Bab 30 (end)

119 2 1
                                    

Bab 30

"Mummy."sapa Erfan.

Mummy semakin kaku dalam pangkuannya sebelum daddy menyentuh lembut bahu mummy.

Terkebil-kebil mummy melihat Erfan. Selangkah demi selangkah, akhirnya mereka berpelukan seketika. Momen ini sangat tersentuh. Aku ingatkan drama Hindustan je yang menusuk jiwa. Rupanya kenyataan lagi menyedihkan.

Mata aku serupa air pancut sebelum Erhan memeluk bahuku.

"Yang sayang nangis kenapa?"soal Erhan, mencelah.

Aku tersedar dari alam drama. Aku mengusap lembut pipi aku. Susah dapat suami hati kering ni.

"Tak ada apa-apalah. Lapar je." Jawabku malas.

"Olololololo. Siannya. Sampai rumah, kita makan ye sayang."pujuk Erhan sampil mengusap-usap pipiku.

Eleh. Nak pujuk pula. Ketika itu, aku melihat kedai coklat! Misi bermula.

"Tu." Aku memuncungkan bibir ke arah kedai tersebut.

"Okay"ujar Erhan pasrah lalu menarik tanganku.

Biarlah mummy melepaskan rindu seketika. Bye mummy, hi chocolate.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Selesai mengisi perut. Kami kemudian berkumpul di ruang tamu. Rindu juga aku dengan hiasan ruang tamu mummy ni. Aku mengambil tempat di sisi Erhan manakala Erfan pula duduk di sebelah kerusi roda mummy.

Erhan yang memulakan sesi perbualan ini. Agak janggal setelah sekian lama tidak berborak.

"Mummy."Sapa Erhan.

Mummy mengangkat wajah menghadap Erhan.

Situasi kemudian menjadi sunyi apabila masing-masing menunggu kata-kata yang bakal dikeluarkan dari mulut Erhan.

"Siapa Evance dalam hidup Mummy dulu?"soal Erhan terus terang.

Aku turut rasa hairan. Tidak pula aku memikirkan hal ini. Ya lah. Aku sednri sibuk dengan kehidupan aku yang asyik loya, muntah-muntah. Sakit itu sakit ini. Mengidam macam –macam.

Aku melihat wajah mummy. Sedikit berubah. Mulutnya seperti menyimpan emas. Daddy turut sama berkelakuan begitu.

Erhan yang memahami situasi mummynya yang masih tidak mahu membuka mulut, hanya mengubah topik.

"Tak apalah. Kalau mummy belum sedia nak cerita dekat kami semua, mummy boleh ambil masa. Kami takkan bagi tekanan dekat mummy." Ujar Erhan. Alat kawalan jauh terus dicapai lalu diarahkan menghadap TV.

"Evance kekasih lama mummy." Tiba-tiba Mummy bersuara.

Aku seperti dicurah cat ke muka. Apakah?

"Tapi kenapa mummy kahwin dengan Daddy dan bukan papa Evance?"soal Erfan pula. Pasti dia sangat mahu mengetahui kisah hidupnya.

"Sebab-sebab...."mummy sedikit gagap.

'' I'm really sorry. Ini semua salah daddy. Kalau bukan sebab Daddy terlalu tekankan hal kerja berbanding keluarga sendiri dulu, mesti semua ni tak berlaku."ujar daddy pula.

"What do you mean?soal Erhan.

Voleum televisyen terus diturunkan.

"Lepas dapat kamu dan Erzah,daddy terlalu tamak dengan kerja sampai abaikan keluarga. Mummy sunyi. Ada suami tapi macam tak ada. Masa itu pula, mummy jumpa Evance. Lepas mereka bercinta,mummy----"ayat daddy terputus.

Encik Mafia!Where stories live. Discover now