26- Bulan Madu di Awan Kelabu

942 25 9
                                    


Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku baru sahaja meletakkan kepala diatas bantal. Novel The Great Gastby yang hampir habis aku baca, aku letak dimeja sisi. Lampu didalam bilik sudah dimatikan.

Tiba-tiba aku terdengar pintu bilik dibuka perlahan. Sah Malik sudah pulang, lambat pula dia balik hari ini. Mesti ada kes bisikku sendiri. Aku masih lagi marah dengan Malik dengan apa yang terjadi, tapi aku cuba berfikir dengan lebih rasional, aku tak boleh menyalahkan Malik 100%. Aku juga ada silapnya.

"Dah tidur ke?" bisik Malik kearahku sambil dia memegang perlahan tubuhku.

Aku hanya mendiamkan diri, pura-pura sudah tidur. Malik kemudian mencium pipiku perlahan dan terus masuk kedalam bilik mandi.

Aku masih membatukan diri dan berpura-pura tidur dari tadi. Malik baru selesai mandi. Body Spray Axe Dark Tempation kegemarannya disemburkan ketubuhnya. Wangian berbau coklat yang cukup mengiurkan. Kali ini dia tidak berbaju dan terus baring dan memelukku disebelahnya. Kehangatan tubuhnya dapat aku rasakan.

"Aku mintak maaf Man..aku tak fikir panjang dengan apa yang aku buat..memang aku yang call pejabat agama" Malik meluahkan kepadaku

"..Tapi aku tak sangka benda jadi macam ni..aku cuma fikir pasal masalah aku..tak fikir pasal Joni" kata Malik lagi

"Kalau kau nak marah aku pasal benda ni, marah lah sayang..cuma tolong jangan tinggalkan aku Man..aku tak boleh hidup tanpa kau" rayu Malik. Aku dapat dengar nada suaranya semakin sebak.

Aku masih mendiamkan diri. Malik melepaskan pelukannya dan mengiring ke arah bertentangan. Aku berpusing kearahnya dan memeluk erat tubuhnya.

"Bukan salah kau sepenuhnya..aku pun salah jugak...look, aku takkan tinggalkan kau Malik, we learn from our mistakes okay" kataku kepadanya

"So, Joni macam mana?"

"Panjang cerita, esok la aku cerita...tidur dulu"

Aku mengemaskan pelukankan ku ditubuhnya. Malik merapatkan jari-jemarinya ke arah jari-jemariku, diramas erat.

"I love you Malik, goodnight" bisikku kepadanya dan mencium lembut kepalanya.

.....

Cuti hujung minggu itu Malik mengajakku untuk short getaway. Kata Malik honeymoon untuk aku dan dia. Dia telah menempah resort mewah di Port Dickson. Aku hanya mengikut. Mungkin ini yang kami perlukan, masa berkualiti bersama.

"Sorry sayang, suami sengkek kau ni mampu belanja satu malam je dekat situ" kata Malik

"Ala takpela, aku tak mintak pon..dua hari satu malam pon dah ok, as long as ada kau dengan aku"

Malik mengajakku menunggang motorsikalnya ke sana. Mulanya aku menolak, macam-macam alasan yang aku berikan. Sebenarnya aku agak takut menaiki motorsikal untuk perjalanan yang agak jauh, trauma aku semasa di universiti dahulu kemalangan naik motorsikal masih ada saki-baki. Setelah diyakinkan Malik berkali-kali, aku mengalah dan bersetuju.

Malik menghidupkan motorsikal KTM 390 Duke-nya. Enjin yang berkuasa tinggi mula mengaum. Aku yang lengkap berjaket jeans naik dan duduk di tempat duduk belakang.

"Peluk kuat-kuat" pesan Malik. Aku yang hanya menurut, watakku umpama cikaro yang memboceng si balak rempit.

.....

Setelah lebih kurang satu jam perjalanan kami tiba di destinasi, Lexis Hibiscus, Port Dickson. Resort mewah yang menjadi destinasi percutian bagi yang mampu. Yang aku tahu, aku nak romen dengan Malik puas-puas dalam private pool kami.

Diari Seorang LelakiWhere stories live. Discover now