awak ke yang tergila-gilakan saya?"

"Eleh. Awak pun suka dekat saya jugakkan dalam masa yang sama?" balasnya setimpal di dahi aku.

"Ceh. Sapa cakap?"

"Hati awak."

"Bila masa hati saya ada mulut?"

"Dia tak ada mulut. Tapi, dia mampu hantar perasaan itu terus ke hati saya tanpa sebarang tol ataupun bayaran. Cia cia cia."

Aku mengerutkan hidung. Sweet talker tak bergula.

"Pickup line kali ni tak power. Boleh jalan ye."aku berdesis.

"Kalau pandai, balaslah pickup line saya. Kalau setakat cakap, boleh jual dekat pasar malam je." Cabarnya.

Aihh. Tegak terus bulu roma aku. berani dia cabar aku? Ini anak Pak Akob, salah kata kena pelangkup.

"Okay. Siapa cair dulu, dia kalah." Aku mengatur peraturan.

Encik Mafia!Where stories live. Discover now