Aku sampai dihadapan rumah yang dituju. Kunci rumah aku ambil dari Makcik Normah, kawan baik arwah Mak. Dulu dia lah yang uruskan homestay ni dan jugak kutip duit rumah-rumah sewa yang lain. Tapi semenjak dua menjak ni dia kurang sihat, mungkin ada hikmah jugak aku tinggal dekat sini. Beberapa lagi lot rumah sewa dan kedai yang family aku ada semua dekat Lembah Klang, yang tu kakak aku boleh uruskan, dia pun suri rumah sepenuh masa tu, cuma ada dua unit rumah lagi dekat area Bahau ni, tak jauh dari tempat tinggal aku ni. Aku boleh setelkan yang tu.Kereta Honda HRV berwarna kelabu yang aku pandu sejak dua jam tadi sampai diperkarangan rumah. Rumah corner lot itu dijaga rapi cuma rumput-rumput mula meninggi disekitar halaman rumah. Yelah, kata Makcik Normah last customer homestay sebulan yang lalu. Dia pulak tak berapa sihat tak boleh nak jaga sangat, aku pun faham.
Pintu pagar aku buka dengan kunci yang diberikan Makcik Normah. Kereta aku masuk kedalam ruang parking rumah ini. Rumah teres ini tidaklah besar mana, cuma arwah ayah aku dah renovate. Dari tiga bilik jadi empat bilik, dapur dan ruang tamu pun dah dibesarkan sedikit. Kalau untuk homestay memang sesuai sangat.
Aku masuk kedalam rumah. Last aku datang sini 2 tahun lepas, teman mak aku pegi pejabat tanah. Dalam rumah masih bersih rapi. Perabot semua cukup lengkap. Cuma pilihan perabot yang bukan taste aku. Biasalah design pilihan mak-mak. Dindingnya pula warna beige. Aku paling tak suka. Nampak sendu, suram. Ahhh nanti aku cat balik rumah ni. Jadi color 50 shades of grey!
Aku kembali kearah kereta aku untuk mengambil beg-beg. Sedang asyik aku memunggah beberapa bagasi aku, kedengaran seperti motorsikal berkapasiti tinggi baru dihidupkan. Ah ini mesti jiran rumah sebelah. Tembok batu antara rumah aku dengan rumahnya menghalang dari melihat kearahnya. Motosikal yang ditunggangnya melalui depan rumah aku. Oh baju celoreng warna oren, hijau biru tua abang bomba rupanya. Aku mengangkat tangan kearahnya, helmet yang dipakainya tidak menampakkan mukanya. Dia membalas tangan aku sambil mengangguk sedikit. Aku membalas dengan senyuman. Mungkin dia ingat aku hanya bermalam disini, yelah rumah homestay. Orang datang dan pergi.
.....
Seharian aku penat mengemas apa yang perlu. Pakaian dan peralatan aku telah aku susun rapi ke dalam masterbedroom. Playstation telah aku set-up di ruang tamu. Bilik satu lagi telah aku jadikan study room- tempat aku buat kerja. Jam menunjukkan pukul 11 malam. 2 bungkus indomie goreng aku makan dengan perlahan dihadapan TV sambil menonton Spiderman Homecoming di HBO. Entah kali keberapa aku dah tengok filem ini. Ya benar, aku tak pandai nak masak. Setakat megi dan goreng telur tu aku pandai lah. Masak nasi dalam rice cooker pon kadang-kadang fail. Yelah anak mak, nak makan mak aku buat kalau mak aku takde, bibik aku buatkan. Sekarang dah kene buat sendiri. Nasib kau lah Aiman!
Sedang aku menikmati indomie kegemaran aku dengan kusyuk sambil melihat aksi Tom Holland dan Zendaya di kaca TV aku terdengar suara jeritan dari luar rumah. Mulanya aku hanya membiarkan sahaja, tapi makin lama maki kuat. Ah bukan suara hantu, suara laki bini sedang bertengkar. Aku cuma mengintai dari celah-celah langsir. Seperti suara itu datang dari rumah sebelah. Abang bomba bergaduh dengan bininya? Aku terdengar pintu dihempas kuat dan seolah-olah ada kelibat keluar dari rumah itu. Aku syak itu abang bomba tadi, mungkin nak cooldown lepas bergaduh. Tak nak kantoi jadi makcik bawang jaga tepi kain orang, aku cepat-cepat beralih dari tingkap.
.....
Hari kedua aku disini. Pagi yang nyaman itu aku nikmati dengan secawan kopi. Sambil berjalan disekitar halaman rumah. Rumput yang meninggi perlu untuk dipotong. Pokok-pokok bunga juga banyak yang dah mati, ada yang separuh nyawa. Cuma pokok lidah jin sahaja yang masih elok, mungkin pokok ini tak perlukan banyak air dan penjagaan yang rapi. Pokok mangga dihadapan rumah juga seperti perlu ditrim, dah terlampau tinggi. Tapi aku mana reti buat semua kerja-kerja berat ni. Siram pokok aku pandai lah. I need to hire someone!
YOU ARE READING
Diari Seorang Lelaki
Ficção GeralNama aku Aiman. Nama penuh Aiman Afdal Ibrahim Lee. Tapi lepas baca cerita ni mungkin kau akan rasa nama Aiman Sundal lebih sesuai dengan aku. Ya benar, aku mixed blood. Orang kata aku jambu, entahlah aku malas nak angkat bakul. Tengok dalam cermi...