"Jangan kacau sayalah!" jerit Wanna Lufia. Kaki laju diatur menjauhi Erhan Zalique.
Dalam terburu-buru itu, Erhan sekalipun tidak berputus asa.
"Saya sayang awak. Sebab tu saya nak jaga awak." pujuk Erhan.
"Saya benci Mafia!" laung aku kuat. Dengan kudrat yang ada, aku terus berlari melulu masuk ke lorong gelap berharap Erhan tidak menemuiku.
Setelah mengagak Erhan sudah tiada, Wanna menarik nafas panjang. Kepenatan setelah berlari marathon dan ketakutan melalui lorong gelap, basah dan sunyi.
Baru sahaja Wanna mahu mengorak langkah, terasa pergelangan tangannya ditarik kasar oleh seseorang dan di bawa ke dada dinding.
PANG PANG!
Tangan yang luas mendarat di pipi mulusnya. Kepala laju berpusing dan menahan perit.
"Aku tanya! Bila kau nak bayar hutang aku?"jeritnya.
"Aku tengah cari duitlah ni. Bagi aku masa." Ujar aku lalu menggosok pipi kiri yang masih berbekas perit.
Lelaki itu kelihatan geram. Habis tong-tong di sekelilingnya di tendang kuat.
"Aku tak nak masa! Aku nak duit!" jeritnya lagi dengn penuh amarah.
BOOM!
Kedengaran letupan kuat pada cuping kanan aku. Aku menoleh ke kanan bagi mengenal pasti punca letupan itu.
"Don't you ever touch her!!!" jerit lelaki itu dengan tangan kanannya yang sedang mengalukan pistol ke arah lelaki di hadapan aku.
Terketar-ketar lelaki itu mengangkat tangannya. Dengan wajah yang ketakutan, di menjeling aku.
Aku mengamati wajah lelaki yang mengacukan pistol itu. Erhan Zalique. Lelaki yang sering ada bersama aku ketika nyawa aku telah digoncang.
Baru sahaja aku mahu memandang lelaki di hadapan aku tadi, wajahnya sudah hilang. Hanya suara halusnya yang bermain difikiran aku.
"Aku takkan lepaskan kau."
Badan aku jatuh ke bumi. Tangan cuba menggosok-gosok pipi, namun tangan terasa berat.
Erhan menghapiri aku dan meriba aku. laju aku menolak tangannya.
"Sebabkan kaum macam awaklah, hidup saya huru-hara." Ujar aku seraya mata memandang pistol yang terletak kemas di sisi Erhan.
"Saya akan sentiasa jaga awak. saya sayang awak." katanya dengan tulus.
Seperti mencengkam hati, aku menegakkan badan mengendah segala ayat-ayat puitisnya.
"Sebabkan pistol, mak ayah saya mati. Sebabkan pistol, adik saya trauma. Dan sekarang, sebabkan pistol, awak jatuh cinta dengan saya. Kenapa hidup saya sengsara sebabkan pistol?" jerkah aku dengan nada yang meninggi.
Tanpa menunggu lama, terus aku cuba menyandang beg aku lalu mengatur langkah tanpa mendengar jawapannya.
Terkulat-kulat Erhan berdiri melihat Wanna yang sedang berjalan menjauhinya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Setelah pasti Wanna sudah selamat sampai di hadapan pintu rumahnya, Erhan terus mendail nombor rakannya.
"Hello Zav. Check the backgroung of this guy ASAP."arahnya dengan tegas.
"Beres." Balas Zavier Amriaz.
Erhan terus mematikan panggilan. Matanya diarahkan memandang rumah setinggan yang diduduki oleh Wanna dan adiknya. Sayu hati apabila melihat kekasih hatinya diuji sebegini.
YOU ARE READING
Encik Mafia!
AksiErhan Zalique. Lelaki yang membantu aku melepaskan diri daripada Gengster yang sering minta duit daripada aku. Walau utuh sekali benci aku terhadap Erhan, namun Erhan tetap mengejarku. Ketulusannya membuatkan aku cinta padanya. Namun, muncul ora...